Selesai sahaja solat dan makan aku dan Helena terus menuju ke arah dewan seperti yang disuruh oleh cikgu Mariam.
Aku terlihat Ariz sedang menuju ke arah tandas sambil memegang baju melayu songket. Mungkin tu baju untuk persembahan nanti.
Kami berdua terus menuju ke arah cikgu Mariam yang berada di atas pentas sedang melihat pelajar menyiapkan hiasan untuk perbarisan.
"Cikgu" ujar aku.
"Sampai pun kamu. Ni awak cuba baju ni. Nanti datang sini semula. Ariz pun tengah tukar baju tu. Helena awak bolehlah tolong Ayla dekat tandas." ujar cikgu Mariam.
"Baik cikgu." ujar kami berdua serentak.
****
Nasib baik harini aku mengenakan tudung sarung hitam sahaja. Tak payah aku nak risau tudung berkedut ke apa ke masa nak tukar baju dengan tudung ni."Lena tolong sangkutkan baju ni kejap dekat dinding yang ada paku tu. Aku nak pakai shawl ni." ujar aku meminta tolong kepada Helena.
Helena hanya mengambil tanpa berkata apa.
Nak minta tolong dekat orang kenalah cakap elok-elokkan kena ada perkataan 'tolong' tu kalau tak ada tu kurang ajar namanya. Tak kisahlah rapat mana pun kalau nak mintak tolong jangan buat macam nak minta penampar. Lepastu jangan pula baik masa minta tolong aje. Lepas dah tolong layan orang tu macam sampah. Orang macam ni layak untuk kena penampar.
"Lenaaaa! Shawl ni tak nak bagi kerja sama dengan aku." jerit aku.
Geram tau bila tudung tak nak jadi. Rasa nak nangis pun ada. Bukan rasa sebenarnya. Mata aku memang dah berair dah pun. Aku kalau period mood cepat nau berubah. Macam ada split personality gayanya. Kejap happy, sekejap nangis, sekejap marah. Nilah perempuan. Lah kutuk kaum sendiri pula. Padahal diri sendiri yang salah.
"Meh sini aku pakaikan. Kau ni memanglah kalau period je semua benda tak kena. Sampai nak pakai tudung pun tak reti. Sebab tulah kau pakai tudung sarungkan harini?" bebel Helena.
Aku hanya senyap sambil tersenyum seperti lala busuk. Ehh keranglah apa pula lala. Hihihi. Betullah tu semua dia cakap tu. Ni aku sayang dia ni. Semua benda pasal aku dia tau.
Sesudah dia melilit tudung kepada aku. Aku terus melihat ke arah pantulan cermin. Lawa betul dia ni lilit shawl dekat aku. Baju ni pun cantik je dengan aku. Tak ketat dan tak besar sangat.
"Terima kasih Lena ku sayang. Lawa kau lilit. Meh sini aku nak cium sikit." sambil aku memuncungkan bibir ke arahnya.
"Kau jangan nak jadi lesbian dekat dalam tandas ni. Seram betul." sambil dia menahan dahi aku.
"Alah dia ni. Nak cium pun tak boleh." sambil aku menjeling ke arahnya.
"Dah jom keluar. Kalau layan kau sampai esok tak habis."
Kami pun bergerak memasuki dewan semula. Kelihatan Ariz yang telah siap berpakaian songket yang berwarna sedondon denganku. Comel! Macam nak kahwin betul-betul aje.
Ya Allah Ayla! Jangan gatal sangat. Sedar sikit SPM pun belum lagi.
Kedengaran juga pelajar-pelajar lain berbisik kata aku cantik. Rasa nak jerit terima kasih aje. Kalau boleh pujilah banyak-banyak lagi.
"Ya allah! Cantiknya Ayla pakai baju tu." kata cikgu Mariam.
Aku hanya tersenyum malu. Kalau boleh aku nak cikgu puji lagi. Kalau Lena yang puji aku dah suruh dah dia cakap banyak lagi.
"Sini kamu berdua duduk sebelah-sebelah."
Kami bergerak mendekati antara satu sama lain. Jarak antara kami ada lah dalam 30 cm gitu. mana boleh rapat-rapat harammm.
YOU ARE READING
ALWAYS: Always Be There For You
Romance'Baby' itulah nama panggilan yang diberi oleh keluarga Ariz Nijaz kepadanya.Nama itu bukan sahaja Ariz Nijaz dipanggil oleh keluarganya tetapi digunakan juga oleh keluarga Ayla Nadzirah iaitu keluarga pengasuhnya. "Ayla kat mana!? jomlah main dengan...