Chapter 24 (Kasut)

63 2 0
                                    

Hampir 3 minggu kami pulang dari kem tersebut.

Harini kami bertiga hanya duduk rumah sahaja sebab harini hari sabtu jadi tak ada kelas.

"Weh Ayla! Maya!"jerit Aishah.

"Apa!?"jerit kami berdua.

"Kau ni jerit macam kita orang jauh beribu batu je. Padahal ada dekat sofa depan ni je."bebel Maya.

"Itulah macam nak panggil jiran sekali dengar apa kau cakap."ujar aku pula.

"Ni apa yang kau nak cakap sampai terjerit-jerit ni."ujar Maya
.
"Tadi aku ada tengok video tiktok ni. Dia cakap dari atas malas, dari kiri malas, dari kanan malas, depan-depan lagi malas. Tapi dia tak cakap belakang,"

"Ha lepastu?"soal aku.

"So aku carilah kerajinan aku dekat belakang tapi belakang kepala aku dah lepas depan. Aku rasa kerajinan aku dah lari lah tinggalkan aku."sambungnya lagi.

Kami berdua memandang Aishah tajam.

"Korang kenapa pandang aku macam tu?"ujar Aishah.

"Kau jangan sampai aku pusing kepala kau lepastu isnin nanti kau tak pergi kelas. Tapi pergi 6 kaki bawah."ujar aku.

"Ayla jom bertindak."ujar Maya pula.

Aishah terus bangun apabila Maya katakan seperti itu.

Kami apa lagi main kejar-kejar lah sekeliling rumah.

"Weh dah. Penat. Tak nak lari dah. Penat sangat."ujar Aishah termengah mengah.

"Aku pun penat gak ni. Dahlah main. Nak pengsan rasa."ujar Maya.

Kami duduk semula di atas sofa seperti sebelum main kejar-kejar tadi.

Buat macam tak ada apa-apa berlaku.

Kalau jiran dengar kitaorang jerit masa sesi kejar mengejar tadi mesti marah ni.

Punyalah kuat kitaorang jerit.

Masa kami duduk menonton tv. Telefon aku berbunyi.

Aku melihat ke arah nama yang terpapar pada skrin telefon aku.

Ariz🙈

"Hello assalammualaikum."ujar aku sebaik sahaja menjawab panggilan telefon itu.

"Waalaikummussalam. Ayla, aku nak tanya ni kau sibuk ke?"

"Tak kenapa eh?"

"Aku nak ajak kau pergi mall boleh tak?"

"Boleh. Tapi kenapa awak ajak saya?"

"Aku nak beli kasut sukan untuk perempuan tapi aku tak tau mana sesuai dan dia punya saiz. Tapi aku rasa saiz dia sama dengan kau."

Jantung aku tiba-tiba rasa seperti berhenti berdetak sekejap selepas mendengar ayatnya tadi.

Bukan dia cakap aku girlfriend dia ke? Kenapa dia nak beli kasut sukan untuk perempuan lain.

Tarik. Hembus. Tenang Ayla. Berlagak macam tak ada apa-apa berlaku.

"Boleh. Nak pergi mall tu pukul berapa? Nanti awak nak jemput saya atau kita jumpa dekat mall je?"

"Kita pergi lepas zohor dan nanti aku jemput kau. Nanti masa aku nak gerak aku call dulu. Okaylah tu je bye."

"Alright. Bye."

Aku meletakkan fon aku diatas sofa sebelah aku.

"Siapa call kau?"soal Maya.

"Ariz."balas aku pendek.

"Kenapa dia tiba-tiba call kau?"soal Aishah pula.

"Dia ajak aku teman dia nak beli kasut sukan untuk perempuan. Tapi dia tak reti. Jadi dia ajak aku."

ALWAYS: Always Be There For YouWhere stories live. Discover now