"Weh korang. Aku ada pengumuman nak dibuat."ujar Haffiy.
Kami semua berada di kedai makan untuk celebrate tiga orang jejaka ni.
"Apa? Kau mengandung ke?"ujar Farhan.
"Weh siapa memperkosa kawan aku ni."ujar Ariz pula sambil menutup mulutnya mengunakan tangan kanan.
Halah pehal bangang sangat dua orang manusia ni.
"Oh noooo!"jerit mereka berdua.
"Hotak kau!"ujar Haffiy.
"Uish nanti anak aku ada kawan sama umurlah eh nanti."
Aku rasa dua orang ni pergi buang semua buku dengan kecerdikkan diaorang lepas habis belajarlah.
Nampak macam tak berilmu langsung ni.
Mereka berdua menyucuk-nyucuk perut Haffiy.
"Toing. Toing. Hai baby."ujar Farhan.
Muka Haffiy memang muka tahan geram aje dah tu.
Macam gunung berapi yang tinggal beberapa saat nak meletus je gayanya.
Pap!
Belakang kepala Ariz dan Farhan dipukul oleh Haffiy.
Haffiy duduk tengah-tengah antara Farhan dan Ariz jadi memang senanglah dia nak pukul kepala sorang-sorang.
Aku sokong betul dengan tindakan Haffiy tu.
Maaflah my shuben. Saya sokong Haffiy.
Kegilaan awak harini tiba-tiba tak dapat bendung. Jadi biar Haffiy sedarkan sikit awak tu.
"Adoi!"jerit mereka berdua.
"Korang memang cari pasal eh dengan aku. Kenapa lepas habis belajar semua buang otak ke apa?"
Marah betul Haffiy ni.
Jarang-jarang dapat tengok diaorang bertiga ni berperangai macam ni sekali.
"Alah Fiy jangan ah marah."Mereka berdua mengeselkan kepala pada bahu Haffiy.
Aduh suami aku ni lepas tau bakal jadi ayah ni makin menjadi-jadi perangai dia.
"Korang ingat korang kucing ke nak gesel-gesel?"
"Alah jangan marah. Kenapa marah-marah ni. Kita dulu semua share tau. Mentang-mentang bakal berjauhan ni kau marah-marah macam ni."ujar Ariz.
Pehal aku rasa macam lain macam je dengan perkataan 'semua share ' tu?
"Itulah. Semua kita share tau. Tak ada satu pun tak share. Underwear pun kita share. Jap." Secara tiba-tiba Farhan menundukkan dirinya.
"Ha sekarang ni kau still pakai aku punya underwear."
Ya allah mana nak sorok muka ni? Kenapa perangai diaorang macam ni?
Pengotor ya allah.
Nasib baik kedai ni tak ramai orang sebab hari kerja. Kalau ramai memang aku ajak Aishah dengan Maya cau dulu.
"Kau gi check tu kenapa gila?" Haffiy terus menepuk belakang kepala Farhan lagi.
"Nak buat kepastian je."
"Hotak kau kepastian."
"Kau marah kitaorang. Kau kena tanggal underwear Farhan tu."
Sesiapa yang pandai cuci otak kotor orang meh tolong cuci otak suami dengan kawan dia ni.
"Korang boleh tak berhenti cerita pasal underwear korang. Pengotor siot. Tak boleh simpan senyap-senyap ke?"bebel Aishah.
Bagus Aishah berhentikan diaorang semua ni.
YOU ARE READING
ALWAYS: Always Be There For You
Romance'Baby' itulah nama panggilan yang diberi oleh keluarga Ariz Nijaz kepadanya.Nama itu bukan sahaja Ariz Nijaz dipanggil oleh keluarganya tetapi digunakan juga oleh keluarga Ayla Nadzirah iaitu keluarga pengasuhnya. "Ayla kat mana!? jomlah main dengan...