Chapter 22 (Hoodie)

75 2 0
                                    

Selesai sahaja kami menuntut barangan dengan menggunakan kertas yang kami perolehi tadi.

Kami pun mengemas untuk bergerak menuju ke arah tempat kem berkumpulan kami.

Aku membawa khemah dan sleeping bag. Aishah dan Maya membawa bekalan makanan. Ariz dan Haffiy membawa beberapa botol air yang besar manakala Farhan membawa alatan untuk memasak.

Setiap sorang membawa beg masing-masing. Sama seperti beg yang kami bawa untuk kem solo dahulu.

Jalan yang kami lalui sangat licin kerana berlumut.

Ditambahkan dengan semalam hujan.

Memang hari-hari nak hujan ke apa? Kalau malam. Nasib baik siang hari dia cantik kalau tak sia-sia kami datang kem ni kalau tak boleh buat aktiviti disebabkan oleh hujan.

Menangis tak berlagulah semua peserta kalau siang malam hujan.

Hampir-hampir sahaja aku jatuh nasib baik aku sempat berpaut pada Aishah.

"Kau okay tak Ayla?"soal Maya kepada aku.

"Okay. Kasut aku licin sangat dengan jalan licin juga."ujar aku.

Ni antara sebab aku tak guna kasut ini semasa melakukan aktiviti. Sebab dia dah haus. Tapi aku bawa aje sebab takut perkara tak diingini berlaku macam yang haritu.

Kasut aku sampai ke sudah tak jumpa. Pelik bin Ajaib betul.

Nampaknya balik aje kem ni aku kena beli kasut baru.

Kasut sukan aku memang ada dua pasang sahaja. Aku malas nak beli banyak-banyak nanti yang aku pakai satu je. Membazir aje.

Yang hilang haritu pun beli sebab kasut yang aku tengah pakai ni haus. Kalau tak aku tak beli dah.

Dalam masa yang sama aku bersyukur aku beli kasut baru dan bawa kasut lama ni juga pergi kem.

Sedang kami berjalan tiba-tiba

BUK!

Aku, Aishah dan Maya menoleh ke belakang.

Rupanya Farhan yang terjatuh.

"Aduh! Sakitnya punggung aku."ujar Farhan sambil memegang bahagian punggungnya.

"Meh tangan kau. Aku nak tarik."ujar Haffiy.

Haffiy pun membantu Farhan bangun.

Kami semua membantu mengangkat barangan yang jatuh. Bekas yang dibawa oleh Farhan untuk meletakkan alatan memasak habis terbuka.

Kami pun mengutip barangan tersebut.

"Weh kotor lagi tak belakang aku?"soal Farhan kepada Ariz.

"Ada lagi sikit."jawab Ariz.

"Tolong sapukan."

Ariz pun membantu Farhan untuk menghilangkan kesan kotoran pada seluar dan baju Farhan.

"Dah jom kita sambung jalan balik."ujar Ariz.

Kami pun menyambung perjalanan setelah selesai mengemaskan barangan yang jatuh.

****
Sampai sahaja di tapak perkhemahan itu kami meletakkan barangan disatu kawasan.

Perkara pertama yang kami buat ialah pasang khemah.

Yang lelaki pergi mencari kayu api. Jadi tinggal kami yang perempuan sahaja.

Disebabkan khemah hanya ada satu dan yang lain ialah sleeping bag jadi khemah ini perempuan yang punya.

Nanti pelik pula tiba-tiba perempuan tidur dalam sleeping bag dan lelaki dalam khemah.

Sebelum memasang khemah kami membentang kanvas terlebih dahulu.

ALWAYS: Always Be There For YouWhere stories live. Discover now