37

2.6K 65 0
                                    

HARI Jumaat, Aisya dalam perjalanan pulang ke rumah ibu bapanya dari butiknya. Semua kerjanya di butik sudahpun disiapkan. Lagi 2 hari, dia akan pulang ke Kuala Lumpur.

Sampai sahaja di rumah, dia terkejut melihat kereta Ilhan di rumahnya.

'Bukan dia kata dia balik sini esok ke?' desis Aisya dihati. Aisya pun keluar dari kereta lalu masuk ke dalam rumah.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam." jawab Ilhan yang sedang menonton televisyen.

"Aisya, layanlah Ilhan tu. Dia baru balik tadi. Ayah ke belakang kejap." ujar Encik Yazid dari dapur.

Aisya mengangguk. Lalu dia pun melabuhkan punggungnya di sebelah Ilhan.

"Bukan abang cakap balik sini hari Sabtu ke? Kenapa balik hari ni?" soal Aisya mulakan perbualan.

"Tak boleh ke abang balik sini awal? Aisya ada masalah kalau abang balik sehari awal?" soal Ilhan pula. Matanya masih di kaca tv.

"Bukan tu maksud Aisya. Abang jangan salah faham pulak."

Ilhan diam.

"Abang dah makan?" soal Aisya.

Ilhan hanya mengangguk.

"Erm.. Aisya masuk bilik dululah. Kalau abang nak rehat, tidur lah dalam bilik."

Ilhan mengangguk lagi.

Aisya pelik dengan sikap suaminya. Ilhan seperti dingin dengannya. 'Siapa merajuk dengan siapa pula ni?' desis Aisya.

🕊🕊🕊

Malam itu..

"Abang nak pergi mana?" tanya Aisya apabila melihat suaminya bersiap-siap untuk keluar.

"Abang nak pergi rumah opah. Aisya tak perlu tunggu abang. Abang tidur sana."

"Aisya nak ikut."

"Tak payah. Aisya tidur je sini."

"Nanti apa pula ibu dan ayah cakap kalau Aisya tak ikut." ujar Aisya pula.

Ilhan mengeluh.

"Aisya masih marahkan abang pasal haritu?" soal Ilhan menukar topik perbualan.

Aisya terdiam.

"Aisya tak tahu nak cakap macam mana. Tipulah kalau Aisya tak marah kan tapi buat masa sekarang, Aisya tak nak cakap pasal tu lagi. Mungkin betul kata abang, yang abang tak sedar pun masa tu kan. Aisya pun malas nak fikir pasal tu. Bila ingat balik, hati Aisya jadi sakit, kecewa bila suami Aisya mimpikan perempuan lain." luah Aisya. Sejujurnya, dia tidak mahu lagi memikirkan hal itu. Tetapi ego yang buat dia seperti itu. Ego dan emosi.

Ilhan diam.

"Abang minta maaf." ucap Ilhan dengan perlahan.

"Tak perlu minta maaf banyak kali. Nanti kata maaf tu jadi murah." ujar Aisya sedikit emosi.

Ilhan memandang Aisya saat mendengar isterinya kata begitu. Salahkah dia meminta maaf?

"Terpulang pada Aisya lah nak fikir apa pun. Kalau Aisya rasa nak marah abang, terpulang pada Aisya. Semua orang buat kesilapan. Abang tahu abang salah sebab tu abang minta maaf."

Aisya diam.

"Malam ni, Aisya tidur sini, abang tidur rumah opah. Nanti abang cakap dengan ibu dan ayah." ujar Ilhan lalu keluar dari bilik tinggalkan Aisya.

Aisya duduk di birai katilnya. Matanya berkaca. Dia tidak suka hubungannya dengan Ilhan seperti ini. Adakah dia terlalu ego? Tetapi saat mengingatkan kembali, hatinya kembali sakit. Ilhan pula dari petang tadi dingin dengannya. Adakah Ilhan sudah bosan dengan sikapnya seperti ini?

💔💔💔

Keesokan harinya, Aisya cuba untuk berbaik dengan suaminya. Tidak guna dia terus ego sedangkan hubungan mereka tidak baik. Malam tadi, Ilhan benar-benar tidur di rumah Nek Mah. Selepas subuh baru Ilhan pulang ke rumah. Ilhan seperti semalam, dingin sahaja.

"Abang." panggil Aisya.

Ilhan yang berada di pangkin memandang Aisya yang menuju kearahnya.

"Jom kita pusing satu kampung naik basikal nak tak?" ajak Aisya sambil tersenyum.

Ilhan pula menggeleng tanda tidak mahu.

"Jomlah abang.. Kita pusing-pusing satu kampung macam dulu. Abang ingat tak?" pujuk Aisya lagi.

Ilhan memandang isterinya. Aisya membuat muka comel.

"Jom..." ujar Ilhan sepatah tanpa senyuman.

Aisya tersenyum riang. Aisya mahu berbaik dengan suaminya. Dia tidak mahu bergaduh lagi disebabkn orang lain. Forgive but not forget.

Mereka pun pusing satu kampung menaiki basikal. Aisya banyak bercakap tetapi giliran Ilhan pula banyak senyap.

🚲🚲🚲

Aisya sedang mengemas barang-barangnya untuk pulang ke Kuala Lumpur pada esok hari. Dia mengemas sekali barang-barang Ilhan.

Tidak lama selepas itu, Ilhan masuk ke dalam bilik.

"Abang nak tidur dah ke?"

Ilhan menganggukkan kepalanya.

"Awal lagi." kata Aisya.

"Abang mengantuk."

Aisya pula menganggukkan kepalanya.

"Aisya nak tanya sikit boleh?" soal Aisya.

"Apa dia?"

"Abang bosan dengan Aisya ke?"

Ilhan pandang pelik isterinya.

"Aisya merepek apa ni?"

"Aisya kan buat perangai marah abang tentang abang mimpikan Kak Nur. Mesti abang bosan kan dengan Aisya?"

"Tak payah merepek lah malam-malam ni. Abang nak tidur. Nanti tutup lampu." kata Ilhan lalu menyelimut tubuhnya dan membelakangi isterinya.

"Aisya minta maaf." ucap Aisya dengan perlahan. Dia tahu Ilhan marah dengannya. Sesudah mengemas, Aisya pun menutup lampu dan tidur.

....

Sorry lama tak update .. Busy lately ni. Sya akan cuba update selalu. Btw thanks pada yang baca story Sya. Nah 🌹





Hanya Kamu ©Where stories live. Discover now