Sedar tak sedar harini dah 4 hari kami di kem ini.
Sekarang kami akan buat aktiviti berjalan dalam lumpur. Habislah kaki aku gatal.
Dahlah aku ni alergik sikit benda-benda kotor ni. Nanti habis gatal kaki aku. Tapi taklah beria sangat sampai kena pergi hospital.
Paling tidak pun kaki aku merah je nanti. Tapi gatal woiii.
Kami tengah menunggu giliran nak berjalan dalam tu.
Dalam beberapa minit kami tunggu tiba giliran kumpulan kami pula untuk berjalan dalam lumpur tu.
Tengok gelagat kumpulan yang awal-awal tadi semua nak jatuh semasa berjalan. Ada yang sampai ke muka lumpur tu sebab termerecik.
Kami akan berjalan seorang demi seorang.
Ariz berjalan terlebih dahulu. Nampak mudah betul dia jalan dekat dalam tu.
Kelana yang duduk dekat atas jambatan di sebelah laluan itu mencampakkan sesuatu ke arah Ariz.
Nak takutkan lah tu. Aku nampak macam dia campak lipas aje.
Setakat lipas aku tak takut. Kalau ular takut lah.
Ariz hanya menepis sahaja benda yang dibaling oleh kelana tadi.
Habis sahaja dia berjalan dalam lumpur tadi. Tiba giliran Haffiy pula.
Dia pun tenang je jalan dalam lumpur tu. Senang sangat ke jalan dalam tu. Kenapa mudah sangat si Ariz ngan Haffiy ni buat?
Semasa Farhan punya giliran. Kelana mencampakkan ular palsu kepadanya.
"Mak! Ular!"jerit Farhan sambil dia mencampakkan semula ular itu ke arah jambatan yang diduduki oleh kelana itu tadi.
Semua dah gelak beria dah disebabkan riaksinya yang macam nak pengsan tu. Nasib baik tak jatuh aje.
Giliran Aishah pula yang berjalan. Tengah dia berjalan ular jatuh di atas bahunya.
"Argh! Ular."jeritnya sambil mencampak ular kepada kelana atas jambatan tu semula.Ehh! Kejap. Kelana tu belum campak lagi. Sebab aku nampak kelana tu baru nak campak ular palsu tu.
Kemudian aku melihat ke arah ular yang Aishah campak tadi bergerak.
Gila! Ular betul yang jatuh. Semua kelana tadi dah jauh dari ular itu dan cuba untuk mengusir ular itu pergi.
Ular tu kecik je. Memang besar ular palsu yang kelana-kelana tu campak je.
Kalau aku jadi Aishah dah lemah lutut dah.
Habis sahaja Aishah berjalan dalam lumpur itu. Kami terus menerpa ke arahnya kecuali Maya sebab dia kena berjalan dalam lumpur tu.
"Kau okay tak ni?"soal aku kepadanya.
Farhan menghulur air ke arah Aishah.
Muka Aishah dah pucat dah sebab terkejutkan ular tadi.
"Weh lembiknya ular tadi. Eiii!" sambil dia mengelapkan tangannya pada baju aku.
Ehh sesuka hati dia je lap tangan dia kat aku.
"Janganlah lap tangan kat aku."sambil aku pukul tangannya.
"Meh hulur tangan tu. Basuh."ujar Farhan.
Amboi caringnya sorang ni. Dia punya pujaan hati takut.
"Terima kasih."ujar Aishah.
"Sama-sama."balas Farhan.
Maya dah selesaikan aktiviti tersebut dengan jayanya.
YOU ARE READING
ALWAYS: Always Be There For You
Romance'Baby' itulah nama panggilan yang diberi oleh keluarga Ariz Nijaz kepadanya.Nama itu bukan sahaja Ariz Nijaz dipanggil oleh keluarganya tetapi digunakan juga oleh keluarga Ayla Nadzirah iaitu keluarga pengasuhnya. "Ayla kat mana!? jomlah main dengan...