16

2.2K 67 0
                                    

HARI ini Ilhan meminta Aisya menemaninya ke pasar raya. Pada mulanya, Nek Mah hanya menyuruh Ilhan sahaja memandangkan Laila dan keluarganya pulang ke kampung halaman sebelah bapanya. Tetapi barang-barang yang disenaraikan oleh opahnya membuatkan dia buntu untuk pergi seorang diri. Mahu sehari suntuk berada di pasar raya kerana ingin membeli barang-barang tersebut. Dia kan lelaki, mana nak kenal lengkuas, nak pilih ikan lagi. Jadi, nak tak nak terpaksalah dia meminta pertolongan dari Aisya. Nasib baik Aisya mahu menemaninya.

Kini mereka berada di pasar raya untuk membeli barang. Ilhan sedang menolak troli manakala Aisya pula sedang memilih barang-barang yang telah disenaraikan sambil memegang kertas senarai tersebut. Kalau tengok mereka seperti pasangan suami isteri sedang membeli barang dapur.

"Aisya." panggil Ilhan dan Aisya berpaling.

"Ye abang, kenapa?"

"Terima kasih tau sebab teman abang beli semua barang-barang ni."

Aisya hanya ketawa. Ingatkan kenapa Ilhan memanggilnya.

"Abang ni. Aisya tak kisah pun lah." balas Aisya sambil tersenyum.

"Mana tahukan abang ganggu Aisya ke waktu hari minggu ni."

"Takde lah. Aisya free je."

Ilhan tersenyum.

"Nanti abang belanja Aisya." ujar Ilhan lagi.

"Eh tak payah susah-susah. Abang ni.."

"Abang nak juga belanja.. Werkkk"

Aisya hanya ketawa melihat gelagat Ilhan. Dia tidak menyangka bahawa Ilhan sangat sporting. Dulu sebelum dia rapat dengan Ilhan, nampak lelaki itu seperti dingin dengannya tetapi bila dah kenal dan rapat dengan lelaki itu, sikap dingin Ilhan hilang. Tu lah orang tua-tua kata tak kenal maka tak cinta. Eh?!

Selesai sahaja membeli barang yang diminta oleh Nek Mah, Ilhan mengajak Aisya ke restoran. Mereka memesan makanan.

"Abang, Aisya nak tanya satu soalan boleh?" Aisya bertanya.

Ilhan mengangkat keningnya tanda 'apa'.

"Tanyalah."

"Kenapa minggu ni abang tak balik KL?"

"Saja. Lagipun Opah sorang-sorang dekat rumah. Risau pula tinggalkan opah sorang."

"Abang boleh je bawa Nek Mah ke KL."

"Kalau Aisya nak tahu, opah abang tu mana nak lama lama duduk KL. Tak sampai 2 3 jam duduk sana, dia dah tanya dah ayam, itik dekat kampung."

Aisya hanya ketawa.

"Pernah sekali, Opah duduk rumah abang dekat KL, lepastu malam tu dia dah risau dah takde siapa kat kampung sebab maksu sekeluarga balik kampung paksu. Malam tu juga umi dan abah abang hantar opah balik kampung." cerita Ilhan lagi.

"Sampai macam tu sekali?"

Ilhan mengangguk.

"Biasalah orang tua. Bagi mereka suasana kampung paling best bagi diorang."

"Betul. Abang pun suka suasana kampung. Tenang je rasanya."

Aisya mengangguk.

Makanan yang dipesan oleh mereka pun sampai. Mereka sempat mengucapkan terima kasih kepada pelayan tersebut.

"Macam mana progress baju nikah abang?" Ilhan bertanya.

"60% dah siap. Dalam 2 minggu lagi siap lah."

"Wah.. Cepat Aisya buat kerja." puji Ilhan.

Aisya tersenyum dan berkata...

"Aisya bersyukur dapat team yang senang untuk bekerjasama. Mereka sangat membantu dan memudahkan kerja. Alhamdulillah.." ujar Aisya.

"Baguslah macam tu. Alhamdulillah."

Mereka menikmati makanan sambil berbual-bual.

Setelah selesai makan mereka pun pulang ke rumah masing-masing menaiki kereta sendiri.

Aisya

Terima kasih belanja Aisya makan 😊

Sama-sama 😊

Ilhan tersenyum membalas whatsapp dari Aisya. Dia sudah menganggap Aisya seperti adiknya. Adik sahaja.

....

Di butik, Aisya sedang menyiapkan tempahan yang ditempah oleh Ilhan. Hari ini juga dia sudah berjanji untuk bertemu dengan Akram. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan Akram. Akram mengajaknya untuk makan tengahari.

Aisya memasuki bilik pejabat Zara.

"Zara, harini aku lunch dengan Akram. Kau nak ikut tak?"

"Dating eh?"

"Kau ni.. Tak habis-habis itu je yang kau cakap. Takde skrip lain ke?" perli Aisya.

Zara ketawa.

"Kau nak ikut tak?" tanya Aisya.

"Tak nak lah. Aku bawa bekal harini. Aku makan dekat ofis je."

"Hmm okaylah. Aku pergi dulu ye." pamit Aisya.

Zara mengangguk.

Akram dan Aisya kini berada di restoran berdekatan dengan butiknya. Mereka hanya berjalan kaki sahaja. Setelah memesan makanan, Akram memulakan perbualan.

"Lama tak jumpa kau."

"Eleh kau pun sama, susah sangat nak jumpa. Busy nau." ujar Aisya.

Akram ketawa.

"Cakap aku, kau pun sama." Akram berkata.

Aisya tersengih.

"So, kau macam mana sekarang ni?"

"Macam mana apa?"

"Ye lah.. Mana tahukan ada orang dah datang meminang kau ke?" gurau Akram.

Tawa Aisya serta merta meletus dengan gurauan itu.

"Kau ni. Takde maknanya lah. Siapa lah yang nak dekat aku ni."

"Eleh, kau Aisya Nadhira kot. Takkanlah takde yang berminat."

"Kalau ada, dah lama dah aku berumah tangga."

Akram hanya tersenyum sendirian.

"Kau dah kenapa senyum sorang-sorang."

"Ermm nothing. Senyum pun salah ke?"

"Tak salah pun Encik Akram oi, cuma pelik je."

"Don't worry aku masih waras lagi."

Aisya pun ketawa. Mereka meneruskan perbualan sambil menikmati makanan yang dipesan. Tanpa mereka sedari, ada seseorang yang sedang memerhatikan mereka tidak jauh dari situ. Siapakah?

.....
Done update. Terima kasih kepada yang sudi baca story Sya ni 🌹✨

Goodnight uolls 🌌





Hanya Kamu ©Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang