Chapter 13 (Sungai)

94 1 0
                                    

"Ayla tolong jagakan Lissa boleh? Akak kena tolong mengemas semua ni. Nanti dah siap akak datang dekat Ayla okay?" ujar kak Melinda

"Eh boleh je kak."

Aku terus mengambil Melissa dari dukungan kak Melinda.

Sedang aku, Helena, Harraz dan Ariz melayan kerenah Melissa. Tiba-tiba dia menangis.

Aku apa lagi gelabahlah. Aku terus dukung dan berdiri sambil memujuk dia. Aku dah jadi macam buai baby dah ni terhenjut-henjut. Yang lain cuba juga memujuk tapi tak menjadi.

Kak Melinda dahlah tak ada dekat sini. Puaslah nak pujuk dia ni.

"Meh sini aku dukung. Dia mengantuk tu."ujar Ariz.

Aku terus memberikan Melissa kepada Ariz. Kami bertiga hanya melihat gelagat Ariz tersebut.

Dia mengusap-usap belakang Melissa sambil berselawat kecil dengan suara dia yang serak basah tersebut. Tapi masih boleh didengari oleh aku kerana jarak aku dan dia tak ada lah jauh sangat.

Comel je dua orang ni. Dahlah si Melissa tu pakai baju bear dengan Ariz yang tolong dodoikan dia. Perghh gabungan yang mantap.

Beberapa minit kemudian tangisan tadi pun sudah tidak kedengaran lagi.

Ariz pun meletakkan Melissa di atas tilam bayi tersebut sambil menepuk-nepuk punggung Melissa bagi memastikan bayi tersebut betul-betul tidur dengan lena.

Aduh! Cair aku dibuatnya. Mama! Ayla nak kahwin dengan Ariz boleh tak. Ehhh gatal belum SPM lagi nak kahwin dah.

"Terima kasih awak tolong tidurkan Lissa."ujar aku.

"Sama-sama" sambil Ariz senyum nipis.

"Pergh hebatnya kau boleh dodoikan baby." ujar Harraz.

"Ehh see the leg lah." ujar Ariz.

"Boleh dah ni kahwin betul-betul dengan Ayla ni." sambung Harraz.

"Hotak kau. Belajar pun tak habis lagi nak kahwin." ujar aku bagi pihak Ariz.

Yelah siapa suruh kaitkan nama aku dalam hal ni.

"Alah macam aku tak nampak agenda sweet korang tadi masa dekat dapur. Siap tolong sambut bagai. Sweet nau."

Ya allah geram aku dengan budak sengal ni.

"Kau memang nak kena eh." jerit Ariz kecil.

Kedengaran Melissa merenggek kecil. Kami terus diam dan Ariz cepat-cepat menepuk punggung Melissa supaya bayi tersebut tidur semula.

"Dah baik kau senyap. Kalau Lissa bangun aku nak kau pujuk dia nanti sebab kau yang bising." ujar Ariz.

"Yelah." jawab Harraz perlahan.

****
"Mama! Ibu! Kami pergi sungai dulu." ujar aku.

"Ariz nanti jaga diaorang semua ni. Kamu paling tua tau." ujar ibu.

"Yelah ibu nanti Ariz jaga diaorang."

Ibu tak gunakan nama panggilan 'baby' bila ada orang lain yang tak rapat bersama. Lagi-lagi dah besar panjang ni. Mau tak tau nak letak muka dekat mana nanti.

Kami berjalan ke arah sungai. Disebabkan sungai dekat je dengan rumah wan jadi kami jalan kaki je. Yelah setakat kadang lembu yang jauh 1 km dari rumah wan pun  kita orang jalan kaki. Inikan pula berapa meter ni. Ni aku suka duduk kampung mama lepas je aku nak jalan-jalan kalau dekat bandar memang payah betul aku nak jalan-jalan ni

Seperti biasa Harraz paling teruja sekali. Dia yang nak sangat pergi sungai ni.

Setelah 5 minit berjalan akhirnya kami sampai di sungai tersebut. Taklah ramai sangat dekat sini. Ada lah beberapa orang. Tu pun boleh tahan jauh dekat hujung sungai sana.

ALWAYS: Always Be There For YouWhere stories live. Discover now