"Ayla bangun dah pukul berapa dah ni!... Nanti lambat pula pergi sekolah. dah 16 tahun pun mama nak kena jerit kejutkan kamu ke" jerit Puan Laila dari luar bilik." Ya mamaaa... Ayla dah bangun dah ni nak pergi mandi dah ni."kata aku sambil berbaring di atas katil. " Kalau lagi 5 minit mama tak dengar kamu keluar bilik ni tau lah nasib kamu kejap lagi."
Mama tu mesti nak jirus aku dengan air lah tu tak ada benda lain. Suka sangat buat aku mandi tanpa pergi bilik air. Mak-mak asia sungguh mama aku ni. Hari ini ialah hari yang dibenci oleh semua orang lebih-lebih lagi kepada para pelajar kerana hari ini hari isnin. Paling malas nak pergi dewan untuk perhimpunan.
" Ayla!!!!! Mama kata apa tadiiiiii."
Ya allah singa betina dah cari mangsa baik aku cepat. Aku cepat-cepat tuala aku untuk mandi. Baik cepat sebelum singa betina tu jadikan aku mangsanya.
Sesudah memakai baju dan solat subuh aku duduk di hadapan cermin untuk bersiap. Aku terlihat gambar aku semasa zaman kanak-kanak bersama-sama dengan baby."Lama tak jumpa kau baby. Macam mana lah rupa kau sekarang. Tiba-tiba rasa rindu dekat kau. Hampir 3 tahun lebih kita tak jumpa."
"Huh!" keluh aku
Kawan baik semasa kecil ku semakin regang. Baby ni pula sekolah kalau boleh nak hujung dunia agaknya. Dalam banyak-banyak sekolah berasrama dekat Pahang ni nak juga dia sekolah dekat Kedah. Jauh woiiii. Bijak sangat kenapa dah masuk sekolah berasrama penuh kalau tak mesti masuk sekolah sekali dengan aku je senang hidup aku dapat jumpa kau tiap-tiap hari baby oiii.
Aku melihat ke arah jam di dalam bilik " EHHHH!! Ya allah dah lambat nak bersiap nak dekat pukul 7 dahh!! Tulah kau Ayla pikir pasal baby lagiii!!" jeritku. Terus aku bersiap dengan kadar yang cepat. Baik cepat sebelum singa betina tadi bertukar menjadi monster terus lagi naya. Tak sempat pergi sekolah kejap lagi terus masuk enam kaki dalam terus.
" Mamaaa" jeritku menyapa mamaku yang berada di dapur. " Ha keluar pun bilik tu ingat bertapa dalam tu lama betul bersiap."bebel mama. " Hihi sorry mama." sambil tersengih." Ni ambik bekal ni makan dalam kereta je dah lambat dah ni harini kan ada perhimpunan nanti kena denda pula. Kakak dah tunggu dekat ruang tamu tu. Harini kakak hantar sebab papa kena pergi kerja awal harini sebab ada hal." "Okay mama. bye" aku menyalam mama terlebih dahulu sebelum bergerak untuk pergi ke sekolah.
"Kak jommmm"
Kakak aku sekarang cuti semestar jadi dia ada di rumah. Dia belajar di Universiti Ahsalan dan mengambil perkara yang ada kena mengena dengan kimia sebagai kosnya. Aku pun tak tau pasal apa yang pasti ada kimia.Baguslah dia minat sangat kimia aku pula sentiasa gagal jika bab-bab kimia ni. Papa aku pula iaitu Encik Nizam seorang guru besar di sekolah rendah. Abang aku sudah berkahwin dan menetap di Selangor. Abang aku bekerja sebagai doktor di Hospital Selayang.
*********************
Setelah bersalam dengan kakak aku terus turun kereta dan berjalan ke arah kelas."Lenaaa!!"jerit aku cuba untuk mengejutkan helena dari tidur. Hobi dia ni memang tidur je sampai-sampai kelas terus sambung tidur tak ada benda lain nak buat memang padan lah aku panggil dia lena memang lena tiap masa dan di mana saja dia ni.
Helena atau nama penuhnya Helena Batrisya sudah berkawan dengan aku daripada tingkatan 2 lagi kerana dia baru sahaja berpindah ke Pahang semasa tingkatan 2.
"Ish apa kau ni asyik nak kacau aku tidur jee"marah helena kepada aku.
" Alololo janganlah marah Helena ku sayang. Kau temanlah aku dahlah kita berdua je baru sampai dekat kelas ni." meremang aku melihat sekeliling kelas 4 Beta ni macam manalah Lena ni boleh berani sangat duduk kelas ni sorang-sorang lepastu boleh tidur lagi. Aku dengan Helena memang sentiasa datang awal tapi kebiasaannya pasti ada lagi 2 orang pelajar lelaki iaitu Dayyan dengan Haqq. Beg mereka ada tapi orang hilang. Jalan-jalanlah tu.
YOU ARE READING
ALWAYS: Always Be There For You
Romance'Baby' itulah nama panggilan yang diberi oleh keluarga Ariz Nijaz kepadanya.Nama itu bukan sahaja Ariz Nijaz dipanggil oleh keluarganya tetapi digunakan juga oleh keluarga Ayla Nadzirah iaitu keluarga pengasuhnya. "Ayla kat mana!? jomlah main dengan...