Chapter 31 (Kemalangan)

109 2 0
                                    

Cuti mid sem pun hampir tiba. Kalini aku balik Kuantan sebab papa suruh aku balik.

Cuti mid sem jarang aku, Maya dan Aishah balik rumah masing-masing sebab cuti seminggu je.

Tapi kalau sorang balik semua akan balik.

Jadi esok kami semua akan bergerak pulang ke kampung masing-masing.

Aku tengah berkemas untuk balik esok.

Aishah dan Maya pun tengah melakukan perkara yang sama.

****
Keesokkan harinya aku hanya menunggu papa sampai. Dia call aku masa dia baru nak gerak.

Pukul 7 pagi tadi.

Dia kata dia datang sini berseorangan sahaja. Mama tinggal dekat rumah.

Papa tak bagi mama ikut. Macam-macam lah papa ni.

Dahlah dia yang paksa aku balik.

Beria haritu tanya bila aku cuti. Papa suruh aku balik kalau cuti. Papa kata dia rindu aku.

Dia kalau boleh nak semua balik rumah. Tapi sekolah tak cuti jadi kakak tak boleh balik.

Along pun tak boleh nak balik sebab tak boleh nak cuti.

Jadi dia suruh aku jelah balik.

Sekarang dah pukul 10 pagi. Sepatutnya papa nak sampai dah.

Aku cuba call papa sebab biasa kalau dia gerak pukul 7. Pukul 10 dia dah sampai dekat rumah sewa aku ni.

Panggilan aku tak diangkat oleh papa.

Aku ni bukan boleh kalau panggilan aku tak diangkat ni. Mulalah aku risau.

Tak tenang nak duduk aku ni.

"Kau kenapa Ayla? Risau je muka."soal Aishah.

"Papa aku tak angkat call. Lepastu dia tak sampai dari tadi."jawab aku.

"Tak ada apa lah. Jalan sesak kot. Sebab tu lambat sampai."ujar Maya cuba menenangkan aku.

"Harap macam tu lah."ujar aku.

"Kitaorang gerak dulu lah eh. Nanti lambat sampai rumah."ujar Aishah.

"Kau okaykan duduk sorang ni?"soal Maya.

"Aku okaylah. Macam tak biasa pula. Hati-hati. Kalau mengantuk berhenti rnr rehat."

"Okay. Kau nanti kunci pintu tau kalau nak balik dah. Bye."ujar Maya.

"Ye. Bye korang."ujar aku.

Aku melambai ke arah mereka berdua. Aku hanya menghantar dari depan pintu rumah sahaja.

Kedua-dua kereta Aishah dan Maya dah hilang dari pandangan aku baru aku masuk ke dalam rumah semula.

Beberapa minit kemudian telefon aku berdering.

Permata hati💞

Mama rupanya yang call.
Aku menekan butang hijau untuk menjawab panggilan tersebut.

"Hello. Assalammualaikum mama."ujar aku dalam keadaan ceria.

"Waalaikummussalam Ayla. Mama nak cakap sesuatu ni. Ayla jangan terkejut ya sayang."

Suara mama yang lemah dan seperti baru lepas menangis membuatkan aku tak senang duduk.

"Kenapa mama?"

"Papa kemalangan. Dia dekat Hospital Port Dickson sekarang. Mama tengah bertolak pergi sana dengan ibu dan abah. Ayla pergi hospital dulu ya sayang. Pergi dengan Ariz. Ibu dah telefon Ariz tadi."

ALWAYS: Always Be There For YouWhere stories live. Discover now