"Aishah! Farhan dah ada ni dekat luar nak jumpa kamu ni." jerit umi aku dari luar bilik aku.
Harini aku dan Farhan akan berbincang tentang perkahwinan kami.
Gigih dia ikut aku balik ke Johor dari majlis kahwin Maya haritu semata-mata nak berbincang.
"Ye umi nanti Ecah keluar"
Segala barang penting aku capai dan keluar dari bilik.
"Bye umi. Assalamualaikum." tangan umi aku cium dan terus berlari keluar dari rumah.
"Yo bro. Apa khabar?"ujar Farhan.
"Bila masa aku jantan? Kau tanya khabar macam kita dah lama tak jumpa je."
"Lamalah. Malam tadi kita last jumpa masa makan malam je. Lama dah. Sekarang nak dekat tengah hari dah."
"Eiii geli ah kau cakap macam tu. Jalan cepat."
"Yelah."
Kereta Farhan pun bergerak merentasi jalan.
"Tu yang bergantung pada beg tangan kau tu apa. Banyak betul. Macam menyeramkan je ada tajam tajam gitu."
"Ni self defense keychain. Untuk aku pertahankan diri aku. Lagi lagi bila keluar dengan kau. Senang nanti kau buat hal aku sembur je pepper spray ni."
"Kau ingat aku penjahat ke?"
"Nampak macam salah satu je."
"Kalau aku jahat dah lama aku bawak kau pergi jual dekat Thailand sana nuh."
"Woi! Kau ada niat sebenarnya kan?"
Kedua-dua belah tangan aku silang pada badan aku.
Kemudian sebelah tangan aku jatuhkan untuk memegang pepper spray.
Takut punya pasal.
"Aku tak sekejam tu wahai Nurul. Kau ingat aku ni kejam sangat ke nak pergi jual perempuan. Orang yang tak ada hati perut je yang buat macam tu."
"Alah mana tau. Kau ni bukan boleh dijangka."
"Aku tak gila lagi Nurul. Aku masih waras."
"Seorang perempuan bukan tempat untuk dijadikan bahan lepaskan nafsu tau. Tetapi perempuan ialah manusia yang semua lelaki patut jaga dan patut sayang. Tapi ramai lelaki mempergunakan perempuan sebab mereka lebih lemah."
Terdiam aku dibuatnya. Tak tau nak cakap apa dah.
Sebab aku tak pernah tengok sisi Farhan yang ni.
"Even seseorang perempuan tu ada seni pertahankan diri sekali pun. Diaorang tak dapat nak tahankan diri sebab tenaga lelaki yang lebih kuat."
Aku hanya mendengar apa yang dikatakan oleh Farhan itu.
"Kau mesti pelikkan kenapa aku cakap pasal benda ni kan?"
"Pelik jugaklah. Tapi ada sebab ke kenapa kau cakap macam ni?"
"Ada. Sebab perempuan yang aku sayang meninggal sebabkan lelaki-lelaki durjana."
Aku terkejut dalam masa yang sama tertanya-tanya siapa perempuan yang dia sayang tu.
Bekas teman wanita dia ke? Ke sebenarnya dia dah nak kahwin sebelum ni? Tapi tunang dia meninggal.
"Kau nak tau lelaki tu buat apa dekat dia?"
Aku hanya menganggukkan kepala.
"Dia kena rogol beramai-ramai."
Aku perasan air sudah memenuhi tubir mata Farhan.
"Astagfirullahhalazim." terngangga mulut aku dibuatnya.
YOU ARE READING
ALWAYS: Always Be There For You
Romance'Baby' itulah nama panggilan yang diberi oleh keluarga Ariz Nijaz kepadanya.Nama itu bukan sahaja Ariz Nijaz dipanggil oleh keluarganya tetapi digunakan juga oleh keluarga Ayla Nadzirah iaitu keluarga pengasuhnya. "Ayla kat mana!? jomlah main dengan...