"ERRR..." kelu lidah Ilhan untuk bercakap apabila memandang muka Aisya tanpa segaris senyuman.
Aisya memandang Ilhan.
"Duduk lah dulu." jemput Ilhan menyuruh Aisya duduk di pangkin itu.
Aisya pun duduk di pangkin.
"Kenapa nak jumpa ni?" tanya Aisya lagi.
"Err... Ab.. Abang.."
Aisya memandang pelik.
"Sejak bila tergagap ni?" tanya Aisya lagi.
Ilhan mengembuskan nafasnya. Dia tidak pernah nampak Aisya serius seperti ini. Dah lah tadi berjumpa dengan ayahnya. Sekarang anaknya pula. Like father like daughter. Dua dua buat dia seram bila mereka sedang serius.
"Abang!" sergah Aisya mengejutkan Ilhan yang sedang mengelamun.
"Ye, ye."
"Kenapa nak jumpa Aisya ni?"
"Macam ni.. Abang nak minta maaf pasal haritu."
"Kenapa pula minta maaf."
"Abang tahu Aisya marahkan abang. Aisya merajuk dengan abang kan?"
"Mana ada." nafi Aisya.
"Ye ke?" provok Ilhan.
Aisya hanya berdiam menunduk.
"Abang minta maaf kalau kata-kata abang tempoh hari buat Aisya kecil hati."
"Okay.. Aisya maafkan."
Ilhan senyum.
"Abang nak tanya boleh?"
Aisya menjongketkan keningnya...
"Aisya memang dah ada someone special?"
"Dah mula lah tu." kata Aisya menjeling Ilhan.
"Bukan apa. Abang cuma nak kepastian je."
"Kalau ada kenapa?"
"Siapa?"
"Adalah.."
"Kenapa nak berahsia dengan abang?"
"Dia tu bukannya tahu pun Aisya minat dia. So, not interesting pun kalau Aisya cerita dekat abang."
"Kenapa Aisya tak terus terang je dengan dia?"
"Tak nak lah Aisya. Lagipun dia dah nak kahwin pun tak lama lagi."
"Laaa... Aisya tak sedih ke?"
"Nak sedih pun tak berguna dah. Asalkan dia bahagia, Aisya pun turut bahagia." ujar Aisya sambil senyum.
"Kesian Aisya."
Aisya tertawa.
"Tak payah nak kesian sangat lah. Aisya ok je. I'm chill okay!" kata Aisya menutup kesedihannya.
Ilhan turut tertawa.
"Ermm.. Jom kita berbasikal nak tak?" ujar Ilhan menukar topik perbualan. Dia tidak mahu mood Aisya kembali suram. Dia mahu Aisya yang ceria.
"Sekarang ke?"
Ilhan mengangguk.
"Kita berbasikal dekat kampung ni je. Abang dah minta izin dengan ayah Aisya tadi. Ayah Aisya dah bagi izin dah."
"Jap.. Sebelum Aisya terlupa, Abang berbual apa dengan ayah tadi. Macam serius je?" tanya Aisya.
"Nothing. Just berbual kosong je." balas Ilhan. Dia tidak mahu Aisya berselisih faham dengan Ayahnya pula. Lagipun nasihat dari ayah Aisya tadi memang ada betulnya.
"Sure?" Aisya ingin mendapatkan kepastian.
"Yup sure." balas Ilhan meyakinkan Aisya.
"Jomlah. Abang amik basikal dekat rumah jap."
Aisya mengangguk. Mereka pun mengambil basikal masing-masing.
Suasana di kampung pada waktu petang sangat nyaman dengan angin sepoi-sepoi. Aisya menaiki basikalnya manakala Ilhan menaiki basikal Laila.
*gambar contoh*
Setelah puas berbasikal, mereka pun pulang ke rumah masing-masing.
💕💕💕
Beberapa bulan kemudian, Ilhan telahpun tamat mengajar di kampung itu. Jadi, tiba masanya untuk dia pulang ke Kuala Lumpur untuk kembali mengajar di sana.
Ilhan sedang bersiap-siap untuk gerak ke KL. Dia sedang menunggu seseorang tetapi orang itu tidak muncul-muncul lagi.
"Abang!" panggil Faris.
"Eh, Faris. Kenapa ni?"
"Ni, akak suruh bagi dekat abang." kata Faris sambil menghulurkan sesuatu kepada Ilhan.
"Mana Aisya?"
"Akak takde, dia ada meeting dengan client harini."
"Ouh ye ke." ujar Ilhan sedikit hampa.
"Akak suruh bagi baju ni dekat abang. Akak tak sempat nak bagi semalam."
Ilhan menyambut huluran itu.
"Ok. Terima kasih, Faris. Nanti sampaikan salam abang pada Aisya. Kirim salam pada keluarga Faris sekali."
"Baiklah abang." ujar Faris sambil bersalaman dengan Ilhan. Faris pun pulang ke rumahnya.
Setelah itu, Ilhan mengambil keputusan untuk terus gerak ke Kuala Lumpur. Dia menyalam tangan Opahnya dan Maksunya sekeluarga.
"Hati-hati memandu An." pesan Nek Mah.
"Baik Opah."
"Kirim salam pada keluarga An." kata Maksunya pula.
Ilhan mengangguk.
"Terima kasih selama 3 bulan ni jaga An dengan baik. Bagi An duduk sini. Terima kasih Opah, Maksu, Paksu dan Laila."
"Nanti dekat sana, jangan lupakan kami. Selalulah datang ke sini." pesan Nek Mah.
"Baik Opah. Nanti An kahwin, An datang sini jemput semua datang KL."
Mereka mengangguk sambil senyum. Ilhan pun masuk ke dalam keretanya lalu bergerak ke Kuala Lumpur.
YOU ARE READING
Hanya Kamu ©
RomanceAisya sangat meminati Ilhan ketika zaman persekolahnnya tanpa diketahui oleh Ilhan. Mereka satu sekolah. Jadinya, Aisya selalu melihat Ilhan dari jauh secara diam-diam. Ilhan tua 2 tahun daripada Aisya. Apabila Ilhan tamat sahaja SPM, Aisya nekad un...