Chapter 3 (Terbakar)

156 7 19
                                    

Hari ini ialah hari dimana aku perlu memakai uniform polis. Ya hari ini ialah hari rabu hari yang memerlukan aku pulang lambat dari sekolah untuk menyertai aktiviti kokorikulum.

Selesai sahaja aku bersiap aku terus menuju ke dapur untuk bersarapan pagi sebelum ke sekolah. Aku sejenis yang tidak boleh belajar jika tidak makan terlebih dahulu. Kalau tak nanti masa belajar aku bukan fikir pasal apa yang cikgu ajar tapi aku punya fikiran dah pergi kantin dulu dah memikirkan apa yang aku nak makan.

" Mama papa haiiii!" jerit aku riang. Bergitu lah aku bila mood okay memang jerit tak tentu pasal.

"Assalammualaikum"ujar mama sambil memandang aku tajam.

"Hihihihi waalaikummusalam mama." mesti mama marah dekat aku ni sebab menjerit pagi-pagi macam ni.

"Ayla ni jerit pula pagi-pagi macam ni dengar dek jiran nanti buat malu je. Kamu tu perempuan." ujar papa. 

Ni kalau papa dah bersuara ni maksudnya memang dia tak suka apa aku buat tadi ni.

"Sorry papa Ayla tak janji nanti Ayla tak buat lagi." sambil tersenggih aku memandang mama dan papa.

" Apa jelah Ayla. Dah makan cepat harini papa hantar pergi sekolah."

Aku terus menghabiskan makanan di dalam pinggan aku

**********

Telah hampir 10 minit masa yang diambil untuk sampai ke sekolah. Akhirnya aku tiba di kawasan sekolah.

"Harini Ayla balik pukul berapa sebab kalau Ayla balik pukul 2 papa tak boleh jemput tapi kalau balik pukul 5 papa boleh jemput."

"Harini Ayla balik pukul 5 sebab ada aktiviti koko."

"Okaylah kalau macam tu nanti papa jemput."

"Okay papa bye." lalu aku mencium tangan papa aku.

"Bye"

**********

"Helena Harraz jom pergi padang perhimpunan." diaorang ni kalau aku tak ajak mana nak bergerak. Kalau aku tak datang tu reti pulak gerak sendiri tanpa disuruh. Orang macam diaorang ni memang layak untuk dilempang bagi sedar diri sikit.

Kami pun bergerak ke padang setelah aku mengajak mereka. Perhimpunan untuk hari rabu memang kebiasaannya akan diadakan di padang kecuali hari hujan atau terdapat perkara lain yang perlu menggunakan padang barulah perhimpunan akan diadakan di dewan seperti setiap hari isnin.

Tengah aku berjalan mata aku terlihat seseorang yang aku kenal memakai uniform polis seperti aku. Tak lain dan tak bukan Ariz. Dia sedang berjalan bersama-sama rakan kelasnya. Dia ni memang tak ada unit beruniform lain ke nak masuk sama dengan aku juga dia nak masuk dahlah aku malu dengan dia lepas dia palau aku dengan muka tak ada perasaan dia tu.

"Ayla kau dah kenapa pergi tenung budak form 5 baru tu kau dah tangkap cinta dengan dia eh." ujar Harraz sambil memandang ke arah aku Helena turut memandang ke arah aku menunggu jawapan.

Aku terus menyiku perut Harraz " Kepala hotak kau. Tak kan lah aku nak suka dia tu."ujar aku sambil aku menjeling ke arah Harraz.

"Aduh sakit lah bongok. Dahlah kau punya siku tu tajam macam kena asah tau." ujar Harraz sambil mengusap perutnya.

"Siapa suruh kau cari pasal dengan aku memang kena lah."

" Dah stop bergaduh jom Ayla kita masuk barisan. Kau Harraz gi dekat pengakap tu."

Aku dan Helena pun berpisah dengan Harraz. Aku dan Helena di dalam unit beruniform yang sama manakala Harraz ialah pengakap.

Setiap unit beruniform akan mempunyai dua barisan bagi membahagikan antara lelaki dan perempuan.

ALWAYS: Always Be There For YouWhere stories live. Discover now