Selesai sahaja rehat aku dan Helena terus pergi ke arah pavilion sementara tunggu acara lumba lari bermula. Harraz telah pergi ke kawasan lompat jauh terlebih dahulu.
Tiba-tiba perut aku terasa sakit semula setelah sekian lama tak sakit. Masa nak lumba lari ni lah kau nak datang senggugut. Tadi masa rehat tak nak datang. Dahlah minyak tertinggal dekat dalam kelas. Masalah betullah.
"Kau kenapa Ayla? Okay ke tak tu?" soal Helena kepada aku.
"Aku okay. Senggugut datang balik je."
Helena ni kadang-kadang perangai dia macam mak-mak pun ada walaupun perangai dia boleh jadi macam chimpazi juga ada masa tu. Tapi kalau pergi rombongan ke apa ke mesti dia yang jaga aku.
******
Kini tiba masa rumah merah pula untuk lumba lari. Mula dari pelajar tingkatan 4.Semasa di garisan permulaan senggugut aku semakin menjadi-jadi sakitnya. Tapi aku masih mahu meneruskan untuk berlari.
"Kegarisan! Sedia! Mula!"
POM!
Semua pelajar yang berada di garisan permulaan tadi berlari sekuat hati bagi menyampai ke garisan penamat sebelum masa diberikan selama 10 saat tamat.
Hampir ke garisan penamat aku merasakan kepala aku berat dan bahagian bawah perut aku sakit sehingga ke bahagian kaki aku.
Sampai sahaja ke garisan penamat aku terus rebah ke atas rumput.
Kedengaran guru yang berada di situ dan pelajar yang lari bersama aku sebentar tadi memanggil-manggil nama aku. Aku terasa seperti diangkat. Kemudian dunia aku serta merta menjadi gelap.
*****
Aku cuba untuk membuka mata aku walaupun kepala aku agak sakit.Buka sahaja mata aku, aku terus melihat Helena berada di hadapan aku.
"Ya allah Lena terkejut aku. Kau pehal betul-betul depan muka aku kau duduk. Kalau lelaki handsome tak apa jugak." ujar aku
"Amboi-amboi kau bangun-bangun terus marah aku. Lepastu fikir pasal lelaki pula tu. Kita bukan main risau pasal dia. Tapi dia bangun-bangun bebel terus." bebel Helena.
"Alah sorrylah aku terkejut je tiba-tiba kau duduk depan muka aku."
"Yelah apa-apa jelah. Ni kau dah okay ke belum. Kalau dah jom pergi bilik guru sebab cikgu Mariam nak jumpa kita."
"Buat apa dia nak jumpa kita pulak. Tiba-tiba je."
"Kalau aku tau baik aku bagitau je terus kau tak payah ajak kau pergi jumpa dia. Hak alah dia ni. Lepas pengsan terus biul ke apa."
" Ish kau ni suka hati cakap aku biul. Tapi sebelum tu siapa yang angkat aku sampai dekat bilik rawatan ni. Jauh kot takkan kau angkat aku dari padang tu naik tangga bagai."
" Agak-agaklah aku angkat. Mau aku pengsan sekali kalau angkat kau. Tadi ada budak form 5 yang baru tu tolong angkat. Alang-alang dia lalu masa tu cikgu panggil lah dia. Apa entah nama dia. Hariz ke apa ehh?"
"Ariz ke?"
" Haaaaa! Haah Ariz. Dia lah yang angkat. Perghh aku cair masa dia angkat kau tu. Macam angkat isteri lepas kahwin gituu."
" Ah banyaklah kau punya lepas kahwin."
" Eleh muka merah juga tu marah- marah pun. Untunglah dia ada orang dukung dia."
"Kau Lena nak kena ke?" sambil aku mengangkat tangan ke arahnya.
" Ish kau ni main-main pun tak boleh. Dahlah jom jumpa cikgu." aku hanya menjeling ke arahnya.
Aduh! Macam mana aku nak hadap Ariz nanti. Makin bertambah-tambah malu aku dekat dia. Dalam beratus-ratus orang dekat sekolah ni kenapa dia jugak yang kena angkat aku.
*****
Sesampai sahaja di bilik guru kami berdua terus mencari cikgu Mariam."Cikgu, ada apa cikgu nak jumpa kami?" soal Helena kepada cikgu Mariam.
"Ha datang pun. Ayla awak dah okay dah atau masih rasa tak sihat?"
