Chapter 52 (Maggie)

84 3 0
                                    

Harini aku akan pulang ke rumah sewa aku dan Ariz yang berada di Selangor.

Ariz dah kerja dekat salah satu hospital di Selangor jadi kami menyewa di Selangor pula.

Aku dah habis belajar jadi aku, Maya dan Aishah tak akan duduk dalam satu rumah sewa dah.

Jadi harini hari berpindah randah. Aku balik dengan Maya harini.

Aku cakap dekat Ariz yang aku nak balik esok sebab nak kemas barang tak siap lagi. Tapi aku tipu dia.

Saja nak buat kejutan. Jadinya harini aku balik dia tak tau.

Jadi ke tak kejutan ni belakang cerita. Yang penting aku nak buat.

Nasib baiklah kereta Maya ni muat barang kami berdua. Kalau tak musnah harapan aku nak buat kejutan ni.

Kandungan aku dah masuk bulan yang keempat. Perut aku pun dah mula menampakkan bentuk.

Setakat orang tak akan tau aku mengandung kalau aku tak bagitau. Tak apa tak payah tau pun tak apa.

*****
"Terima kasih Maya tumpangkan aku balik. Eh bukan tumpangkan tapi hantar aku balik."ujar aku.

Yelah dia duduk Kuala Lumpur lepastu kena hantar aku dekat Selangor ni.

"Alah tak apa nanti jarang-jarang dah jumpa. Jadi apa salahnya aku hantar kau. Bukan jauh sangat pun. Okaylah aku balik dulu."

"Okay terima kasih lagi sekali."

"Sama-sama."

Aku menunggu kereta Maya tidak kelihatan baru aku masuk ke dalam rumah.

Barang aku awal-awal dah letak dekat dalam rumah dengan bantuan Maya.

Ariz sewa rumah teres dekat sini. Sementara kumpul duit untuk beli rumah jadi kami duduk dekat rumah sewa sahaja.

Barangan aku kemas elok-elok. Aku rasa dia balik malam. Jadi banyak lagi masa. Sekarang baru pukul 2 petang.

Sedang aku mengemas barang-barang aku. Tiba-tiba perut aku berkeroncong.

"Aish! Lapar pulak. Ada apa je eh kat dapur tu?"

Aku melangkah ke arah dapur dan membuka peti sejuk.

Bahagian tempat sejuk beku dekat atas tak ada apa-apa.

"Ya allah suami aku ni. Makan apa je dekat rumah. Lauk satu apa pun tak ada ni."

Bahagian bawah pula aku buka. Ada beberapa biji telur dan susu sahaja.

Susu bila ni pun aku tak tau. Ntah-ntah dah basi. Kalau ada kereta lama dah aku pergi kedai ni.

Malangnya tak ada kereta dan aku takut nak pergi sorang-sorang. Baik duduk senyap-senyap dekat rumah.

Kabinet dapur aku buka. Nasib baik ada mee segera. Kalau tak mati kelaparan aku dekat sini.

Tengoklah dia balik nanti aku bebel dekat dia kenapa tak ada makanan dekat sini. Sepatutnya dia dah sediakan awal-awal untuk isteri dia yang kuat makan ni.

Sebiji telur aku ambil untuk diletakkan di dalam mee segera yang aku tengah masak.

Selesai sahaja makan aku kemas semua kesan yang aku buat.

Kerja kena clean kalau nak kenakan orang jangan tinggal kesan langsung.

Kasut aku semua dah sorok dalam bilik. Tiba-tiba dia balik nanti tak ada lah gelabah.

*****
Sekarang dah pukul 8.30. Ariz masih belum balik. Aku dah mesej dia tanya dia balik pukul berapa harini.

Dia cakap pukul 8 jadi kita tunggu jelah dengan sabar.

ALWAYS: Always Be There For YouWhere stories live. Discover now