"Muhammad Hadif Shah Bin Ahmad Shamil."ujar papa.
Sambil papa berjabat tangan dengan Abang Hadif.
Harini hari akad nikah kakak aku Attiyah Nadhirah.
Akad nikah dibuat di surau taman perumahan aku je.
Senang mama papa kata kalau buat dekat surau.
"Ya saya."ujar abang Hadif.
"Aku nikahkan dikau dengan puteriku Attiyah Nadhirah Binti Nizam dengan mas kahwin RM 200 ringgit tunai."
"Aku terima nikahnya Attiyah Nadhirah Binti Nizam dengan mas kahwin RM 200 ringgit tunai."
"Sah?"ujar papa
"Sah."jawab saksi yang berada ditepi tersebut.
"Sah?"
"Sah."jawab lagi sorang saksi.
Tok kadi pun membaca doa selepas selesai sahaja akad.
Selesai sahaja akad tadi aku dah nangis dulu. Bukan kakak aku yang nangis.
Dia yang ada dekat sebelah aku yang pujuk aku. Peluk aku bagai.
Mama pun pujuk aku juga. Siapa yang kahwin ni? Aku pun tak taulah.
Beria betul aku nangis.
"Kamu ni Ayla. Kakak yang kahwin kenapa kamu pula yang nangis beria."ujar mama.
"Ayla sedihlah sebab kakak dah kahwin. Ayla tinggal sorang je nanti masa raya kalau along dengan kakak tak ada Ayla tak ada kawan." tersedu-sedu aku menjawab ujaran mama tadi.
Makin teruk aku nangis ada lah.
"Dah cair dah make up adik kakak ni."sambil kakak mengelap air mata pada pipi aku.
Kak Su menghulurkan tisu kepada aku. Aku terus mencapainya.
"Dah suami kakak nak datang dekat sini dah. Kamu ni buat malu jelah dekat surau menangis beria ramai orang tengok."ujar Mama.
"Mama. Ayla malu."sambil aku menyorokkan muka dibelakang mama aku.
Tulah tadi menangis tak ingat orang ramai ke tak.
Masa along kahwin aku menangis juga. Aku ni tak boleh adik beradik aku kahwin ke apa.
Nasib baik 3 orang je adik beradik kalau 10 habis setiap majlis kahwin aku menangis.
Abang Hadif dah melangkah ke arah kakak. Aku yang berada disebelah kakak dari tadi menganjakkan kedudukan aku menjauhi mereka.
Memberi ruang untuk mereka berdua melakukan pembatalan air sembahyang.
Tangisan aku pun dah reda tapi masih menitik jugalah dari tadi.
Selesai sahaja semua perkara semua orang bergerak keluar dari surau.
"Ayla!" jerit Ariz yang berada berhadapan dengan aku di depan pintu surau.
Memang kena jerit ke apa? Aku tak faham.
Aku bukan jauh beribu batu pun dekat depan ni je.
"Memang kena jerit eh? Saya dekat depan awak je ni."
"Haah kena jerit takut kau tak dengar sebab telinga dah tersumbat masuk air mata."
"Amboi sedapnya mulut dia cakap telinga kita tersumbat masuk air mata. Saya sedihlah kakak saya kahwin awak apa tau."
"Kau cakap macam tu macam adik beradik aku tak ada yang kahwin je. Adik beradik aku semua dah kahwin okay."
Ye tak ye juga. Semua adik beradik Ariz dah kahwin siap dah ada anak dah semua.
YOU ARE READING
ALWAYS: Always Be There For You
Romansa'Baby' itulah nama panggilan yang diberi oleh keluarga Ariz Nijaz kepadanya.Nama itu bukan sahaja Ariz Nijaz dipanggil oleh keluarganya tetapi digunakan juga oleh keluarga Ayla Nadzirah iaitu keluarga pengasuhnya. "Ayla kat mana!? jomlah main dengan...