"Saya dah okay dah lepas rehat dekat bilik rawatan tadi cikgu."
"Okaylah kalau macam tu. Cikgu nak cakap nanti persembahan untuk pembarisan masa penutupan nanti saya nak awak berdua turut serta. Kita akan buat persembahan tentang majlis perkahwinan tradisional."
"Ouh boleh aje cikgu. Tapi nanti kami jadi apa untuk persembahan tu?" ujar Helena.
"Nanti Helena jadi macam dayang gitu buat persembahan apa semua. Ayla pula nanti jadi pengantin perempuan."
Terbutang mata aku bila cikgu memberitahu aku akan menjadi pengantin perempuan.
"Cikgu murid form 5 tak ada ke yang boleh jadi pengantin tu nanti cikgu. Malu pula saya nak jadi pengantin."
"Ada memang ada tapi mereka semua tu tak padan dengan baju tu labuh sangat nanti tak lawa. Saya rasa baju tu nanti muat-muat dengan kamu."
"Okay lah kalau macam tu cikgu. Tapi boleh saya tanya siapa partner saya nanti?"
"Ariz nanti jadi pengantin lelaki. Tadi cikgu nampak dia angkat awak lepastu nampak sepadan pula kamu berdua. Terus saya cop kamu berdua jadi pengantin. Mana tau nanti boleh jadi betul-betul ke." ujar cikgu Mariam sambil mengangkat-angkat keningnya.
Aku hanya tersenyum nipis ke arah cikgu Mariam.
Aduh cikgu ni lain macam. Kalau cikgu lain dah perli-perli dah tapi dia boleh pulak padankan aku dengan Ariz. Lain macam sungguh cikgu ni.
"Kan cikgu sepadan je diaorang berdua ni kan cikgu." ujar Helena.
Aku terus menyiku perut Helena. Geram je rasa.
"Ha tengok kawan kamu pun setuju." ujar cikgu Mariam sambil menghalakan tangannya ke arah Helena untuk high five.
Masuk air betul cikgu aku sorang ni. Lain dari yang lain. Ni nak kenakan aku ke apa.
"Sebelum cikgu lupa. Petang ni ada latihan tau. Lagipun kamu berdua memang perlu hadir ke sekolah petang ni sebab sepatutnya petang ni ada perhiasan rumah sukan sekalikan? Jadi kamu berdua tak perlu pergi tolong buat perhiasan rumah sukan tapi pergi latihan nanti okay."
"Okay cikgu. Tapi latihan tu nanti dekat mana cikgu?" soal Helena.
"Dekat dewan. Pukul 3.30 petang. Kalau tak ada apa-apa dah kamu berdua boleh pergi. Terima kasih ya."
"Okay cikgu. Sama-sama." ujar kami berdua serentak.
*****
"Harraz kau nak tau tak nanti Ayla jadi pengantin." ujar Helena."Ayla kau nak kahwin tak bagitau aku pun. Kau nak kahwin dengan siapa?" ujar Harraz pula.
"Hotak kaulah aku kahwin tu untuk persembahan nantilah. Kau kalau aku tumbuk apa pun tak dapat." sambil aku menghalakan penumbuk aku.
"Alah garanglah dia ni. Ingat aku takut ke dengan penumbuk kecik kau tu."
Aku menjeling ke arahnya dan menghadiahkan pukulan dengan totebag aku. Yelah tak kan nak sentuh dia pula haram woi.
"Aduh! Sakitlah Ayla." aku hanya menayangkan muka selamba. Padan muka.
"Ouh btw dia punya pasangankan Ariz weh." ujar Helena.
"Uish hero yang bantu dia tadi jadi pengantin lelaki. Uuuu untunglah kau Ayla."
"Kau orang berdua ni saja aje kan nak kenakan aku."
"Haah memang saje je nak kenakan kau." kata Harraz kepada aku. Dia telah siap sedia untuk melarikan diri dari aku.
"Kau Harraz!" aku berlari mengejarnya.
BERSAMBUNG~
YOU ARE READING
ALWAYS: Always Be There For You
Romance'Baby' itulah nama panggilan yang diberi oleh keluarga Ariz Nijaz kepadanya.Nama itu bukan sahaja Ariz Nijaz dipanggil oleh keluarganya tetapi digunakan juga oleh keluarga Ayla Nadzirah iaitu keluarga pengasuhnya. "Ayla kat mana!? jomlah main dengan...