"Arghhh penat! Tak sabar nak balik nak tengok apa jadi ngan anak-anak aku bila duduk dengan bapak dia tu."
Yelah Farhan tu bukan boleh percaya sangat. Nanti Afsar yang jaga dia dengan Afwu.
Ouh ya. Anak kami dah ada 2 orang. Fath Afsar dan Fathi Afwu.
Afsar 4 tahun manakala Afwu 2 tahun.
Hampir sahaja sampai ke perkarangan rumah aku terlihat jiran selang 2 buah rumah aku tengah mengejar seorang budak lelaki.
"Makcik Ina ni kejar cucu dia ke apa ni? Tapi kenapa cucu dia macam Afwu eh?"
Aku mengecilkan mata aku untuk melihat siapakah budak itu. Kereta turut diperlahankan.
"Eh anak aku!"
Kereta terus aku berhentikan ke tepi jalan berhampiran dengan sesi kejar mengejar tersebut.
"Afwuuuu!" jerit aku untuk menarik perhatiannya.
"Ha Aishah datang pun kamu. Anak kamu keluar dari rumah ni. Makcik nak angkat dia meronta taknak kena dukung. Nasib baiklah kamu datang."
"Terima kasih makcik tolong tengokkan anak saya. Farhan tak perasan agaknya anak dia dah terkeluar dari rumah. Terima kasih banyak-banyak makcik."
"Sama-sama. Nasib baik makcik tengah menyapu dekat luar ni. Kalau tak makcik tak taulah sampai mana dia lari. Takut jugak banyak kereta dengan motor lalu."
"Yelah diaorang dahlah bawak laju dekat taman ni. Terima kasih makcik. Saya balik dulu ya? Saya pun baru balik kerja ni makcik."
"Yelah. Makcik nak masuk dulu."
Aku terus berjalan ke kereta aku semula.
"Afwu kenapa keluar? Papa mana? Abang pun mana? Jangan ulang lagi tau. Nak terkeluar jantung mama tengok Afwu dekat luar sorang-sorang ni."
Afwu hanya mengangkat kedua-dua belah tangannya menandakan dia tak tahu. Mata dikelip-kelipkan banyak kali.
"Macam mana nak marah ni. Biasa dia ni. Mama nak marah dia buat muka comel."
"Ehek."ujar Afwu sambil menggesel kepalanya ke muka aku.
"Jom kita jalan-jalan dulu. Biar papa pulak gugur jantung tengok Afwu tak ada."
"Yeayyy!"
Tangan Afwu ditepuk banyak kali menandakan betapa gembiranya dia.
Afwu aku letakkan di dalam baby car seat yang memang sudah diletakkan didalam kereta aku.
Kami berdua berjalan di supermarket untuk membeli barang dapur.
Ada je lagi barang dapur tu saja nak buat jadi alasan untuk berjalan dengan Afwu.
Tiba-tiba teringat dekat Afsar.
Sian dia kena duduk dengan papa dia tak dapat ikut aku.
Sorry Afsar lain kali mama bawa jalan-jalan. Sekarang mama nak kenakan papa kejap je.
"Afwa nak apa?"soal aku kepada Afwa yang berada di dalam troli tersebut.
Mata Afwu seperti bersinar semasa kami melalui tempat mainan tersebut.
Tangannya dihulurkan ke arah aku meminta untuk didukung.
"Dia ni memanglah. Kalau dekat tempat mainan terus nak berjalan. Ambik satu je tau. Banyak-banyak kena jalan dengan papa. Baru sedap kikis."
Afwu terus berjalan ke arah mainan yang menarik perhatiannya.
Dia menarik mainan kereta paling besar yang dia boleh capai.
YOU ARE READING
ALWAYS: Always Be There For You
Romance'Baby' itulah nama panggilan yang diberi oleh keluarga Ariz Nijaz kepadanya.Nama itu bukan sahaja Ariz Nijaz dipanggil oleh keluarganya tetapi digunakan juga oleh keluarga Ayla Nadzirah iaitu keluarga pengasuhnya. "Ayla kat mana!? jomlah main dengan...