"Sayang. Kau pakai baju hitam putih ni macam penguin dah aku tengok."
Suami aku ni mulut dia memang nak kena kerat ke apa ni?
Cubalah puji aku cantik ke apa ke? Ni cakap aku penguin. Dia tak tau ke aku besar macam ni sebab mengandungkan anak dia?
"Mulut awak tu. Kalau kaki saya lepas dekat kepala awak memang apa pun tak dapat tau."
Kenapalah si Aishah dengan Farhan pilih tema hitam dengan putih untuk majlis diaorang ni?
Aku tak faham betul. Ni majlis kahwin ke berkabung ni?
Ouh ya. Harini majlis pernikahan antara Aishah dan Farhan akan berlangsung.
Akad dah siap malam tadi dah. Harini bersanding.
Nasib baik masa akad diaorang pakai baju putih.
Masa bersanding ni tak taulah buang tebiat apa diaorang suruh kitaorang pakai baju hitam dengan putih.
Lelaki dia suruh pakai suit. Yang perempuan pun sama. Tapi aku tak boleh nak pakai dengan perut membulat kedepan ni.
Jadinya Maya sorang jelah yang pakai suit aku pula pakai blouse hitam putih.
Diaorang ni nak buat tema mafia ke apa ni?
Aku tak faham betul.
"Alah macam penguin pun still comel tau. Janganlah merajuk."
"Dahlah jom keluar. Awak pergi duduk dengan Haffiy sana. Saya dengan Maya nak pergi tengok Aishah tu."
"Yelahhh."
****
Masuk sahaja di dalam bilik dimana Aishah sedang bersiap, mulut aku terus terbuka.Bukan sebab terlalu cantik. Tidak sama sekali.
Tapi sebab pemakaian dia.
"Patutlah Aishah tempah baju kita macam ni. Ada agenda rupanya dia ni."bisik Maya.
"Itulah. Aku dah agak otak bergeliga Farhan dengan Aishah ni bukan boleh percaya."
"Woi! Korang kutuk aku eh. Masuk jelah. Buat apa dekat depan pintu tu. Aku dengarlah apa korang kutuk tu."
"Hmm baguslah. Kami berdua taknak duduk dekat belakang sebab mengata kau dari belakang. Jadinya kitaorang berdua tak ada lah ketinggalan dekat belakang. Tak gitu Ayla?"
"Betul aku sokong. Baik mengata depan-depan. Tak ke lebih afdal?"
"Hotak kau lebih afdal. Korang sini. Orang nak keluar masuk pun susah sebab korang duduk situ."
Kami pun mendekati Aishah yang tengah bersiap itu.
Nak tau kenapa kami berdua terkejut?
Kalau korang taknak tau pun aku masih nak bagitau.
Kami terkejut sebab si Aishah ni pun pakai suit. Cuma bezanya dia dengan Maya ialah dia ada veil dan crown dan kemeja dia berwarna hitam manakala suit berwarna hitam putih.
Orang lain pakai baju dress dia boleh bantai baju macam ni.
"Macam mana lah umi kau dengan mak Farhan boleh setuju dengan tema korang ni?"ujar Maya.
"Kitaorang beli tak bawak diaorang berdua. Jadinya dah beli baru diaorang tau. So diaorang tak boleh buat apa-apa."
Gigih betul dia ni nak pakai suit. Ya allah Aishah oii.
"Dah tu apa reaksi diaorang?"soal aku.
"Marah semestinya. Tapi sebab majlis kahwin kitaorang jadinya diaorang malas nak marah."
YOU ARE READING
ALWAYS: Always Be There For You
Romance'Baby' itulah nama panggilan yang diberi oleh keluarga Ariz Nijaz kepadanya.Nama itu bukan sahaja Ariz Nijaz dipanggil oleh keluarganya tetapi digunakan juga oleh keluarga Ayla Nadzirah iaitu keluarga pengasuhnya. "Ayla kat mana!? jomlah main dengan...