"Kau memang nak layan kucing tu je ke? Aku ni kau taknak layan dah?"ujar Ariz.
Kami berdua sedang duduk di dalam bilik.
Sampai ke dalam bilik aku bawa si Fluffy ni.
Dah 1 jam aku asyik pegang dia je.
Dari pukul 3 tadi sampailah sekarang pukul 4.
Aku dah lama nak kucing tapi tak boleh nak bela.
Memang macam ni jadinya bila dapat kucing.
"Sorry lah. Fluffy mengoda saya. Jap saya letak dia dalam sangkar dulu okay."
Sian pula dekat laki kita ni.
Aku layan kucing sampai lupa dia dekat sebelah.
"Hmm."
Merajuk betul shuben aku ni.
"Fluffy. Babah awak merajuklah. Awak masuk dekat dalam sangkar awak ya? Ibu nak kena pujuk babah awak pulak ni."ujar aku kepada Fluffy.
Saja aku bahasakan diri ibu dan Ariz babah.
Comelkan?
Aku suka.
"Sejak bila anak aku jadi kucing? Kita baru kahwin semalam dah ada anak ke? Kucing pulak tu."ujar Ariz.
Teruk betul dia punya jealous tu.
"Kejap ya awak. Saya hantar Fluffy dulu."
"Tak payah. Meh aku hantar. Kau kena pakai tudunglah apa lah. Payah. Meh aku hantar."
Aku menghulurkan Fluffy kepada Ariz dan membiarkan dia hantar Fluffy ke sangkar.
Aku hanya menunggu sambil bermain dengan telefon yang Ariz berikan dalam hantaran aku.
Dia beri Iphone 13 kepada aku. Dia kata nak matching. Dia punya telefon pun serupa dengan aku
Siap beli cover phone couple lagi.
Beberapa minit menunggu. Ariz masuk semula ke dalam bilik.
"Awak marah saya sebab tak layan awak ke?"
Ariz hanya diamkan diri dan duduk disebelah aku.
Marah sunggu suami aku ni.
Aku memang tak layan dia langsung tadi sebab asyik main dengan Fluffy.
Sampai lupa ada suami.
Dia duduk jelah sebelah aku. Aku ni sibuk main kucing.
"Awak sorry lah. Saya tak janji takkan tak layan awak lagi."
"Ayat dia tu. Geram betul aku. Kau meh sini."
Ariz terus menarik aku dan memeluk leher aku seperti waktu subuh tadi.
Ni percubaan membunuh isteri ke apa?
"Awak! Stop."
Ariz terus memberhentikan perbuatannya dan tukar kepada pelukan.
"Awak ni. Harini dah dua kali awak buat benda sama. Kalau saya mati tercekik macam mana?" ujar aku yang masih berada di dalam pelukannya.
"Tak akan mati punya. Aku buat slow je. Kau yang drama."
Aku terus menolak dia dan keluar dari pelukannya.
"Sesuka hati dia je cakap tak kuat. Mana awak tau!? Bukan awak yang kena. Saya yang kena."
Ada aku pukul kepala dia nanti.
Tapi disebabkan aku baik. Taknak jadi isteri derhaka.
Jadi aku batalkan niat aku.
YOU ARE READING
ALWAYS: Always Be There For You
Lãng mạn'Baby' itulah nama panggilan yang diberi oleh keluarga Ariz Nijaz kepadanya.Nama itu bukan sahaja Ariz Nijaz dipanggil oleh keluarganya tetapi digunakan juga oleh keluarga Ayla Nadzirah iaitu keluarga pengasuhnya. "Ayla kat mana!? jomlah main dengan...