Sedar tak sedar akhirnya aku sampai juga dekat kampung halaman Farhan ni.
Macam tak percaya aku bakal berkahwin. Dengan Farhan yang sel otak tak berhubung kadang-kadang berhubung pulak tu.
Tok! Tok! Tok!
Farhan mengetuk tingkap aku dari luar. Tingkap kereta aku turunkan.
"Kau taknak turun ke? Memang nak tidur dalam kereta ni ke apa?"
Tengok tu mula dah sakitkan hati aku.
"Nak turunlah ni. Sabarlah. Hurgh."
Muka Farhan aku jeling sambil menutup semula tingkap kereta.
"Tak habis habis nak sakitkan hati aku. Cubalah panggil elok elok. Macam ni tuan puteri mari turun dah sampai dah ni. Kalau macam tu barulah aku cair sikit. Ni tak boleh dia tanya aku nak tidur dalam kereta ke? Ha dalam kereta? Kalau tidur dalam kereta baik aku balik johor je." gumam aku perlahan sambil menurunkan beg.
Geram je aku. Rasa macam nak sepak je dia tu.
"Kau tak payah nak kutuk aku. Aku dengar. Cakap bukan main kuat."
"Haah saja nak bagi kau dengar. Kalau boleh biar satu kawasan ni dengar."
"Bagus jugak. Nanti semua orang tau aku dengan kau nak kahwin. Tak payah aku ajak dah. Kau je yang jerit."
Korang tengok. Dia memang saja je sakitkan hati aku.
"Ish malas layan kau. Cepatlah masuk rumah kau. Aku panas ni."
"Eleh cakap je tak sabar nak jumpa bakal mak mentua ngan ayah mentua kau kan?"
"Ish apa apa jelah."
Aku jalan melepasinya. Macam ni rumah aku je.
Sampai sahaja depan pintu rumah aku terus terhenti.
"Eh kenapa berhenti tu? Tadi macam berani sangat. Masuk jelah."
"Senyaplah kau. Kalau aku rapat mak dengan ayah kau memang aku bukak jelah. Tapi ni first time jumpa tiba-tiba aku serbu rumah kau. Jatuh air muka perempuan melayu terakhir aku."
Lupa nak cakap harini aku pakai baju kurung dengan tudung bawal.
Nampak tak gaya wanita melayu terakhir tu? Tak nampak ke? 3 kali jumaat je kalau tak nampak tu.
"Assalamualaikum."jerit Farhan sambil membuka pintu.
Aku yang dekat belakang dia ni mula kecilkan diri.
Perasaan malu mula menyelubungi diri aku.
"Eh kau kenapa menyorok belakang aku. Tadi macam berani sangat."
"Aku malu. Baik kau senyap sebelum aku humban kau dekat dalam longkang besar depan rumah kau tadi."
"Lah pandai malu ke? Ingat terlebih gula tadi."
"Kau tunggu aku rapat dengan mak ngan ayah kau. Memang aku rampas diaorang dari kau. Aku pulak jadi anak kesayangan diaorang."
"Uuu takutnya. Kenapa seram sangat ni?"
Ada aku humban betul-betul nanti dia ni. Baru je tadi aku nampak biawak berenang dalam tu.
Aku humban biar dia kena makan biawak.
Haritu aku nampak ada video buaya besar dekat sungai negeri Melaka ni. Kalau humban dia dalam tu best jugakan?
Biar dia berkawan dengan buaya. Macam tak ada beza je.
"Sayang taknak masuk ke? Sayang taknak jumpa dengan mak dengan ayah I ke?"
"Senyaplah kau. Siapa suruh panggil aku sayang. Geli bongok."
YOU ARE READING
ALWAYS: Always Be There For You
Romance'Baby' itulah nama panggilan yang diberi oleh keluarga Ariz Nijaz kepadanya.Nama itu bukan sahaja Ariz Nijaz dipanggil oleh keluarganya tetapi digunakan juga oleh keluarga Ayla Nadzirah iaitu keluarga pengasuhnya. "Ayla kat mana!? jomlah main dengan...