Chapter 27 (Pakcu)

79 2 0
                                    

Malam pun menjelma. Kami tunggu orang surau balik terlebih dahulu untuk menyertai majlis malam ni.

Sekarang baru pukul 8.30 malam jadi mereka belum balik dari surau lagi.

"Ayla!"

Aku menoleh ke arah gerangan yang memanggil nama aku itu.

"Lena!"

Aku terus berlari ke arahnya dan memeluknya.

"Kau datang dengan siapa? Sorang je ke? Harraz mana?"

Aku memang dah ajak dua orang ni pergi majlis malam ni dan esok.

"Aku datang dengan Harraz lah. Dia ambil aku dekat rumah tadi. Dia jalan dengan Ariz tadi. Bertembung masa nak parking kereta."

"Ayla!" aku memandang ke arah suara itu.

Memang harini semua nak jerit nama aku ke apa?

Harraz rupanya. Dia dah berlari sambil mendepakan tangan dia.

Hampir dia dekat ke arah aku dan Helena.

Ariz cepat-cepat memeluk dibahagian leher Harraz.

"Kau pehal nak peluk perempuan? Ingat Ayla tu adik beradik kau?"ujar Ariz.

PUK!

Dia meluku kepala Harraz. Ariz masih belum melepaskan pelukan pada leher Harraz.

"Aduh! Sakitlah woi! Lepaslah hilang kemachoan aku. Kau peluk macam ni. Nanti awek semua lari."ujar Harraz.

"Gatal nak mampus kau ni Harraz. Ariz sila luku kepala dia lagi bagi sel-sel otak dia berhubung sikit."ujar Helena.

"Eh jangan! Sorry lah. Tak buat dah. Korang ni beria lah. Ayla okay je tak bising pun."ujar Harraz sambil mencebik mulutnya.

"Kau buat mulut macam tu rasa macam nak suruh Ariz luku je lagi."ujar aku.

"Baru puji dia. Dah buat jahat."ujar Harraz.

"Padan muka kau."ujar aku.

Ariz pun dah melepaskan pelukan pada leher Harraz.

"Dah jom masuk rumah. Nanti orang surau datang penuh rumah aku."

Kami semua bergerak masuk ke dalam rumah.

"Ayla!"

Betul dah memang semua orang suka jerit nama aku. Lagi sorang jerit nama aku.

Keempat-empat kami menoleh.

"Abang Idlan!"jerit aku.

Abang Idlan ialah abang saudara aku. Anak kedua kepada pokde aku.

"Abang baru sampai ke?"soal aku.

Yelah pokde dengan mokde aku dua-dua dah ada lama dah. Anak bongsu dengan anak sulung pokde pun dah sampai. Ilham dengan abang Ilyas.

"Haah abang kerja pagi tadi sebab ada benda nak kena urus. Tengah hari baru siap. Rehat kejap baru gerak sini."ujarnya.

Jangan tanya aku dia kerja apa. Sebab aku pun tak tau. Yang aku tau dia kerja syarikat dekat KL.

"Ouh jomlah masuk. Mokde ada dekat dalam. Pokde, abang Ilyas dengan Ilham pergi surau."

"Jom."

Kami pun bergerak masuk bersama. Yang tiga orang tadi masih tercegat dekat depan pintu pagar rumah aku.

"Korang kenapa tak masuk?"

"Tunggu kau lah. Takkan nak terjah rumah orang sesuka hati."jawab Ariz.

"Awak tak payah nak mengada Ariz. Macam tak biasa je dengan rumah ni. Mengada."

ALWAYS: Always Be There For YouWhere stories live. Discover now