Chapter 60 (Kuning)

84 2 0
                                    

Harini hari kedua anak aku dilahirkan.

Aku dan Afeef tak boleh keluar dari hospital lagi sebab Afeef mengalami jaundis atau bahasa yang senang difahami ialah kuning.

Orang biasa panggil kuning sebab ada kesan kuning pada anggota badan bayi.

Kalau ujian darah nanti dah semakin membaik. Kemungkinan esok kami boleh balik ke rumah.

Sekarang misi tengah mengambil darah Afeef.

Jeritan Afeef menyebabkan aku turut sama sebak.

Selesai sahaja mengambil darah terus aku menepuk-nepuk punggung Afeef untuk menenangkannya.

"Hush hush hush." aku cuba untuk mendodoikan Afeef.

Air mata aku masih lagi mengalir. Tak taulah kenapa. Aku tengok anak aku dalam kesakitan terus aku dihurung rasa sebak.

Hati aku makin rapuh semenjak ada anak ni. Sepatutnya aku makin kuat tapi aku makin rapuh.

"Sayang kenapa kau menangis?"soal Ariz yang baru sampai itu.

Entah bila dia masuk pun aku tak perasan sebab dari tadi aku fokus pada Afeef sahaja.

"Afeef kena ambik darah tadi. Saya tengok dia nangis tadi tu saya sedih tu."

"Aku ingat kau ada masalah tadi. Ni aku ada bawak makanan ibu masak untuk kau. Kau tadi kata lapar lagi kan?"

Ariz mula mengeluarkan segala bekas makanan yang dibawa olehnya.

Bekas makan tersebut berisi ikan bakar, sayuran dan nasi.

Aku dah makan tadi makanan hospital tapi lapar semula.

Menyusukan Afeef membuatkan aku senang lapar.

Orang lain kurus masa pantang. Tak pasal-pasal aku gemuk masa pantang.

"Afeef dah tidur tu. Meh sini aku letak dalam katil dia. Kau makanlah. Tadikan kau lapar."

Setelah aku memberikan Afeef pada Ariz aku terus melahap makanan yang dibawa oleh Ariz itu.

Ehh teruk sangat tu melahap. Aku makan sopan je okay. Jangan risau.

*****
"Ayla!"

Korang dah tau kot siapa kan?

Dah semestinya bala saya datang. Aishah. Eh salah salah. Kawan saya. Apa pula bala.

"Ya tak payah jerit Aishah. Aku tau kau datang. Macam nak bagitau satu hospital nama aku apa."

"Hihi. Aku ada bawak coklat tapi aku lupa kau masuk sini sebab bersalin bukan sebab sakit lain. So biar aku jelah makan. Hoho."

Kurang asam punya kawan. Dia boleh lupa aku beranak. Baru semalam dia datang dia boleh lupa.

"Kau saja nak kenakan aku kan?"

"Haah memang pun."

Plastik coklat dibuka olehnya.

"Kau nak coklat tak Maya? Tak payah cakap apa-apa lah. Nah makan je."

Coklat yang dipatahkan olehnya. Disumbat ke dalam mulut Maya.

"Kau kalau boleh nak letak terus dekat tekak aku ke apa. Nasib baik tak tercekik."ujar Maya.

"Kau memanglah Aishah. Suka sangat nak kenakan aku."ujar aku.

"Dah jadi hobi aku. Maaflah"ujar Aishah sambil tersengih

"Yelah kau. Habis semua orang kau kenakan."ujar Maya.

"Ahhh tu semua tak penting. Aku ada benda lagi penting. Kau nak tau tak Ayla. Semalam kan Maya call dengan Haffiy dekat dalam tandas."

"Woi! Tu pun nak cerita ke?"jerit Maya.

ALWAYS: Always Be There For YouWhere stories live. Discover now