Chapter 59 (Bersalin)

134 3 0
                                    

Harini aku dah dimasukkan ke dalam wad di salah satu hospital di Kuantan.

Nak meletup dah kenalah masuk wad.

Semakin lama debaran semakin terasa. Ada dua atau tiga perkara sahaja yang akan terjadi semasa atau selepas melahirkan. Meninggal atau hidup. Paling tidak pun koma.

Kalau diberi pilihan pasti kita mahu terus hidup bersama-sama dengan anak yang kita kandungkan selama 9 bulan.

Tapi segala ketentuan berada ditangan Allah. Siapalah kita untuk menolak qadak dan qadar.

Setakat ni aku tak ada masalah kesihatan. Tapi kalau tiba-tiba terdapat komplikasi semasa bersalin nanti.

Aku lagi rela nyawa aku diambil berbanding nyawa anak aku yang baru hendak menjenguk dunia.

"Sayang kau fikir apa?"

Soalan Ariz membangunkan aku dari lamunan.

"Tak fikir apa-apa pun. Just berdebar je nak masuk dalam dewan bersalin nanti."

"Aku tau isteri aku kuat. Nanti aku teman kau okay? Aku akan sentiasa ada dekat dengan kau."

Tangan aku digenggam oleh Ariz. Aku membalas kata-kata Ariz dengan senyuman.

"Anak mama."

Kami berdua terus berpaling ke arah pintu wad.

"Mamaaaa."

Tangan aku didepakan meminta sebuah pelukan.

Mama terus meluru ke arah aku dan memeluk aku.

"Mama. Ayla takutlah."

"Tak apa perasaan takut tu memang akan ada. Nanti nampak je anak terus tak takut. Bahagia je yang tinggal."

"Mama bahagialah kan bila nampak anak-anak mama lahirkan? Mesti paling bahagia masa Ayla lahirkan."

"Kamu ni sempat lagi nak loyar buruk. Nak jadi mak orang dah."

"Biarlah Ayla nak manja dengan mama."

Pelukan aku makin eratkan. Mama pun tak ada tanda-tanda nak lepaskan aku.

"Nanti kalau mama dah tak ada. Tak dapatlah kamu nak manja dengan mama dah."

"Mamaaa. Apa cakap macam tu?"

Pelukan terus aku leraikan.

"Apa betullah mama cakap. Mama bukan sentiasa ada dengan Ayla pun."

"Dahlah malas cakap dengan mama. Humph."

Aku membuat gaya merajuk sambil memeluk tubuh sendiri.

"Mama malas pujuk."

"Huwaaa jahat."

"Mama duduklah dari tadi berdiri biar Ariz pujuk dia. Ni mama datang dengan siapa?"

"Dengan ibu kamu lah tapi dia tadi cari parking. Pelik jugak ni lama betul."

Pintu bilik tiba-tiba dibuka dari luar.

"Haa panjang umur. Sampai pun. Lama betul Wani."

"Tadi cari parking. Sesat pulak nak cari bilik ni. Tu lama tu kak."

"Lahh patutlah."

"Menantu ibu."

Sama seperti dengan mama tadi kami berdua berpelukan.

"Ibuuu. Mama buat Ayla."

"Tak payah layan dia Wani. Mengada je tu. Dah nak jadi mak budak pun perangai macam budak lagi."

ALWAYS: Always Be There For YouWhere stories live. Discover now