Chapter 19 (Kem)

75 3 0
                                    

Harini hari ketiga kami di kem ini. Harini kami belajar mengikat tali untuk buai dengan kanvas. Sebab kejap sahaja lagi kami akan bergerak ke suatu tempat untuk buat kem solo.

Kena tidur sorang-sorang lah malam ni nampaknya. Kena survive sendiri je.

Pukul 7 pagi ni kami kena belajar ikat tali ni. Pukul 8 nanti nak bergerak ke tapak kem pula.

Aku ni memang bab ikat-ikat benda ni fail sikit. Ikat tali kasut aku retilah. Ikat benda macam ni lambert lagi nak reti.

"Aku fed up lah ikat benda ni. Dari tadi tak jadi macam kelana tu tunjuk pun."ujar aku sambil mata berair.

Kan aku dah kata aku ni cengeng. Bila benda yang aku cuba banyak kali untuk buat tapi tak menjadi memang hati aku terus koyak. Hati tisu lah katakan.

"Janganlah nangis. Kita belajar slow-slow. Okay?"pujuk Maya.

"Okay." sambil aku cuba menahan tangis.

"Meh aku tolong ajar kau."ujar Ariz.

Ariz pun mengesot mendekati aku. Bukan sister gesot eh. Kau jangan nak pandai-pandai cakap Ariz kita sister gesot.

Eh! Bila masa pula Ariz jadi kau punya Ayla oiii?

"Ni kau buat dua bulat macam ni. Lepastu satu bulatan tu masuk dekat dalam bulatan satu lagi tu. Lepastu tarik kemas-kemas."ujar Ariz.

Terkial-kial aku mengikut langkah dia.

"Macam ni ke?"soal aku kepada Ariz sambil menunjukkan hasil kerja aku.

"Ni longgar ni. Kau kena tarik ketat sikit lagi. Okay kita buat balik."

Dia pun mengajar aku semula.

Nasib awaklah Ariz. Saya ni memang lambat bab-bab macam ni.

"Ha tu dah jadi dah tu."ujar Ariz.

"Yeay! Dah jadi."jerit aku kegembiraan.

Benda pertama kali berjaya memang macam ni.

"Okay kita move ke ikatan seterusnya."ujar Ariz.

"Ha ada lagi ke? Saya ingat satu ni je."

"Ada lagi lah Ayla kusayang. Ni baru nak ikat kanvas. Buaian belum lagi. Nanti takkan kau nak tidur atas kanvas je. Wahai Ayla kusayang."

Ehh cik abang ni banyak kali pulak panggil kita sayang. Tak tau ke jantung kita macam nak keluar dari badan dah ni.

Muka aku dah panas dah ni. Tahan malu punya pasal.

"Yelah awak. Saya tanya je. Janganlah marah macam tu."

"Bila aku marah. Siap bersayang-sayang lagi tu kau cakap marah?"

"Yelah-yelah. Cepatlah ajar saya ikatan seterusnya tu."

Ariz pun mengajar ikatan tersebut kepada aku. Seperti biasa banyak kali dia kena ulang baru aku dapat.

Aku tak taulah ikat dekat pokok nanti lepas ke tak. Nak belajar ni pun dah lama. Ada sejam aku ambil masa nak ikat semua benda ni nanti atau memang kena minta bantuan orang lain. Tu pun kalau boleh gerak pergi tempat orang lain.

"Okay semua dah belajarkan. Sekarang dah hampir pukul 8 dah. Jadi kita kena bergerak ke tapak kem solo. Beg barang keperluan semua dah dapat kan?"ujar Komander Ahmad.

"Dah!"

Beg keperluan pengurus kem ni yang sediakan. Beg dia macam beg askar tu. Dalam tu ada makanan dengan minuman dan alat untuk kami tidur nanti. Kitaorang juga boleh letak barang-barang peribadi dekat dalam tu.

ALWAYS: Always Be There For YouWhere stories live. Discover now