Selama 2 hari, Aisya kurang bercakap dengan suaminya. Aisya semakin geram dengan Ilhan kerana lelaki itu tidak memberitahu hubungannya dengan Nur. Dia mahu Ilhan sendiri yang mengaku bahawa mereka telah kembali bersama. Tetapi Ilhan tiada ura-ura mahu mengaku. Aisya yakin bahawa Ilhan mahu menyembunyikan hubungannya dengan Nur dari pengetahuannya.
Bagi Ilhan pula, dia semakin pelik dengan sikap isterinya. Aisya tidak menegurnya dan bercakap bila perlu sahaja. Ilhan yakin mesti ada sesuatu yang tidak kena pada isterinya.
Malam ini, dia mahu menyelesaikan semuanya. Dia mahu tahu apa yg menyebabkan Aisya membuat 'silent treatment' dengannya. Setahu dia, mereka tiada masalah yang serius. Gaduh-gaduh manja adalah tetapi tidaklah sampai tidak bertegur-sapa.Selama 2 hari ini, Ilhan banyak menegur isterinya, manakala Aisya pula hanya bercakap bila perlu sahaja.
Masuk sahaja di bilik tidur, Ilhan melihat Aisya sedang membawa bantal dan selimut di tangannya.
"Aisya nak pergi mana ni?" soal Ilhan dengan pelik.
Aisya diam dan dia menuju ke arah pintu bilik. Ilhan cepat-cepat menahan isterinya.
"Aisya. Aisya nak pergi mana? Bawa bantal selimut ni?"
"Saya nak tidur dekat ruang tamu." ujar Aisya menukar panggilannya. Tiada lagi panggilan 'Aisya'.
"Kenapa nak tidur dekat sana. Tidur dalam bilik je la."
"Suka hati saya lah." ujar Aisya dan ingin keluar. Tetapi Ilhan pula kuat mencengkam bahu isterinya.
"Lepaslah, sakit..." pinta Aisya apabila Ilhan kuat mencengkam bahunya.
Menyedari akan hal itu, Ilhan melonggarkan cengkamannya dan memegang bahu isterinya supaya menghadapnya.
"Tell me, kenapa Aisya nak tidur dekat ruang tamu? Kalau Aisya ada masalah dengan abang, marahkan abang, beritahu abang. Biar abang tahu apa salah abang pada Aisya. Jangan senyap sampai tak bertegur. Boleh tak jangan jadi macam budak-budak." marah Ilhan.
Aisya memandang suaminya. Dia teringat kata-kata Nur tempoh hari.
"Memang saya budak-budak. Awak anggap saya macam adik je kan. Bukannya isteri." balas Aisya berang.
Ilhan meraup mukanya.
"Apa yang Aisya cakapkan ni?" soal Ilhan.
"Tanya diri awak tu sendiri, Ilhan." kata Aisya. Tiada lagi panggilan 'abang, aisya' tetapi 'awak, saya'.
Ilhan juga terkejut dengan panggilan itu.
"Abang ni suami Aisya. Jaga kata-kata Aisya tu." berang Ilhan.
"Huh! Suami? Suami jenis apa yang anggap isteri dia sebagai adik, dan suami jenis apa yang masih cintakan bekas tunang dia?" bidas Aisya sambil menekan perkataan 'bekas tunang'.
"Aisya!!" marah Ilhan sambil tangannya diangkat seperti mahu menampar.
Aisya pula menunduk. Gerun melihat Ilhan mengamuk. Airmatanya sudah keluar.
Ilhan meraup mukanya. Dia beristighfar. Dalam masa yang sama dia kecewa dengan sikap Aisya.
"Apa yang abang dah buat sampai Aisya jadi macam ni?" soal Ilhan perlahan. Tidak menyangka Aisya melawannya.
"Tanya diri awak apa yang awak dah buat." jawab Aisya perlahan.
"Apa yang abang dah buat? Tell me?"
Aisya bengang. 'Kenapa susah sangat awak nak mengaku, Ilhan?' kesal hati Aisya.
Aisya kemudian membuka applikasi whatsapp di telefon bimbitnya dan mencari nama seseorang. Kemudian, Aisya menghulurkan telefon itu kepada suaminya.
"Tu apa?" tanya Aisya kepada Ilhan.
Ilhan sangat terkejut dengan apa yang dilihatnya. Gambar dia dengan Nur. Dan dia melihat siapa yang menghantar gambar tersebut kepada isterinya.
"Akram yang hantar?" soal Ilhan pula.
Aisya duduk di birai katil.
"Mula-mula saya tak nak percaya dengan gambar tu. Saya anggap awak dengan dia berjumpa mungkin kerana terserempak. Tetapi dua hari yang lepas, saya terjumpa Kak Nur. Dan dia terangkan segalanya mengenai hubungan awak dengan dia. Disebabkan itu saya yakin yang awak berdua dah kembali bersama. Saya kecewa, saya terluka. Isteri mana tak sakit hati bila tahu suami sendiri keluar dengan perempuan lain. Dengan bekas tunang pula tu. Kalau awak tak cintakan saya sekali pun, awak anggap saya ni macam adik awak, dan perkahwinan kita ni hanya untuk menutup malu family awak, at least jaga perasaan saya sebagai seorang isteri, Ilhan." luah Aisya dengan nada sebak.
