Chapter 35 (Nikah)

130 2 0
                                    

"Aku terima nikahnya Ayla Nadzirah Binti Nizam dengan mas kahwin 200 ringgit tunai."ujar Ariz.

"Sah."

Tepat pukul 9 pagi aku sah menjadi isteri kepada Ariz Nijaz Bin Azman.

Ya harini hari bahagia diantara aku dan Ariz.

Macam tak percaya sahaja aku akan kahwin.

Harini juga ialah hari jadi aku yang ke 23 tahun.

Tarikh kahwin aku dan tarikh hari jadi aku jatuh pada tanggal yang sama tetapi tahun yang berbeza.

Ariz lah yang beria nak tarikh 18 jun ni. Dia kata nak sama dengan birthday aku.

Jadinya hadiah birthday aku tahun 2022 ni ialah suami.

Aku macam tak percaya aku akan kahwin seawal ni.

Tapi kalau dah jodoh aku terima dengan hati terbuka.

Untuk majlis akad nikah kami harini diadakan di rumah aku sahaja. Disebabkan aku datang bulan jadi tak boleh nak buat dekat surau.

Majlis akad nikah ini aku mengenakan busana berwarna putih dan tudung bawal. Aku suka baju ni.

Lawa!

(Baju nikah Ayla)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Baju nikah Ayla)

Ariz turut mengenakan baju melayu berwarna putih.

Dengan songkok yang berada di atas kepala dan samping dipinggangnya.

Ya allah suami siapa ni?

Eh suami kita lah.

Untuk nikah aku along yang jadi wali untuk aku.

Kalau papa ada mesti papa happykan?

Anak manja dia dah jadi isteri orang dah. Anak bongsu dia dah besar dah.

Empangan air mata aku dah pecah. Setitik demi setitik air mata aku jatuh.

"Apa menangis ni Ayla? Habis muka tu nanti."ujar Mama.

Helena yang berada disebelah aku terus mengelapkan pipi aku yang ada air mata itu.

Aishah dan Maya turut berada bersama-sama dengan aku.

Haffiy dan Farhan pun datang juga untuk majlis akad nikah ini. Diaorang berdua duduk dekat dengan Ariz. Harraz pun sama ada sekali.

Ariz bergerak ke arah aku untuk sesi pembatalan air sembahyang dan sarung cincin.

Semua yang berada berdekatan dengan aku memberi ruang untuk sesi sarung cincin dan pembatalan air sembahyang ini.

"Assalamualaikum isteri saya."bisik Ariz.

"Waalaikummussalam suami saya."

Aishhh saya suka lah.

Suka tu suka juga tapi pipi aku ni aku rasa dah hasilkan blusher semula jadi dah ni.

ALWAYS: Always Be There For YouWhere stories live. Discover now