"Ayla kau okay tak ni. Kau macam tengah tahan sakit je." soal Helena kepada aku yang sedang menekan perut.
"Aku okay je senggugut sikit je.Lagipun aku dah sapu minyak dekat rumah tadi. Jomlah pergi padang nanti kena marah pulak sebab lambat."
"Okaylah kalau kau cakap macam tu.Harraz! jom gi padang."jerit Helena kepada Harraz yang berada di tempat duduknya.
Harini sekolah aku mengadakan sukan tara selama dua hari dan sukan sekolah diadakan selama tiga hari lagi. Kemudian penutup pada hari sabtu ini. Jadi kami semua tak akan belajar selama seminggu. Best woi tak belajar seminggu.
Bak kata pengetua sekolah aku 'masa belajar, belajar betul-betul dan masa bersukan, bersukan betul-betul.' Jadi sebab itulah kami tidak belajar seminggu bagi menjayakan hari sukan ini.
Aku, Helena dan Harraz berada di dalam rumah sukan yang sama.Iaitu rumah merah. Ini juga adalah salah satu faktor yang menyebabkan aku dan Helena rapat kerana semua yang kami sertai adalah sama. Unit beruniform, rumah sukan, kelab dan permainan semua sama. Tapi dengan Harraz hanya rumah sukan sahaja yang sama.
Setiap sekolah pasti ada nama yang tersendiri bagi rumah sukan masing-masing termasuklah sekolah aku. Sekolah aku mengunakan nama-nama pahlawan Melayu di Pahang sendiri bagi melambangkan warna bagi setiap rumah sukan.
Merah: Panglima garang
Kuning: Mat Kilau
Biru: Dato Bahaman
Hijau: Tok Gajah
Nama-nama yang digunakan ialah nama pahlawan yang telah berjuang menentang penjajah yang berada di Tanah Melayu satu ketika dahulu.
********
"Okay semua pelajar diminta untuk berbaris mengikut rumah sukan"ujar cikgu yang menjadi pengacara bagi sukan ini."Mula dari sebelah kiri Tok Gajah,Mat Kilau,Panglima Garang dan paling kanan Dato Bahaman."
"Mempersilakan ketua bagi senamrobik kita hari ini Tariq dan Ahlan untuk naik ke atas pavilion,"
Ahlan dengan Tariq ni boleh dikategorikan agak lembutlah tapi diaorang kepala masuk air nak mampus. Kalau sekolah ada majlis ke apa-apa jelah mesti diaorang berdua ni ade buat persembahan.
Diaorang kalau boleh nak buat pentas tu diaorang punya agaknya.
"Okay sebelum kami nak start senamrobik kami nak panggil tiga insan istimewa yang terpilih untuk menyertai kami di atas ni." ujar Tariq sambil mata melilau mencari mangsa-mangsanya.
Aku melihat mereka tersengih jahat di atas pavilion tersebut. Ni mesti dah jumpa mangsa yang dicari-cari ni.
"Kami memilih Ariz, Naufal dan Haris untuk menyertai kami di atas ni." ujar Ahlan.
Semua orang menumpu ke arah ketiga-tiga nama yang dipanggil tersebut. Aku turut melihat ke arah yang sama. Terkejut aku melihat Ariz berada di dalam rumah sukan yang sama dengan aku. Kadet polis sama ni rumah sukan pun sama juga. Dia spy aku ke apa. Dua benda dah sama ni. Mula dah aku ni mengarut.
Aku melihat muka ketiga-tiga orang yang telah dipanggil nama tersebut. Bukan main masam je muka semua.
Ahlan dengan Tariq ni mesti saja je nak kenakan tiga orang tu.
Yelah muka bukan main macho badan pula bukan main sado tiba-tiba kena menari senamrobik dekat atas tu.Mereka bergerak ke arah tangga untuk naik ke atas. Kedengaran semua pelajar menepuk tangan. Tak taulah menganjing ke apa. Tapi aku rasa menganjing tu.
"Mulakan dengan panaskan badan dulu" ujar Tariq.
Lagu dimainkan semasa kami memanaskan badan. Lagu apa pun aku tak tau.
"Okay kita akan mulakan senamrobik kita." ujar Tariq. Memang dia jelah yang cakap sebab mic ada dekat dia je.
Lagu I am me pun berkumandang. Perghhh lagu DSV woii. Semua pelajar menjerit bernyanyi bersama-sama. Excited lain macam diaorang ni.
Aku memangdang ke arah Ariz. Nak gelak aku tengok muka dia tu. Bersungguh-sungguh ikut Tariq dengan Ahlan punya gerakkan. Kalau lah boleh gelak sekuat hati aku orang pertama akan buat sampai terbaring dekat atas padang ni kalau boleh sebab tengok si Ariz tu.
