"Kau nak burger apa ni?"ujar Ariz.
Kami berdua berada di hadapan gerai burger.
"Saya nak 2 burger daging dan 1 burger ayam."
"Kau memang serious nak 3 burger ni."
Ariz dari dekat rumah tanya aku betul ke tak nak makan 3 burger tu.
Rasa nak pukul je dia. Aku ni dahlah tak suka orang tanya soalan sama banyak kali.
Rasa nak marah je. Aku jawab nak tu nak lah.
Ha kan dah emo.
"Ya saya teringin nak burger tu dah lama dah."
"Uishh sayang. Aku belum rasmikan kau lagi dah mengandung ke?"
Halah laki aku ni. Memang nak makan penampar agaknya.
"Awak agak-agaklah. Saya tampar nanti. Terteleng kepala awak."
"Alah gurau je. Kau period pun dah mengidam. Kalau mengandung nanti tak tau lah."
"Main-main benda macam tu. Baik sangatlah? Nasib awaklah. Saya kalau datang bulan memang macam orang mengandung nafsu makan saya. Nasib awaklah kalau saya mengandung nanti."
"Sorry sayang. Aku pergi beli burger kau. Tak apa aku layan je apa kau nak. Asal tak mintak makan benda yang tak boleh makan sudahlah."
"Dah cepat beli. Saya nak makan ni. Shush."
Aku menghalau Ariz keluar dari kereta.
"Amboi sayang. Kau halau aku keluar."
"Cepatlah pergi beli saya tak sabar."
Ariz terus turun dari kereta dan membeli burger yang aku pinta.
Usai membeli Ariz masuk semula ke dalam kereta.
"Nah kau punya."ujar Ariz sambil menghulurkan plastik berisis burger ke arah aku.
"Aik awak punya mana? Awak taknak makan ke?"
Pelik juga aku sebab dekat dalam plastik ni ada 3 biji je burger.
"Aku nak makan benda lain. Kita pergi kedai makan jap. Kau nak makan burger tu makanlah dulu."
"Taknaklah. Nak makan dekat rumah."
Kereta Ariz bergerak menuju ke kedai makan.
"Kau nak apa-apa lagi ke tak aku nak pergi order ni?"
"Nak milo ais."jawab aku sambil tersengih.
"Okay."
Walaupun boleh je buat air tu dekat rumah tapi aku tak tau kenapa.
Kalau aku buat sendiri dekat rumah mesti minum dua ke tiga teguk je. Tak pernah habis.
Kalau habis pun sebab terpaksa. Nanti aku muntah.
Nampak sangat aku buat tak sedap. Kadang-kadang air tu lepas dalam sinki je.
Tak ke pembaziran tu? Teruk betul perangai.
*****
"Awak saya nak rasa sikit boleh tak nasi goreng paprik awak tu?"Nampak sangat tak tau malu. Burger kau tak luak satu pun lagi minta makanan orang.
Kami berdua makan dekat depan tv sebab meja makan tak ada lagi. Sini jelah tempat kami makan.
Ariz terus menghulurkan makanannya ke arah aku."Ambiklah."ujarnya.
Aku apa lagi bagi burger dekat tangan aku dekat dia. Lepastu makan nasi goreng dia.
Bukan sikit tapi banyak. Bersuap-suap aku makan.
YOU ARE READING
ALWAYS: Always Be There For You
Romance'Baby' itulah nama panggilan yang diberi oleh keluarga Ariz Nijaz kepadanya.Nama itu bukan sahaja Ariz Nijaz dipanggil oleh keluarganya tetapi digunakan juga oleh keluarga Ayla Nadzirah iaitu keluarga pengasuhnya. "Ayla kat mana!? jomlah main dengan...