"Ayla nanti kemas barang kau. Kita nak pergi somewhere. Aku ada suprise untuk kau."ujar Ariz.
Memang sepanjang kahwin ni kena pindah randah ke apa?
Semalam dari rumah mama pindah rumah ibu. Harini pindah mana pula?
"Memang tiap-tiap hari kita kena tukar-tukar tempat tidur ke apa?"ujar aku.
Rasa macam merempat pula.
Soalan aku tu kurang ajar sangat ke?
Takkan? Okay je kan?
Lah tiba-tiba serba salah lepas cakap.
"Lepas ni tak ada pindah-pindah dah buat masa ni. Tapi akan datang tak taulah."ujar Ariz.
"Okay."
"Kenapa? Penat ke?"
"Taklah saya okay je."
"Alah kita nak pergi rumah yang kita bakal duduk je. Kita kena ada privasi jugak. Takkan nak duduk rumah ibu. Nanti kau tak selesa. Walaupun kau rapat dengan ibu. Tapi kau mesti ada masa rasa tak selesa jugak."
Lah aku cair dengan suami sendiri.
Kenapa comel sangat ni?
"Cakaplah awal-awal nak pergi rumah kita. Awak ni."
"Aku ingat nak suprise kan kau. Sebab tu malas bagitau. Tapi muka kau macam aku tak bagi makan bertahun je walaupun kita baru kahwin 4 hari."
"Tak payah nak suprise sangat. Mengada je. Tak habis-habis suprise dia. Cukuplah awak suprise kan saya tarikh kahwin kita sama dengan birthday saya. Lepastu suprise masuk merisik saya tiba-tiba."
"Perempuankan suka suprise sebab tu aku buat tu."
"Hotak dia. Saya nak hadiah aniversary kahwin kita dengan hadiah birthday saya lain-lain tau tiap tahun. Kalau awak satukan hadiah tu saya pancung awak."
"Amboi sedap dia cakap hotak kau dekat suami sendiri."
"Hehehe sorry."
Aku hanya tersengih ke arahnya
"Kauuu. Kita baru kahwin 4 hari. Birthday kau pun baru 4 hari lepas kau dah fikir tahun akan datang. Melampau. Awal betul."
"Saya berfikir ke hadapan. Awak apa tau? Saya cakap awal-awal senang. Nanti kalau awak bagi satu hadiah je. Jangan kata saya tak warning awak."
"Macamlah kau ingat dengan apa yang kau cakap sekarang."
Amboi dia memperendahkan aku.
"Eh saya ni jenis yang buat persediaan awal tau. Sediakan payung sebelum hujan punya orang tau. Saya dah rakam apa yang kita cakap."
Aku menunjukkan telefon aku yang sedang merakam perbualan kami.
"Sejak bila kau buat benda tu? Menakutkan betul isteri aku ni."
"Saya tertekan kot benda ni. Saya pun tak perasan bila dia rakam. Saya tipu je tadi. Saya nak main-main cakap saya rakam tapi dia memang betul-betul rakam. Okay sekarang saya takut dengan telefon tu."
Aku terus mencampak telefon aku ke atas tilam.
"Campak-campak pulak dia ni. Rosak nanti macam mana?"
"Alah awak ni. Tilam dia lembutlah. Tak akan rosak punyalah telefon ni."
"Menjawab je eh mulut kau. Sini kau sini."
Ariz datang mendekati aku.
"Bye awak saya nak tolong ibu masak sarapan."
YOU ARE READING
ALWAYS: Always Be There For You
Romance'Baby' itulah nama panggilan yang diberi oleh keluarga Ariz Nijaz kepadanya.Nama itu bukan sahaja Ariz Nijaz dipanggil oleh keluarganya tetapi digunakan juga oleh keluarga Ayla Nadzirah iaitu keluarga pengasuhnya. "Ayla kat mana!? jomlah main dengan...