Chapter 51 (Cerita)

76 2 0
                                    

"Macam ni cerita dia...."

Semua pandang ke atas. Aku pun ikut sekali. Tak tau pandang apa. Tapi pandang jelah.

"Korang pandang apa kat atas tu."ujar aku.

"Ntah tak ada apa-apa pun. Saja je."jawab Maya selamba.

Apalah nasib aku dipermainkan seperti ini.

"Dah tu korang pandang atas tu macam ada wayang dekat atas tu pehal. Korang ingat nanti langit tu nak ceritakan ke apa? Aku lepuk sorang-sorang nanti." Bengang betul aku.

"Sah isteri kau dah jadi singa."

Amboi si Farhan ni buat macam bisik tapi suara dia semua orang boleh dengar.

"Aku pun rasa macam tu. Bini aku bakal jadi mak monster macam ibu aku."

Laki aku ni kutuk bini sendiri. Nak kena ke apa?

"Amboi mengutuk je kerja. Daripada tadi kata aku singa. Kau tengok Farhan. Aku jadi singa betul-betul memang aku bunuh kau yang pertama."

"Hehe. Dengar eh. Aku ingat tak dengar. Aku bisik pun kau dengar eh? Peka betul telinga kau."

"Hotak kau bisik. Semua orang boleh dengar apa kau bisik tu."ujar Aishah.

Bagus betul ada orang back up. I love you Aishah sebab back up kawanmu ini

"Awak tu cakap saya nak jadi monster macam ibu. Sedap betul mulut tu eh. Saya bagitau ibu. Kena awak nanti."

"Uishhh. Relax lah sayang. Janganlah bagitau ibu. Auto makin muflis aku nanti kalau ibu tak bagi duit. Marah sugar mummy aku nanti."

"Dah malas layan. Maya sila teruskan bercerita."

"Okay cerita dia macam ni. Si Haffiy ni gi rumah mak ayah tanpa pengetahuan aku."

"Jap macam mana dia tau rumah mak ayah kau dekat mana?"soal Aishah.

Yelah pelik juga. Kalau Maya tak tau. Mana dia dapat tau alamat tu.

"Kau tanya lah dia tu."

Semua mata beralih dari Maya ke Haffiy.

"Macam mana eh nak cakap. Rasa macam stalker pun ada. Eii malu lah." Haffiy menutup mukanya menggunakan kedua-dua belah tangan.

"Gedik ah kau."Farhan terus menolak kepala Haffiy.

"Ish dia ni tolak-tolak kepala orang pulak. Aku tengah ambik aura untuk bercerita ni. Jangan ganggu please."

"Yelah cepatlah cerita. Gedik nak malu bagai."

"Yelah aku cerita. Aku tanya alamat rumah tu dekat ayah Maya lah."

"Macam mana kau boleh kenal ayah Maya ni?"soal Aishah.

"Aku stalk Facebook Maya. Lepastu jumpa ayah dia punya Facebook. Dah bertahun aku tak bukak Facebook tu tapi disebabkan aku nak cari ayah dia punya Facebook so aku bukak jugak."

"Patut kau cakap macam stalker. Nampak ah ciri-ciri tu ada dekat kau."ujar Ariz.

"Siot!"jerit Haffiy.

"Takkan semudah ABC je ayah Maya ni bagi alamat?"soal aku.

"Eh tak ada maknanya. Aku pujuk rayu tau. Dia ingat aku scammer. Aku pun tunjuklah gambar masa kita pergi kem dulu tu. Pujuk punya pujuk. Barulah ayah dia ni percaya. Dia bagi nombor telefon dengan alamat sekali."

"Lepastu aku pergilah rumah dia tu."

Flashback~

"Makcik, pakcik saya datang ni ada hajat. Saya nak kahwin dengan anak pakcik dan makcik, Maya. Saya nak mintak restu dulu. Kalau makcik dan pakcik tak suka saya undur diri dulu."

ALWAYS: Always Be There For YouWhere stories live. Discover now