"Aisya, abang....." ujar Ilhan. Dia rasa bersalah. Aisya sudah tahu akan Nur.
"Untung Kak Nur. Dia berjaya memiliki hati awak dan menjadi cinta pertama awak. Dan sampai sekarang, awak masih cintakan dia. Patutlah lately ni awak selalu balik lambat, selalu keluar dengan 'kawan' awak tu. Rupa-rupanya, awak keluar dengan dia." sambung Aisya lagi.
"Aisya..." Ilhan menarik bahu Aisya supaya memandangnya. Tetapi Aisya menepis.
"Saya tak ada hak untuk halang cinta awak pada dia. Kalau awak nak teruskan hubungan awak dengan dia, saya takkan halang. Awak dan Kak Nur saling menyintai antara satu sama lain. Tak seperti kita berdua. Kalau itu yang terbaik, teruskanlah. Dan bila awak pilih dia, saya mohon, saya mohon, awak......." Aisya tidak sanggup meneruskan ayatnya. Tetapi dia perlu teruskan juga kerana ini adalah permintaan Nur sendiri.
"Saya mohon awak lepaskan saya." Aisya menghabiskan ayatnya dan terus keluar dari bilik itu. Aisya terus menuju ke tandas di tingkat bawah. Aisya menangis sepuas-puasnya.
Ilhan pula tidak mampu untuk berkata apa. Dia sedar itu salahnya. Mendengar luahan isterinya, dia turut rasa terluka. Melihat airmata Aisya yang keluar, dia turut rasa pedihnya. Tetapi pada masa yang sama dia keliru dan buntu antara dua. Samaada Nur mahupun Aisya.
'Ya Allah, bantulah hambamu ini. Berikanlah aku jalan penyelesaiannya. Aku benar-benar buntu' doa Ilhan di dalam hatinya.
Ikutkan hatinya, dia ingin menerangkan semuanya kepada Aisya tetapi dia tidak tahu bagaimana. Dia perlu bagi ruang pada Aisya dan beri masa pada dirinya sendiri untuk berterus terang kepada Aisya. Bila keadaan sedikit reda, baru dia akan berterus terang.
💔💔💔
Pukul 2 pagi.
Ilhan mengiring ke kiri dan kanan. Dia tidak boleh tidur. Dia melihat di sebelahnya. Kosong. Ilhan bangun dari baringannya. Dia ingin melihat keadaan isterinya kerana dari tadi Aisya tidak masuk ke bilik. Apabila dia turun ke bawah, dia melihat Aisya tidur di atas sofa tanpa bantal dan selimut. Ilhan mahu mengejutkan Aisya, tetapi bila difikirkan semula keadaan mereka dengan kejadian tadi, Ilhan menuju semula ke bilik dan mengambil bantal serta selimut untuk Aisya.
Sampai sahaja di ruang tamu, Ilhan meletakkan bantal di bawah kepala Aisya dan menyelimutkan wanita itu. Setelah itu, Ilhan duduk di tepi isterinya. Dia merenung wajah polos isterinya yang sedang tidur. Nampak sangat isterinya itu banyak menangis kerana jelas mata wanita itu bengkak.
"Maafkan abang, Aisya. Abang buat Aisya banyak menangis disebabkan abang." kesal Ilhan sambil mengusap pipi isterinya.
Walaupun tiada rasa cinta buat isterinya, tetapi Ilhan sayangkan Aisya. Aisya berkorban untuk selamatkan perkahwinannya yang tidak jadi. Aisya juga banyak menolongnya saat dia berada di kampung. Dia berasa selesa dengan wanita itu sejak mereka berdua kenal. Dia mengaku bahawa dia menganggap Aisya seperti adiknya. Aisya menceriakan hidupnya. Dia tidak menafikan bahawa dia sangat sayangkan isterinya. Cinta? Dia tidak pasti. Dia keliru dengan perasaannya. Apa yang di tahu, dia memang sayangkan Aisya.
Ilhan merenung Aisya sekali lagi. Tiba-tiba dia teringat pada Nur. Ilhan mengeluh. Dia sayangkan Aisya, tetapi dia masih cintakan Nur. Ilhan berasa buntu apa yang perlu dia buat sekarang ini. Dia mahu selesaikan semua ini secepat mungkin tetapi dia juga tidak tahu bagaimana. Setelah puas merenung wajah isterinya, Ilhan menuju ke bilik semula untuk membuat solat Tahajud. Dia ingin meminta petunjuk dariNya.
💔💔💔
Sis sedih 😢. Korang sedih tak? Kesian Aisya. Btw tq yg sudi baca HK. Nah🌹
YOU ARE READING
Hanya Kamu ©
RomanceAisya sangat meminati Ilhan ketika zaman persekolahnnya tanpa diketahui oleh Ilhan. Mereka satu sekolah. Jadinya, Aisya selalu melihat Ilhan dari jauh secara diam-diam. Ilhan tua 2 tahun daripada Aisya. Apabila Ilhan tamat sahaja SPM, Aisya nekad un...