Ayla's pov
Harini hari kelima kami disini.
Harini kami akan melakukan aktiviti kem berkumpulan.
Kem berkumpulan ni memerlukan kami pergi ke satu kawasan yang disediakan untuk berkhemah.
Berkhemah secara berkumpulan lah senang cerita dia.
Tapi sebelum pergi ke kawasan perkhemahan. Kami perlu mendapatkan bendera pada kelana terlebih dahulu.
Tapi tak semudah itu kami nak mendapatkan bendera daripada kelana-kelana tersebut.
Kami perlu menjawab teka-teki terlebih dahulu.
Kami akan masuk ke dalam hutan untuk berjumpa dengan kelana.
Untuk mendapatkan barang keperluan seperti khemah dan makanan . Kami perlu bertanding.
Kami perlu bertanding di antara dua buah kumpulan.
Seperti kumpulan aku. Kami perlu bertanding dengan kumpulan nombor 3.
Setiap kumpulan akan dapat peta. Tapi laluan yg berbeza. Cuma checkpoint yang sama.
Setiap checkpoint akan dijaga oleh dua orang kelana.
Kumpulan yang gagal untuk menjawab soalan akan diberikan barangan dengan kuantiti yang sedikit.
Berbanding dengan kumpulan yang berjaya menjawab soalan.
Checkpoint pertama ialah checkpoint bagi menentukan alatan untuk kami tidur.
Kumpulan yang menang akan mendapat dua khemah manakala kumpulan yang kalah akan mendapat satu khemah dan 3 sleeping bag.
Lagi empat checkpoint ialah checkpoint untuk bahan makanan.
Kumpulan yang kalah akan mendapat separuh dari kuantiti kumpulan yang menang.
****
Author's povKumpulan 3 dan kumpulan Ariz memulakan perlumbaan di kawasan yang berbeza.
Jarak yang diambil untuk kedua-dua kumpulan untuk pergi ke checkpoint pertama adalah sama.
Bagi pertandingan menjadi adil. Cuma tempat permulaan dan kawasan yang dilalui adalah berbeza.
"Nurul hati-hati takut ular semalam yang kau campak tu berdendam dengan kau lepastu dia datang harini."ujar Farhan
"Weh taknak lah. Lembik weh. Basah je dia punya kulit. Eiii yaks!"ujar Aishah sambil badannya bergoyang kegelian.
"Siapa suruh kau campak dia semalam? Ha kan dah berdendam."ujar Farhan lagi.
"Ish kau ni! Janganlah cakap macam tu. Kau ingat aku akan ambik dia dari atas bahu lepastu letak dia elok-elok atas tanah ke? Mau aku mati dulu dekat dalam lumpur tu semalam."
"Kena lah macam tu. Baru dia tak berdendam."
"Weh kau ni. Sepatutnya aku campak dekat kau biar dia patuk kau."
"Tapi nanti dia masih berdendam dengan kau."ujar Farhan.
"Maya! Tengok dia ni." jerit Aishah kepada Maya yang berada di belakangnya bersama-sama dengan Haffiy.
Puk!
Haffiy menyengkeh kepala Farhan menggunakan buku limanya.
"Kau ni saja je nak kenakan Aishah tu. Kau nak buat dia overthinking macam masa kayak haritu ke apa?"marah Haffiy.
"Dahlah Aishah. Mana ada ular tu berdendamlah. Dia dah lari jauh-jauh dah."pujuk Maya.
"Eh mana kau tau? Hutan ni tempat dia tau."ujar Farhan.
YOU ARE READING
ALWAYS: Always Be There For You
Romance'Baby' itulah nama panggilan yang diberi oleh keluarga Ariz Nijaz kepadanya.Nama itu bukan sahaja Ariz Nijaz dipanggil oleh keluarganya tetapi digunakan juga oleh keluarga Ayla Nadzirah iaitu keluarga pengasuhnya. "Ayla kat mana!? jomlah main dengan...