29

2.4K 64 1
                                    

KOMPANG dipalu~~
Pengantin malu~~
Duduk bersanding~~
Tersipu malu~~

KOMPANG dipalu~~Pengantin malu~~Duduk bersanding~~Tersipu malu~~

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

*baju resepsi Ilhan dan Aisya*

Majlis resepsi dibuat di sebuah dewan. Dewan itu terlihat cantik dihiasi dengan pelamin. Kedua mempelai tersenyum manis. Kerlipan kamera tidak lepas merakam detik-detik persandingan Ilhan dan Aisya. Para tetamu juga tidak lepas menyaksikan kedua mempelai.

Ilhan dengan berbaju melayu songket beserta samping yang menambahkan ketampanannya manakala Aisya mengenakan baju kurung songket yang dihiasi manik-manik yang cantik tersusun. Cantik mengena pada tubuhnya yang kecil itu tidak begitu ketat dan tidak pula terlalu longgar. Ditambah pula dengan tudung. Sedap mata memandang. Tampan dan cantik. Bagai pinang dibelah dua. Secocok sangat.

Aisya berasa tersangat penat. Tetamu juga sangat ramai. Kena senyum je. Kejung dah mulut asyik tersenyum. Hahaha. Hari ini je dia perlu buat sebegini. Kahwin kan sekali je seumur hidup. Kan?

Majlis juga sudah hampir tamat. Kebanyakan tetamu sudah pulang. Kini, Aisya berada di meja makan. Mahu duduk sebentar. Ilhan pula sedang melayan rakan-rakannya.

"Aisya, congratulations beb!" ujar Zara lantas memeluk Aisya.

"Zara, aku ingat kau tak datang." kata Aisya dengan riak terkejut.

"Mestilah aku datang. Bff aku kahwin kot. Tapi sorry lah semalam aku tak ada nak tengok kau nikah. Kena siapkan tempahan client."

"Sokay takpelah.. Aku faham. Kau datang harini pun aku happy sangat."

Mereka berpelukan.

"Thanks Zara, sebab tengokkan butik sepanjang aku dekat sini." ujar Aisya.

"Kau ni, kita kan rakan sekerja. Butik kau, butik aku juga. No matter lah beb."

"Terima kasih juga sebab nak jaga butik tu lepas aku kahwin ni. Yelah, after this aku kena ikut Ilhan pindah sini. Tapi aku janji, nanti kalau aku free aku balik sana, aku pergi butik untuk tolong apa yang patut. Kalau ada meeting dekat KL, kau beritahu je aku, biar aku yang attend meeting tu. Nanti kau roger-roger lah aku."

"Okay beb. Kau jangan risau pasal butik, you can count on me. Apa-apa aku roger kau.

"Thanks again beb. Aku sayang kau."

"Aku pun sayang kau." balas Zara dengan senyuman.

"Ni, kau datang dengan siapa ni?" soal Aisya.

Tidak sempat Zara menjawab,

"Aisya." Aisya berpaling pada suara yang memanggil namanya.

"Eh, Akram."

"Tahniah." ucap Akram.

Hanya Kamu ©Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang