Chapter 17 (Kayak)

79 1 0
                                    

Harini hari kedua aku di kem ni. Ada lagi 5 hari yang aku perlu tempuh. Kem ni diadakan dalam masa seminggu ini.

"Okay semua peserta sila berkumpul mengikut kumpulan masing-masing."ujar Komander Ahmad.

Semua peserta bergerak dan duduk di dalam barisan mengikut kumpulan yang ditetapkan pada hari semalam.

"Harini kita akan buat aktiviti kayak. Kamu semua mesti berpasangan lelaki dan perempuan. Tidak dibenarkan untuk memilih pasangan sama jantina. Kalau diikutkan setiap kumpulan mempunyai jumlah lelaki yang sama banyak. Betulkan?"

"Betul!"jerit semua orang.

"Okay kamu semua boleh bersiap sedia terlebih dahulu. Berbincang untuk pemilihan pasangan. Lagi sejam kita akan mulakan aktiviti kita."

Aku dan kumpulan aku duduk dalam bulatan untuk berbincang tapi macam bukan berbincang pun berborak je lebih.

"Korang tau dah kan nak pasangan dengan siapakan."ujar Haffiy.

"Dengan siapa. Kita tak bincang lagi ke korang dah bincang tanpa aku mana aci."ujar Aishah sambil dimemuncungkan bibirnya.

"Kau jangan buat muncung gitu. Aku kerat nanti. Mana ada kitaorang bincang tanpa kau. Kau ada nampak aku dengan Maya pergi mana-mana tanpa kau?"ujar aku. Tiba-tiba jadi garang harini.

Aku memandang Aishah. Dia terus mengelengkan kepala bagi menjawab persoalan aku.

"Ha tau pun tak ada. Apa yang Haffiy maksudkan pasangan masa kita dalam kereta tu."ujar Maya pula.

"Aku tak nak pasangan dengan mamat tak cukup sel otak berhubung ni."ujar Aishah.

"Ala Nurul kenapa tak nak dengan saya? Tak kan awak nak berkayak dengan Ariz atau Haffiy kot. Korang nak ke berkayak dengan Nurul?"ujar Farhan.

"Tak nak!"ujar Ariz dan Haffiy serentak.

"Ha tengok diaorang pun tak nak."ujar Farhan lagi.

"Pergh kejam siot korang. Siap jerit lagi punyalah taknak naik dengan aku."ujar Aishah.

Ariz dan Haffiy hanya tersenggih. Alolo comelnya Ariz senggih nampak gigi putih dia tu. Haffiy tak comel dan aku tak nak puji pun walaupun comel.

Eh terkejam pulak. Tapi suka hati lah.

"Weh korang macam mana kalau tiba-tiba ada buaya time kita tengah berkayak nanti lepastu kita jatuh dia ngap kita."ujar Farhan.

Kami hanya memandang ke arahnya. Tak logik langsung apa dia cakap tu.

"Hotak kau ada buaya. Ni tasik buatan lah gila. Bukannya sungai. Kau jangan nak bodoh sangat. Aku bawa kau pergi sungai ada buaya lepastu humban dalam tu baru ada akal sikit."ujar Ariz.

"Alah aku just curious je dan berjaga-jaga. Ha lepastu cuba kalau ada ular ke piranha ke je- humph."

Ariz terus menyumbat roti yang ada pada tangannya ke dalam mulut Farhan.

"Han kau baik senyap. Semua yang keluar dari mulut kau tu nampak macam kau bodoh sangat. Padahal dekan setiap sem. Hotak kau piranha. Bila masa piranha ada dekat Malaysia ni. Dalam tasik pulak tu. Sebelum aku pusing kepala kau 360 darjah baik kau senyap."ujar Ariz.

Farhan mencebik dan meneruskan memakan roti yang disumbat oleh Ariz tadi.

"Weh cuba kalau yang Farhan kata tadi betul-betul ada dekat dalam air tu. Aku tak nak mati."ujar Aishah.

"Tak ada apa lah Aishah. Mana ada semua benda tu dalam tasik. Farhan saja je tadi tu nak takut-takutkan kita."ujar Maya sambil mengusap-usap bahu Aishah.

ALWAYS: Always Be There For YouWhere stories live. Discover now