Chapter 32 (Hospital)

105 3 0
                                    

Sekarang aku berada di tanah perkuburan mengiringi ke rumah baru dia buat kali terakhir.

Mama tak ikut sebab ada baiknya dia duduk dirumah sahaja bagi mengelakkan fitnah. Sementara dia dalam tempoh iddah.

Sekarang jam dah menunjukkan pukul 5 petang.

Kami tunggu kakak dengan suami dia sampai dulu baru kebumikan papa.

Urusan untuk pengurusan jenazah papa semua berjalan dengan lancar sahaja.

Orang untuk mandi senang nak cari. Untuk gali kubur pun senang dapat.

Semua urusan harini dipermudahkan. Cuaca harini pun redup sahaja.

Orang yang berlanggar dengan papa tu pun meninggal dunia juga.

Lelaki dalam 30 an macam tu. Doktor syak dia microsleep sampai menyebabkan dia masuk ke laluan yang salah.

Perkara tersebut menyebabkan kereta papa dan lelaki tersebut berlanggar dan terbalik.

Lelaki tersebut meninggal ditempat kejadian.

Microsleep sangat-sangat berbahaya. Kita terlelap dalam beberapa saat sahaja masa memandu boleh menyebabkan pelbagai perkara belaku.

Salah satunya kemalangan yang membawa maut.

****
Selesai sahaja bacaan talkin. Kami sekeluarga menyiram pusara papa dengan air.

Air mata aku mula mengalir semula semasa menyiram air tersebut.

Ariz turut berada di tanah perkuburan ini walaupun semua orang dah balik.

Yang tinggal hanya adik beradik aku, Ariz dan abang Hadif.

Kak Su tak ikut. Dia teman mama. Kami pun tak nak bawa Rabiatul pergi tanah perkuburan ni disebabkan umurnya yang masih kecil.

"Papa kata papa nak tengok Ayla jadi doktor macam along. Kenapa papa tinggalkan Ayla dulu. Ayla belum berjaya jadi doktor macam along lagi."ujar aku sambil memegang kubur papa.

"Ayla kita balik ya? Kita rehat. Ayla penat ni."ujar kakak cuba memujuk aku.

Aku hanya akur dan mengikut kakak aku.

Tengah aku berjalan tiba-tiba aku rasa macam nak rebah ke atas tanah.

"Ayla!"

Jeritan kakak ialah benda terakhir yang aku dengar sebelum semuanya menjadi gelap gelita.

****
Kepala aku sakit dan mata aku masih berat tapi aku paksa juga untuk dibuka.

Orang pertama yang aku nampak ialah mama.

Dengan bau ubat- ubatan sahaja membuatkan aku tau yang aku berada di hospital.

Aku melihat sekeliling. Cuma ada dua katil tapi katil sebelah kosong.

Aku pengsan je sampai bawa pergi hospital swasta eh?

Lantaklah.

Aku melihat ke arah tangan aku. Aku dipakaikan dengan drip air.

"Ayla dah bangun sayang. Ayla nak air?"ujar mama.

Aku hanya mengangguk lemah.

Mama terus mengisikan air ke dalam cawan dan membantu aku untuk duduk.

Aku terus mencapai cawan yang dihulurkan oleh mama itu.

"Berapa lama Ayla pengsan mama."

"Dari semalam dekat kubur sampailah pukul 7 sekarang ni baru Ayla bangun."

"Ayla rehat lagi ya. Ayla lemah lagi ni. Rehat cukup-cukup."ujar mama sambil dia membantu aku untuk baring semula.

"Ayla nak mama teman ke nak orang lain teman?"

ALWAYS: Always Be There For YouWhere stories live. Discover now