Chapter 9 (Dingin)

136 4 0
                                    

Hampir dua bulan berlalu selepas hari sukan. Hari-hari aku dijalankan seperti biasa dan dah dekat dua bulan juga aku tak jumpa Ariz. Bertembung pun tak. Macam pelik bila satu sekolah tapi tak bertembung pun tapi tulah kenyataannya.

"Ayla harini balik dengan Ariz tau. Papa kena pergi Kuala Lumpur pukul 12 nanti. Papa pergi sampai hari Khamis."

Aku yang sedang menjamah nasi goreng tersedak. Gila betul harini baru hari selasa kot. 3 hari aku kena naik dengan dia.

Ambik kau nak dekat 2 bulan tak jumpa dia tak pasal-pasal 4 hari berturut-turut jumpa dia.

"Boleh papa." aku hanya boleh akur dengan arahan yang diberikan.

Tak boleh nak bantah pun. Kalau bantah aku nak pergi dan balik sekolah dengan siapa. Mama bukan reti bawa kereta.

****
Sedang aku berjalan untuk menuju ke pagar sekolah semasa waktu pulang.

"Ayla!"

Aku menoleh rupa-rupanya Ariz yang memanggil aku. Aku memberitahu Lena dan Harraz untuk pergi ke perhentian bas tanpa menunggu aku.

"Ya." balas aku kepada panggilan Ariz tadi.

"Ibu cakap pagi tadi kau balik dengan aku. Jomlah cepat." ujar Ariz dalam keadaan dingin.

Hek eleh sombong-sombong nak pergi mana cik abang woi. Cuba bercakap tu lembut-lembut sikit baru saya ni senang hati sikit nak naik kereta dengan cik abang.

Nak dingin-dingin pula. Ingat kita ni duduk dekat Kutub Utara atau Kutub Selatan ke?

Dah duduk Malaysia tu buat cara duduk Malaysia.

Jadi Hot gituu. Kalau boleh hot and spicy.

Lah tiber. Hambar.

"Awak bawak kereta kan? Kita tak naik motor kan?"

"Naik kereta lah. Kenapa kau nak merasa naik motor sambil peluk aku ke?"

Aku menjeling ke arahnya. Sesuka hati dia aje nak cakap aku teringin nak peluk dia.

"Tanya je tak payahlah garang sangat." ujar aku.

"Apa-apa jelah. Cepat sikit lambat aku tinggal nanti." sambil dia berjalan laju ke arah tempat letak kenderaan.

Aku melangkah dengan lajunya sehingga sampai ke sebelahnya.

Dia cuba nak hina aku yang pendek ni ke apa? Langkah besar-besar gitu. Tau lah kaki macam galah panjang dia. Dasar budak terlebih kalsium.

Satu langkah dia tu boleh jadi 2 langkah aku. Kadang-kadang tu 3 langkah aku.

****
Keadaan di dalam kereta hanya senyap sunyi. Dah macam dalam gua dah gayanya. Radio pun dia tak buka. Aku malaslah buka. Nanti tiba-tiba kena marah tak ke naya?

"Nanti setiap balik sekolah kau pergi kat tempat parking tu terus. Tak kuasa aku nak panggil kau setiap hari."

Amboi-amboi dia ni. Kalau ada cili ni aku dah cili dah mulut dia. Siapa ajar dia jadi kurang ajar masa duduk dekat asrama dulu. Meh aku nak cili sama. Ajar anak orang benda tak baik.

Dulu bukan main berkepit dengan aku. Sekarang cakap bukan main kasar. Aku kau siap. Ish geram aku.

"Yelah esok saya tunggu dekat situ."

Kereta kembali senyap sunyi. Aku berpaling ke arah luar tingkap.

Sesampai sahaja di hadapan rumah. Terus aku mengucapkan terima kasih dan turun.

****
"Ayla cepat sikit makan baby ada dekat luar dah ni." ujar mama.

"Ye mama kejap."

Aku terus berlari ke arah pintu dan memakai kasut sekolah aku.

ALWAYS: Always Be There For YouWhere stories live. Discover now