BANYAK kali dipujuk, Aisya masih lagi sama. Dingin. Sudah puas kedua-dua ahli keluarga menasihati Aisya tetapi Aisya masih lagi tidak berlembut hati. Dia mahu lihat sejauh mana Ilhan sanggup melayani rajuknya itu.
Aisya kini sedang bersiap-siap untuk pergi ke rumh Nek Mah. Malam ini dia mahu tidur di rumah opahnya.
Ilhan menegur isterinya.
"Aisya nak pergi mana pakai tudung ni?"
"Saya nak pergi rumah opah. Saya tidur sana." jawab Aisya.
"Ouh. Jomlah.. Abang siap jap." ujar Ilhan.
"Eh, awak tidur sini je malam ni." tegah Aisya.
"Laa, kenapa pulak?"
"Awak tidur je lah sini. Saya nak tidur rumah opah. Awak jangan ikut saya eh. Kalau awak tidur rumah opah, saya lari." larang Aisya.
Ilhan hanya mengeluh.
Setelah berfikir Ilhan berkata...
"Pergilah, abang izinkan."
Aisya hanya senyap. Setelah bersiap, Aisya keluar dari bilik tetapi dihalangi oleh Ilhan.
"Awak nak apa lagi?" tanya Aisya sedikit bengang.
"Dah beritahu ibu ayah ke?" tanya Ilhan.
Aisya hanya menganggukkan kepalanya.
Ilhan juga mengangguk.
Ilhan menghulurkan tangannya. Aisya buat muka pelik.
"Salam, sayang. Aisya kan nak tidur rumah opah. Meh, salam tangan abang." kata Ilhan dengan lembut.
Nak tak nak, Aisya pun menyalami tangan suaminya. Selepas itu, tanpa kata Ilhan terus memeluk isterinya. Lama. Aisya kaget dengan tindakan Ilhan.
"Err.. Lepas lah. Sampai bila nak peluk ni?" tanya Aisya sedikit segan.
"Sampai bila-bila boleh?" balas Ilhan dengan sengihan.
"Jangan mengada laa." ujar Aisya sampai menjeling suaminya.
Ilhan hanya tersengih.
"Dah lah, sayang pergi rumah opah. Hati-hati. Hmm, malam ni abang tidur sorang lah nampaknya." ujar Ilhan dengan muka kesian.
Aisya mahu tergelak melihat muka suaminya yang cemberut tetapi dia hanya menahannya.
"Okay lah saya pergi dulu." pamit Aisya.
"Okay sayang. Jangan lama-lama. Esok balik tau." pesan Ilhan.
"Hmm." jawab Aisya.
Aisya pun keluar dari bilik dan pergi ke rumah opahnya. Ilhan pula hanya memandang isterinya yang berlalu ke rumah opahnya. Buat masa sekarang ni, apa yang Aisya mahu dia akan turuti, janji isterinya berada di depan matanya.
✨✨✨
Aisya sedang bersarapan di rumah Nek Mah. Selera benar dia bersarapan air tangan opahnya. Nek mah yang memandang cucu menantunya berasa pelik. Dia juga sudah tahu akan konflik yg melanda pada cucu-cucunya. Dia juga ada memberi nasihat kepada mereka.
"Selera Aisya makan." bicara Nek Mah.
Aisya hanya tersengih.
"Aisya mengandung ke?" tanya Nek Mah pula.
Tersedak Aisya dengan pertanyaan Nek Mah. Cepat-cepat dia minum air.
"Ma.. Mana ada opah. Nasi lemak opah buat ni sedap. Tu yang selera tu." balas Aisya tidak mahu opahnya mengesyaki sesuatu.
![](https://img.wattpad.com/cover/233250351-288-k586543.jpg)
YOU ARE READING
Hanya Kamu ©
Lãng mạnAisya sangat meminati Ilhan ketika zaman persekolahnnya tanpa diketahui oleh Ilhan. Mereka satu sekolah. Jadinya, Aisya selalu melihat Ilhan dari jauh secara diam-diam. Ilhan tua 2 tahun daripada Aisya. Apabila Ilhan tamat sahaja SPM, Aisya nekad un...