Aku melihat gelagat pelajar di sekeliling aku. Pelajar lelaki yang duduk di bahagian belakang barisan dah macam-macam tarian diaorang buat. Boleh diaorang ubah tarian tu lagi jadi pelik ya allah.
Pelajar perempuan yang duduk belakang pun sama je main-main. Aku cakap orang padahal aku ni ikut ala kadar je malas nak ikut.
******
Pelajar perempuan menengah atas semuanya berada di tempat lontaran bagi sesi lontar peluru.Semua pelajar duduk di dalam barisan mengikut rumah sukan dan tingkatan masing-masing.
Aku biasanya akan duduk bahagian tengah barisan sebab aku tak suka jadi paling awal dan paling lambat jadi aku duduk tengah-tengah.
"Ayla Nadzirah" panggil cikgu yang bertugas di bahagian lontaran.
Aku siap sedia untuk melontar. Akhirnya lontaran aku tak sampai target pun HAHAHAHA. Sikit aje lagi nak sampai. Percubaan kedua pun sama.
Setelah selesai aku balik semula ke belakang agar pelajar lain boleh melontar.
Kawasan lontaran tersebut terbahagi kepada dua kawasan supaya mempercepatkan sesi tersebut.
Semasa aku berjalan aku terdengar suara cikgu seperti memarahi pelajar.
"Kamu ni badan aje besar tapi baling tak kuat malu dengan Salina tu badan dia kecik je tapi baling sampai hujung sana."
Aku menoleh dan terlihat pelajar kelas sebelah iaitu Hana yang kena marah.
Dengar perlian cikgu tu pun aku dah sakit hati. Dahlah depan pelajar lain pula tu. Kesian dekat dia.
Kenapa perlu bandingkan badan. Asal badan besar aje memang kena kuat ke apa. Kekuatan tak bergantung kepada berapa besar badan kita. Kalau badan keding macam mana pun boleh aje dia kuat angkat macam-macam.
Aku tak boleh betul jenis bandingkan orang lain ni. Lepastu yang jenis tak hormat bentuk badan ni. Tak kiralah siapa pun yang cakap. Orang lain tak ada hak nak judge apa yang ada pada diri seseorang.
Dan kepada yang selalu kena perli dan dibandingkan. Hiraukan apa yang orang cakap. Kita hidup bukan nak puaskan hati orang lain. Kita hidup untuk diri sendiri. Kalau hidup nak puaskan hati orang lain sampai bila-bila tak akan habis sebab hati manusia tak pernah puas.
Walaupun agak sakit untuk hadap tapi kita kena kuat sebab tak ada orang dapat tolong diri kita selain diri sendiri. Tapi kadang-kadang perkara tersebut menjadikan kita manusia yang lebih kuat.
*******
Setelah lontar peluru tadi kami diberi rehat sebelum sesi seterusnya iaitu lumba lari bagi perempuan menengah atas.Harini aku bawa bekal. Tiba-tiba harini rajin nak bawa bekal. Aku dengan Helena dan Harraz makan dekat dalam kelas je. Walaupun tak boleh tapi kisah pulak kitaorang.
" Perghhh Ayla bawak karipap. Nak satu boleh." ujar Harraz kepada aku.
Aku menjeling ke arah Harraz
"Garang nau muka. Period ke apa?"
" Kau jangan kacau dia makan nanti tak pasal-pasal kau kena jadi inti karipap tu sekali." ujar Helena
"Dia period eh Lena. Muka dah macam singa je aku tengok dia ni." bisik Harraz kepada Helena.
"Woi! Aku dengar lah kau bisik apa." jerit aku kepada Harraz.
"Lah baguslah kau dengar tak ada lah berdosa sangat aku kutuk kau."
"Kurang ajar eh kau!" aku membaling penutup bekal aku kepada Harraz.
Harraz menangkap penutup tersebut. Nasib baik dia tangkap kalau lepas tempat lain lepastu calar mampus aku kena dengan mama. Tulah masa baling tadi tak fikir.
" Bluek! Tak kena." ujar Harraz sambil menjeling.
"Dahlah malas aku layan budak pramatang macam kau."
Aku terus sambung makan setelah lama tergendala.
BERSAMBUNG~
YOU ARE READING
ALWAYS: Always Be There For You
Romance'Baby' itulah nama panggilan yang diberi oleh keluarga Ariz Nijaz kepadanya.Nama itu bukan sahaja Ariz Nijaz dipanggil oleh keluarganya tetapi digunakan juga oleh keluarga Ayla Nadzirah iaitu keluarga pengasuhnya. "Ayla kat mana!? jomlah main dengan...