Chapter 46 (Skincare)

98 3 0
                                    

"Awak. Nanti nak pergi shopping."

Ariz yang berada disebelah aku di atas katil aku pandang.

Aku baru sahaja pulang dari kelas.

"Bila?"

"Petang nanti. Dalam pukul 5 macam tu."

"Boleh. Pergilah. Nanti aku hantar pergi rumah sewa kau. Nah card."ujar Ariz sambil menghulurkan kad kreditnya pada aku.

Aku memandang tajam ke arahnya.

"Kenapa? Aku buat apa? Kenapa kau pandang aku macam tu?"

Banyak betul soalan dia ni.

"Saya nak awak teman saya. Bukannya hantar pergi rumah sewa lepastu pergi shopping dengan Aishah ngan Maya."

Aku okay je nak pergi shopping dengan diaorang berdua. Tapi sekarang ni aku nak pergi dengan Ariz.

Ada ke patut dia suruh aku pergi dengan orang lain. Semalam beria sangat nak luang masa dengan aku. Sampai makan pun dalam bilik.

"Tapi aku malas nak pergi shopping."

Wah jawapan dia mintak kaki dengan aku.

"Awak!"

"Ya. Kenapa?"

"Kenapa awak tanya. What the h-"

Belum sempat aku habiskan ayat Ariz menyampuk.

"What the happy life. Mulut tu kalau carut aku cium nanti. Pandai eh?"

"Saya memang pandai. Baru tau ke?"

"Ya aku tau bini aku ni pandai. Dah aku nak pergi tandas."

"Eh kita tak habis lagi!"

Geram betul dia boleh bangun dan jalan nak pergi tandas.

Aku turut bangun dan berlari ke arahnya. Belum sempat Ariz tutup pintu aku tahan.

Mukanya aku pandang tajam.

"Sayang jangan macam ni. Kau nak suruh aku terkencing dekat sini ke?"

Aku tolak dia masuk ke dalam bilik air dan menutup pintu.

"Selagi awak taknak pergi shopping dengan saya. Saya duduk je sini taknak keluar."

"Seriously sayang! Aku nak kencinglah. Takkan kau nak tengok jugak."

Aku tersenyum senget ke arahnya.

"Then setuju nak ikut saya pergi shopping."

"Yelah aku ikut. Dah keluar. Shush."

Ariz membuka pintu dan menolak aku keluar.

"Yeay. Sayang awak. Kencing elok-elok."

Semalam bukan main beria marah bilik air lut sinar sekarang aku lantak kan aje. Malas fikir.

Aku buat tak nampak jelah kalau Ariz dekat dalam tu. Kalau aku masuk pun aku perhati je dekat Ariz.

Lepas kejadian dia tidur dekat luar tu jadi kesian pula.

*****
"Kau nak beli apa je dekat shopping mall ni?"

"Makanan!"jerit aku keriangan.

Kami berdua berada dalam kereta menuju ke shopping mall.

"Kau nak pergi shopping mall semata-mata untuk makanan je. Itu je ke sayang?"

"Taklah. Bukan tu je. Nak banyak lagi boleh? Saya nak beli skincare saya. Dah nak habis. Nak beli baju untuk pergi Langkawi jumaat ni."

ALWAYS: Always Be There For YouWhere stories live. Discover now