Dah 2 minggu aku balik rumah sewa aku dekat universiti ni.
Saya rindu shuben saya!
Baru dua minggu tapi dah rindu.
Masa dia mula2 hantar aku haritu aku berpaut pada dia sebab taknak dia balik.
Sampai Aishah dengan Maya tarik aku dari berpaut dengan Ariz.
Flashback~
"Awak. Saya taknak turun. Nak duduk dengan awak."
"Kejap je sayang. Nanti cuti kita jumpa lagi. Nanti ada masa aku datang sini eh sayang?"ujar Ariz sambil mengusap kepala aku.
"Lama lah awak. Awak punya pasal lah ni."
"Kenapa? Apa aku buat?"
"Awak nak kahwin dengan saya awal sangat. Tunggulah saya habis belajar dulu."
"Salah aku pulak. Kau setuju jugak nak kahwin dengan aku. Lepastu salah aku sorang je."
"Awak yang merisik. Awaklah salah."
"Yelah aku salah sorrylah."
"Saya taknak turun kereta."
Aku memeluk tangan Ariz. Kepala aku turut disandarkan pada tangannya.
"Janganlah macam ni. Sikit je lagi kau nak habis belajar. Nanti kita tak duduk jauh macam ni lagi ya sayang?"
"Yelah. Saya turun."
Aku turun dari kereta dengan longlainya.
Tak boleh ke Ariz duduk sini sampai aku habis belajar? Hiks.
Ariz mengeluarkan segala barang-barang aku dari dalam kereta.
Ariz meletakkan barang-barang aku dihadapan pintu masuk rumah.
Aku masih berada di sebelah kereta.
"Masuklah dalam kenapa duduk situ lagi. Panas dah ni sayang. Aku dah letak barang-barang kau dekat dalam rumah dah. Tak boleh lah nak letak dalam bilik kau sebab ada Maya dengan Aishah dekat dalam."
Mulut aku dah muncung ke depan.
Seorang Ayla Nadzirah semakin manja ya semua orang sebab Ariz asyik manjakan aku je.
Bukan salah aku. Salah Ariz.
Sempat lagi salahkan orang lain.
"Nanti kalau saya masuk mesti awak balik."
"Memanglah aku balik. Takkan nak duduk dekat luar ni je kau ni pun sayang. Agak-agak lah."
"Taknaklah masuk."
Aku memeluknya. Kaki aku dah tak jejak tanah dah. Habis peluk dia.
"Ya Allah sayang. Terkejut aku. Kau panjat aku."
Serupa koala dah. Segala perasaan malu aku kalau orang nampak semua dah hilang.
Ariz memegang pinggang aku supaya tidak jatuh ke bawah.
Ariz bergerak ke bahagian garaj. Malu lah tu aku buat macam ni dekat luar ni.
Dia berjalan dekat kereta Aishah. Bahagian tu macam tersorok dari orang yang lalu nampak kami.
"Sayang kenapa ni? Nanti aku datanglah lagi jumpa kau. Sekarang fokus habiskan dulu belajar tu."
"Awaklah buat saya anggau dengan awak."
YOU ARE READING
ALWAYS: Always Be There For You
عاطفية'Baby' itulah nama panggilan yang diberi oleh keluarga Ariz Nijaz kepadanya.Nama itu bukan sahaja Ariz Nijaz dipanggil oleh keluarganya tetapi digunakan juga oleh keluarga Ayla Nadzirah iaitu keluarga pengasuhnya. "Ayla kat mana!? jomlah main dengan...