Chapter 55 (Mengidam)

117 3 0
                                    

Dah sebulan selepas hari perkahwinan Maya.

Aishah pun dah bertunang dah. Walaupun pada mulanya dia taknak tunang. Seperti biasa Farhan dengan Aishah gaduh dulu sebelum buat keputusan. Sorang nak tunang sorang lagi taknak.

Diaorang kalau tak bergaduh tak sah. Nak dekat kahwin pun gaduh je kerjanya.

Nak buat keputusan pun kena gaduh. Ni tak taulah si Farhan tu pakai ilmu apa sampai Aishah nak bertunang.

Mesti dia pakai senjata rahsia yang diaorang berdua je tau ni.

Macam yang masa melamar tu dia gunakan mak dengan ayah Aishah. Dia je boleh tundukkan si Aishah tu.

Memang sepadanlah dua orang tu. Saling melengkapi tadi dua dua ego tahap langit. Asyik gaduh je.

Aku mendoakan bakal anak-anak diaorang berdua baik-baik jelah dapat mak dengan ayah perangai tak semengah tu.

Yang aku ni?

Tengah menunggu Ariz yang tak tau bila penghujung penantian ni.

Arghhh! Bila si suami aku ni nak balik?

Aku dah mati kutu ni bosan tunggu dia.

Kata nak balik dah tadi. Ni kenapa tak sampai lagi ni?

"Fluffy. Babah awak ni lambat sangatlah. Penat dah ibu tunggu."

Fluffy yang berada di atas riba aku usap dengan perlahan.

"Meow"

"Fluffy pun penat eh tunggu babah? Sayanglah anak ibu ni."

Kedua-dua belah pipi Fluffy yang tembam itu aku tarik.

Sekarang ni yang uruskan Fluffy ialah Ariz. Dari beri makan sehinggalah uruskan najis Fluffy.

Dulu aku yang buat. Tapi sekarang semenjak aku mengandung aku tak dibenarkan buat.

Lagi-lagi bahagian najis Fluffy.

Takut si Fluffy ni ada jangkitan toxoplasmosis.

Toxoplasmosis boleh di dapati jika kucing makan daging mentah, tikus atau binatang liar kecil.

Parasit ini akan duduk dalam usus kucing dan keluar dengan najis kucing.

Walaupun kitaorang tau diet permakanan dia macam mana.

Tapi kita kena sediakan payung sebelum hujan. Kalau tiba-tiba dia ada jangkitan tu. Siapa yang boleh kita salahkan kalau berlaku apa-apa jadi dekat kandungan aku?

Takkan nak salahkan kucing yang tak bersalah? Nak salahkan diri sendiri pun tak ada guna. Kalau benda dah berlaku.

Bunyi deruman kereta di garaj rumah mematikan lamunan aku.

"Yeay babah awak dah balik. Awak duduk sini tau sayang. Ibu nak sambut babah awak tu."

Fluffy aku letakkan di atas sofa bersebelahan tempat aku duduk. Lalu aku bangun pergi ke arah pintu rumah.

Tudung yang sudah aku letak atas sofa aku capai dan mula berjalan ke garaj kereta.

Punyalah tak sabar si Ariz tu keluar dari kereta. Aku dah berdiri depan pintu kereta dah.

"Awak!"

Keluar sahaja Ariz dari kereta aku terus terkam dia.

"Ya allah sayang. Bagi aku bernafas dulu."

"Tak mau."

"Taknak sudah tapi kita masuk dalam dulu. Habis jiran tengok nanti."

"Awak tak sayang saya ke? Huwaaaa! Suami saya tak sayang saya!"

ALWAYS: Always Be There For YouWhere stories live. Discover now