Chapter 16 (Night Walk)

93 2 0
                                    

Para jejaka seperti biasa membantu para wanita mengangkat beg turun dari kereta.

"Wah lawa gila kawasan ni."ujar Farhan

"Ayla tangkap gambar aku jap dekat tasik tu. Lawanya tasik tu."ujar Aishah kepada aku.

Aku hanya menurut sahaja. Bukan setakat Aishah je yang bergambar dekat situ habis semua orang yang datang sini bergambar dekat dengan tasik tu.

"Perhatian kepada semua peserta kem bina insan Universiti Hibiscus. Sila berkumpul di hadapan saya. Buat barisan lelaki perempuan."ujar pengurus kem.

Kami semua terus bergerak ke kawasan yang disuruh tadi.

Peserta kem ni nak kata ramai taklah ramai sangat tapi nak kata sikit taklah sikit. 60 orang juga. Tapi untuk satu fakulti tu dikira sikitlah kan? Ke tak eh? Ah lantaklah.

Kem ni disertai oleh 30 orang pelajar lelaki dan 30 orang pelajar perempuan. Memang anjuran dia hadkan penyertaan setiap jantina. Aku pun tak tau sebab apa.

"Okay saya Komander Ahmad. Saya ialah pengurus untuk kem ni. Saya akan bahagikan awak semua kepada 10 kumpulan. Jadi setiap kumpulan akan ada 6 orang ahli. 3 lelaki dan 3 perempuan. Faham?!" ujar Komander Ahmad.

"Faham!"jerit semua orang.

Komander Ahmad mula memanggil nama sorang-sorang. Sampai kepada kumpulan keempat. Nama kami berenam dipanggil untuk berada di dalam satu kumpulan.

Adakah ini jodoh? (Tak bukan jodoh pun Ezz memang saja nak letak korang sekali. Kalau tak nanti tak jadi cerita.😂)

"Yeay! Kita satu kumpulan."ujar Haffiy.

"Kita memang ditakdirkan bersamakan Nurul. Jodoh gitu."ujar Farhan.

"Hotak kau jodoh. Ni bukan jodoh ni bodoh. Bala betul satu kumpulan dengan kau." ujar Aishah.

"Alah jangan macam tu Nurul. Awak tak boleh nafikan kita berjodoh."

"Ah kau! Jodoh ke apa. Muka pun macam tak siap. Kesian dekat isteri kau nanti bangun-bangun tidur terkejut tengok muka kau. Rosak hari-hari dia."

"Lah awaklah bakal isteri saya nanti."

"Kau!"

"Dah stop gaduh bingit telinga aku dengar korang bertekak macam ni. Aku bawa pergi pejabat agama nanti aku kahwin kan aje korang ni." ujar Ariz.

Alah Ariz ni. Daripada kahwinkan diaorg berdua baik awak kahwinkan kita ni. Eh gatallah kau Ayla.

"Jom ah macam best je." ujar Farhan.

"Amboi laju." ujar Maya.

"Mesti. Orang dah nak bawakan apa salahnya."

"Dah-dahlah pasal kahwin korang tu. Jom masuk chalet. Kita kena rehat malam ni dah start aktiviti."ujar aku.

Mereka semua hanya menurut. Kami bergerak ke arah chalet yang disediakan. Satu chalet akan diduduki oleh 6 orang pelajar.

Bilik kami bertiga bersebelahan dengan ketiga-tiga jejaka itu juga.

****
"Okay malam ni kita akan buat night walk."ujar Komander Ahmad.

Semua peserta bersorak suka. Aku tak tau nak happy ke tak dengan aktiviti ni. Sebab seram pula aku tengok hutan tu tengah-tengah malam. Aku ni dahlah jenis penakut. Combinasi yang mantap. Penakut dengan hutan yang gelap. Perghhh.

"Kamu semua hanya akan dibekalkan dengan satu lampu suluh kecil. Ketua kumpulan yang telah dipilih boleh ambil lampu suluh dekat Kelana Faris."

Ariz terus bergerak pergi ke arah kelana tersebut. Antara sebab kami pilih dia ialah dia je nampak berguna dalam kumpulan ni. Nak harapakan lagi dua orang lelaki tu memang hancur kumpulan kami ni.

ALWAYS: Always Be There For YouWhere stories live. Discover now