40

3.6K 77 6
                                    

TIGA bulan kemudian, kehidupan rumahtangga Ilhan dan Aisya semakin baik. Hubungan mereka juga semakin rapat. Perasan cinta dan sayang Aisya kepada suaminya semakin bertambah dari hari ke hari. Tetapi adakah Ilhan juga mempunyai perasaan sama seperti Aisya? Ke, dia masih anggap Aisya seperti adik sahaja?

Ilhan berada di pasar raya membeli barang-barang yang dikirim oleh isterinya, Aisya. Satu perubahan dari Ilhan, kini dia sudah mampu membeli barang dapur tanpa bantuan isterinya. Ketika memilih barang-barang dapur, Ilhan terdengar namanya dipanggil.

"Ilhan."

Ilhan menoleh dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat sesusuk tubuh yang sudah lama dia tidak berjumpa. Hampir 6 bulan, sejak kejadian dia ditinggalkan oleh seseorang. Kini, wajah itu berada di depan matanya.

'Kenapa dia ada dekat sini? Bukan dia dekat....'

Ilhan berdehem.

"Nur...."

Nur tersenyum apabila lelaki yang paling dia rindui setiap hari menyebut namanya.

Ilhan masih lagi terkejut. Tidak sangka dia akan berjumpa bekas tunangnya hari ini. Wanita pertama yang dia cintai dari dulu hingga sekarang. Eh? Aisya? Ilhan mengeluh.

'Apa lagi dugaan yang aku perlu hadapi.' bisik hati Ilhan.

~♥~

Sesudah membeli barang, Nur mengajak Ilhan untuk berbincang dengannya. Ilhan mahu menolak tetapi dia tidak mampu. Kini, mereka berada di sebuah cafe.

"An.."

Ilhan mengangkat keningnya.

"Saya nak minta maaf sebab dah tinggalkan majlis perkahwinan kita." kesal Nur.

Ilhan hanya diam.

"An, say something please."

Ilhan mengeluh.

"Kenapa balik sini? Awak cuti ke?" soal Ilhan.

Nur menggeleng.

"Nope. Saya balik sini untuk selamanya. Saya nak sambung semula apa yang saya dah tinggalkan."

Ilhan mengerutkan dahinya.

"Apa maksud awak?"

"Kita kahwin, An."

Ilhan terkejut.

"Sorry, saya tak boleh." ujar Ilhan.

"But why? Awak tak cintakan saya ke?" soal Nur.

Ilham diam.

"Cakap, An. Kenapa awak tak nak kahwin? Saya berhenti belajar sebab saya sedar kesilapan saya pada awak. Saya buat keputusan yang salah untuk sambung belajar dekat sana. Saya balik sini untuk kahwin dengan awak. Itu impian kita kan?" terang Nur.

"Impian?" sinis Ilhan berkata.

"Impian tu dah hancur. Awak sendiri yang hancurkannya." sambung Ilhan lagi.

"That's why i'm back, An. Saya nak betulkan kesilapan saya. Saya cinta dan sayangkan awak." lirih Nur.

Ilhan tergelak sinis.

"Cinta? Sayang? Kalau betul awak cinta dan sayang, awak takkkan tinggalkan saya lah, Nur. Saya menghitung hari nak kahwin dengan awak tapi awak? You leave me! Saya kecewa, Nur. Awak pentingkan diri."

Ilhan bangun dari duduknya.

"Saya minta maaf. Awak lupakanlah impian yang pernah kita impikan dulu. Semua tu dah hancur dan awak sendiri yang hancurkannya. I'm sorry." kata Ilhan lalu dia pun berlalu keluar dari cafe itu.

Hanya Kamu ©Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang