AISYA kini berada di rumah keluarga mertuanya. Dia ingin membersihkan diri. Dia dan Ilhan kini berada di dalam bilik. Janggal rasanya kerana dia tidak pernah sebilik dengan mana-mana lelaki yang bukan mahramnya. Aisya menghulurkan tuala kepada Ilhan.
"Nah, pergilah bersihkan diri abang dulu. Dah nak masuk maghrib ni." ujar Aisya. Saat ini dia masih tidak percaya lelaki dihadapannya adalah suaminya. Lelaki yang baru dinikahinya.
Ilhan menyambut huluran itu. Dia terus berlalu ke bilik air. Pintu bilik air ditutup rapat.
Aisya pula sedang menanggalkan pin dari tudungnya tetapi tidak membuka tudungnya. Dia masih segan dengan Ilhan. Walaupun mereka sudah menjadi suami isteri, rasa segan itu masih ada. Selepas itu, dia mengambil telefon bimbitnya untuk melihat gambar persandingan mereka yang telah dihantar oleh Zara. Aisya tersenyum melihat gambar itu.
Sedang ralit melihat gambar-gambar perkahwinan dirinya dan Ilhan, Aisya terdengar pintu bilik air dibuka. Aisya terus melarikan pandangan saat melihat Ilhan keluar dari bilik air dengan hanya tuala paras pinggang. Muka Aisya menjadi merah padam kerana segan.
"Aisya." panggil Ilhan.
Aisya mendongak sambil matanya tertutup. Ilhan yang melihat berasa pelik dengan tingkah laku Aisya. Kemudian dia memandang dirinya lalu bagai tersedar, Ilhan menepuk dahinya. 'Patutlah Aisya tutup mata. Haih.. Aku pun satu. Ingat bujang lagi nak pakai macam ni. Tapi tak salah pun kan, lagipun Aisya isteri aku. Kami dah halal kot.' bisik hati Ilhan. Ilhan sembunyi senyum ingin menahan ketawanya lalu terus memakai baju dan seluarnya. Dia melihat Aisya masih lagi memejamkan matanya.
"Dah, bukalah mata tu." ujar Ilhan.
Dengan perlahan-lahan Aisya membuka matanya.
"Fuh." Aisya menarik nafas lega.
"Lega sangat bunyinya tu." kata Ilhan sambil tersenyum ke arah Aisya. Aisya pula menundukkan mukanya.
Ilhan menggeleng melihat Aisya yang masih segan dengannya.
"Aisya pergilah mandi. Nanti kita solat Maghrib berjemaah."
Mendengarkan itu, Aisya segera mengambil tuala dan pakaiannya terus masuk ke dalam bilik air.
Sementara itu, Ilhan pula sedang bermain dengan telefon bimbitnya.
💕💕💕
Aisya mengaminkan doa yang telah dibaca oleh Ilhan. Buat pertama kali, Ilhan mengimamkan solat mereka. Rasa tenang sekali saat suaminya menjadi imam. Aisya bersyukur mendapat suami seperti Ilhan. Aisya menyalami tangan suaminya. Ini kali kedua dia menyalami tangan Ilhan selepas akad nikah. Ilhan pula mengusap ubun-ubun Aisya.
"Aisya, abang nak cakap sikit boleh?" soal Ilhan kepada Aisya yang sedang melipat sejadah mereka.
"Cakaplah."
"Abang tahu Aisya segan dengan abang. Tapi, abang tak nak Aisya seksa diri Aisya."
"Maksud abang?"
"Tu, rambut tu. Aisya tak perlulah bertudung dalam bilik ni. Dekat sini hanya ada abang dan Aisya saja. Abang tahu Aisya segan tapi kita dah jadi suami isteri. Apa yang ada pada Aisya, halal untuk abang lihat. Sama juga pada abang."
Muka Aisya merah sebaik mendengar ayat terakhir Ilhan.
"Aisya jangan salah faham. Maksud abang, kalau abang tengok rambut Aisya pun tak salah pun kan." ujar Ilhan saat melihat muka Aisya memerah. Dia tidak mahu Aisya salah faham. Dia juga tidak mahu Aisya rasa segan dan malu dengannya.
Aisya mengangguk lalu membuka telekungnya. Terpaku Ilhan melihat rambut Aisya yang lurus hampir separas pinggang. Bau syampoo dari rambut Aisya menusuk ke dalam rongga hidungnya. 'Kawal diri kau Ilhan. Jangan gelojoh.' desis hati kecilnya.
![](https://img.wattpad.com/cover/233250351-288-k586543.jpg)
YOU ARE READING
Hanya Kamu ©
RomanceAisya sangat meminati Ilhan ketika zaman persekolahnnya tanpa diketahui oleh Ilhan. Mereka satu sekolah. Jadinya, Aisya selalu melihat Ilhan dari jauh secara diam-diam. Ilhan tua 2 tahun daripada Aisya. Apabila Ilhan tamat sahaja SPM, Aisya nekad un...