Pejam celik pejam celik dah sampai hujung tahun dah. Sekolah pun nak habis dah.
"Ayla cuti ni kau pergi mana?" ujar Helena.
"Aku balik kampung je kot."
"Dekat Kuala Lipis tu ke?" tambah Helena lagi.
"Haah."
"Nak ikut!" ujar Helena dan Harraz serentak.
Harraz ni memang muncul tiba-tiba macam ni eh? Macam hantu dah aku tengok. Tadi aku rasa dia dekat meja dia macam mana dia boleh ada dekat meja aku dengan Helena ni.
"Lena boleh ikut. Kau tak boleh."
"Alah kenapa aku nak ikut." ujar Harraz sambil mengelip-gelipkan matanya.
"Kau ingat kau buat mata macam tu aku cair ke? Makin keras ada lah."
"Tak kira aku nak ikut juga." sambil Harraz menghentak-hentakkan kakinya.
"Ikutlah tapi kau duduk kat bonet belakang."
Aku melihat ke arah Harraz dia hanya menjeling ke arah aku. Amboi ingat aku tak reti nak jeling balik ke? Apa lagi aku balaslah balik.
"Dahlah korang dari tadi jeling antara satu sama lain. Sampai bila-bila tak habis." ujar Helena cuba untuk menenangkan kami berdua.
"Kau tengoklah Harraz nanti aku campak kau dalam bonet kereta."
"Campaklah kalau boleh." sambil dia menjelirkan lidah dia.
"Ya allah geramnya aku. Lena tolong aku. Aku nak nangis. Geram!!!" mata aku dah berkaca dah nak menangis.
"Eh Ayla janganlah menangis. Aku gurau je. Sorry eh." ujar Harraz cuba memujuk aku.
Aku hanya buat tak dengar. Geram!
Malas layan dia. Ni lah perempuan. Kalau orang pujuk tak nak layan. Bila tak pujuk dimarah orang tu sebab tak pujuk. Complicated sungguh.
****
Harini ialah hari dimana kami akan pulang ke kampung."Lena sampai pun kau. Jom letak beg dalam kereta." tegur aku kepada Helena yang baru sampai.
"Mama kau mana Ayla? Tak nampak pun?"
"Dekat dalam. Jom masuk."
Kami yang baru hendak melangkah masuk tiba-tiba nama aku diseru.
"Ayla!"
Aku menoleh. Rupa-rupanya bala dah sampai. Siapa lagi kalau bukan Harraz.
"Sampai dah dia."ujar Helena.
"Letak beg dalam bonet tu lepastu kau masuk sekali dalam tu." ujar aku pula.
"Alah janganlah macam ni. Awak tak kesian dekat saya ke?" ujar Harraz sambil memuncungkan mulutnya.
Ingat comel ke? Rasa macam nak lempang aje dia ni.
"Ah kau muncung mulut gitu. Aku kerat kang baru tau."
"Ayla kenapa bising-bising tu?" soal mama.
"Makcik,Pakcik apa khabar?" ujar Helena sambil menyalam mama.
Harraz turut bersalam dengan papa aku.
"Makcik kena tolong saya. Ayla suruh saya duduk dekat bonet kereta."
Sesuka hati dia aje mengadu dekat mama aku. Aku lepuk kang dia ni.
"Ayla kenapa buat kawan macam tu kesian dekat dia." ujar mama.
"Harraz pilih je nak duduk mana pakcik beli kereta besar-besar ni bukan suruh duduk dekat dalam bonet belakang." sambung papa pula.
Sukalah tu Harraz tu. Semua orang back up dia.
YOU ARE READING
ALWAYS: Always Be There For You
Romance'Baby' itulah nama panggilan yang diberi oleh keluarga Ariz Nijaz kepadanya.Nama itu bukan sahaja Ariz Nijaz dipanggil oleh keluarganya tetapi digunakan juga oleh keluarga Ayla Nadzirah iaitu keluarga pengasuhnya. "Ayla kat mana!? jomlah main dengan...