48

4.5K 101 5
                                        

"Sebenarnya, puan disahkan hamil 5 minggu." ujar Doktor Anisah.

"Ap.. Apa?"

"Tahniah puan, puan pregnant. Usia kandungan puan baru 5 minggu. Dan saya rasa ini kandungan puan yang pertama kan?"

Aisya hanya mengangguk. Dia masih lagi speechless. Aisya mengusap perutnya yang masih kempis. 'Anak ibu..'

"Betul ke ni doktor?" tanya Aisya untuk mengesahkannya.

"Betul puan." jawab doktor Anisah dengan senyuman.

"Alhamdulillah." ucap Aisya sebagai tanda syukur.

"Memandangkan ini kandungan puan yang pertama, saya sarankan puan jangan buat kerja-kerja yang berat. Untuk first trimester memang puan akan alami alahan seperti muntah, pening dan sebagainya......" Doktor Anisah pun menerangkan kepada Aisya apa yang perlu dibuat dan tips-tips sepanjang pregnancy nya.

...

Aisya keluar dari klinik dan menuju ke keretanya. Masuk saja ke dalam kereta, Aisya mengusap perutnya sambil tersenyum. Dia rasa bahagia kerana di dalam perutnya ada satu benih yang akan membesar. Anaknya dan Ilhan. Mengingatkan itu, senyuman Aisya kembali pudar. Dia teringat akan masalahnya dengan suaminya.

"Maafkan ibu, sayang. Buat masa sekarang ni, ibu tak boleh beritahu ayah lagi. Nanti dah sampai masa, ibu akan beritahu ye sayang." ujar Aisya sambil mengusap perutnya.

Setelah berfikir panjang, Aisya buat keputusan untuk pulang ke kampung halamannya selepas beberapa hari menginap di Port Dickson.

☁️☁️☁️

Di rumah Ilhan...

Ilhan sudah beberapa kali menghubungi isterinya tetapi tidak diangkat.

"Mana Aisya ni? Angkatlah call abg." rintih Ilhan sendirian.

Ilhan berputus asa untuk menghubungi Aisya lagi. Tiba-tiba dia teringat seseorang.

"Zara..."

Ilhan meminta nombor Zara melalui Laila. Nasib baik Laila tidak bertanya banyak semasa dia meminta nombor Zara. Dapat sahaja nombor telefon Zara, Ilhan terus menghubungi Zara.

'Hello?'

"Assalamualaikum Zara. Ni Ilhan."

'Waalaikumsalam. Ilhan? Macam mana awak boleh dapat nombor saya ni?' tanya Zara dengan pelik.

"Sorry Zara.. Saya minta dengan Laila tadi. Saya ada benda nak tanya awak ni."

'Ouh.. Apa ye?'

"Awak tahu mana Aisya?"

'Aisya? Kenapa tanya saya pulak. Dia dengan awak la.. Dia isteri awak kan.'

Ilhan hanya diam. Dia mengusap mukanya.

'Ilhan, apa yang terjadi ni? Kenapa awak tanya saya mana Aisya? Aisya hilang ke? Awak jangan main-main. Saya suruh awak jaga dia baik-baik kan?' kata Zara dengan nada marah. Risau akan keadaan rakan baiknya itu.

Ilhan pun menceritakan apa yang terjadi sebenarnya mengenai masalah dia dengan Aisya.

'Astaghfirullah. Macam mana boleh jadi macam ni Ilhan. Awak tahu tak apa yang awak dah buat. Sekarang ni kita tak tahu Aisya dekat mana. Kalau mak dan ayah Aisya tahu ni, matilah awak.'

"Saya tahu saya salah." Ilhan mengaku akan kesalahannya.

'Memang awak salah pun!' ujar Zara emosi.

Hanya Kamu ©Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang