Hari ni aku, Helena, Harraz dan Ariz akan pergi ke Genting Highland.
Kitaorang bincang masa majlis kahwin kakak aku minggu lepas.
Saja nak spend time sekali. Minggu depan Helena nak balik U dia dah. Harraz pula hari Sabtu nanti.
Harini hari Selasa baru. Jadi kami nak spend time sama-sama.
Kami pilih antara Genting Highland atau Cameron Highland.
Tapi disebabkan kami nak balik hari je. Jadi Harraz dan Ariz cadangkan untuk pergi Genting Highland sahaja.
Genting Highland lagi dekat berbanding Cameron Highland.
Aku dengan Helena ikut je sebab diaorang dua juga yang bawa kereta nanti.
Aku dengan Helena duduk je dalam kereta tak payah memandu.
Kami pergi sana naik kereta Ariz. Nanti mesti dia jemput aku dulu ni. Sebab rumah kami dekat.
Sekarang baru 7.30 kami semua janji pukul 8.30 gerak.
Aku tengah bersiap-siap.
Harini aku pakai turtle neck warna hitam lengan panjang dan jacket warna hijau apa entah sebab dekat Genting nanti akan sejuk sebab tu aku pakai jacket.
Untuk bahagian bawah aku pakai skirt kotak-kotak. Kasut pula aku pakai sneaker. Senang sikit aku nak jalan nanti. Selesa pun selesa.
Tudung pula aku pakai shawl warna putih. Aku hanya buat style lilit sahaja. Malas nak fikir.
Nanti belit punya belit mati tercekik pula aku. Tak sempat nak pergi Genting. Nanti diaorang semua pergi majlis pengembumian aku aje.
Make up aku harini natural look gitu. Sebab takut aku rimas pakai yang heavy make up. Nanti nak kena padam sebab nak solat.
Saya pemalas ya kawan-kawan. Jangan contohi saya.
(Contoh pakaian Ayla)****
Jam dah menunjukkan pukul 8.30. Ariz pun dah sampai dan kami bergerak untuk ambil Harraz terlebih dahulu.Sebab rumah dia lagi dekat berbanding Helena.
Sampai sahaja depan rumah Harraz aku terus turun dari bahagian sebelah pemandu tanpa banyak cakap.
Nak bagi Harraz duduk depan. Biar aku dengan Helena duduk belakang.
Baru aku nak buka pintu tiba-tiba Ariz menegur aku.
"Kau nak pergi mana?"
"Turunlah nak bagi Harraz duduk depan."
"Biar jelah dia duduk belakang. Tak payah turun-turunlah."
Harraz yang dah keluar dari rumahnya pun terus bergerak pergi ke pintu bahagian belakang.
Belum sempat aku nak keluar lagi.
YOU ARE READING
ALWAYS: Always Be There For You
Romance'Baby' itulah nama panggilan yang diberi oleh keluarga Ariz Nijaz kepadanya.Nama itu bukan sahaja Ariz Nijaz dipanggil oleh keluarganya tetapi digunakan juga oleh keluarga Ayla Nadzirah iaitu keluarga pengasuhnya. "Ayla kat mana!? jomlah main dengan...