50

4.5K 92 2
                                    

AISYA kini berada di rumah opah mertuanya, Nek Mah. Gembira hati Nek Mah melihat Aisya. Banyak yang diceritakan oleh Nek Mah. Nasib baik Nek Mah tidak tanya lebih-lebih mengenai suaminya, Ilhan. Dia hanya memberitahu bahawa Ilhan bekerja dan dia pula perlu menguruskan tempahan di butiknya. Tipu sunat boleh kan? Hehe.. Zara juga sudah tahu keberadaan Aisya di kampung. Malam tadi Aisya memberitahu rakan baiknya. Marah betul Zara dengan Ilhan. Aisya juga memberitahu Zara supaya tidak memberitahu Ilhan bahawa dia di kampung.

Setelah beberapa jam memandu, akhirnya Ilhan tiba di kampung.

"Assalamualaikum." laung Ilhan. Dia sudab sampai ke kampung untuk berjumpa dengan isterinya.

Ilhan terdengar pintu rumah dibuka.

"Waalaikumsalam."

Pn Yati yang membuka pintu terkejut melihat menantunya di hadapan rumahnya.

"Eh An, bila sampai?" tanya Pn Yati yg masih lagi terkejut.

"Baru je, ibu." jawab Ilhan seusai menyalami tangan ibu mertuanya.

"An buat apa kat sini?"

"An nak jumpa dengan Aisya, bu." rayu Ilhan.

"Tapi..."

"Siapa tu, Yati?" tanya En Yazid menuju ke isterinya yang sedang berbual dengan seseorang. Alangkah terkejut kerana melihat Ilhan berada disini.

"Kamu buat apa dekat sini?!" tanya En Yazid dengan nada marah.

Ilhan mahu menyalami ayah mertuanya tetapi tidak disambut.

"An nak jumpa Aisya, ayah." ujar Ilhan.

"Buat apa nak jumpa dia? Pergi balik KL lah, tak perlu nak datang sini." halau En Yazid.

"Abang." tegur Pn Yati. Dia tidak suka melihat suaminya melayani Ilhan seperti itu.

Ilhan hanya menunduk.

"Kamu lupa apa yang kamu dah buat pada anak aku? Kamu janji nak jaga dia, nak sayangkan dia macam isteri, tapi apa yang kamu dah buat? Kamu mungkir janji kamu, Ilhan! Aku kecewa betul dengan kamu! Kamu buat anak aku tu macam orang tak ada perasaan. Pergilah balik jumpa bekas tunang kamu tu. Jangan datang sini lagi. Kami tak perlukan kamu dan Aisya juga tak perlukan kamu!" marah En Yazid.

"Ayah, An minta maaf ayah. An sedar kesilapan An. An nak ayah beri peluang untuk An betulkan keadaan. Tolong An, ayah ibu." rayu Ilhan.

En Yazid berpaling dari melihat Ilhan manakala Pn Yati mengusap bahu menantunya yang sedang bersedih.

"An janji yang An takkan ulang lagi kesilapan An. Bagi peluang pada An." rintih Ilhan.

"Ibu, ayah." panggil Aisya yang baru saja pulang dari rumah Nek Mah. Dia ternampak kereta Ilhan, mahu tidak mahu dia perlu pulang ke rumah sebaik saja melihat ayahnya mengamuk pada suaminya.

Ilhan yang terdengar suara Aisya terus mendongak memandang isterinya.

"Aisya.." panggil Ilhan.

Aisya hanya memanndg wajah suaminya dengan dingin.

"Buat apa awak datang sini? Siapa yang beritahu awak saya dekat sini? Zara?" tanya Aisya dengan dingin.

"Bukan Zara, tapi Faris." beritahu Ilhan.

"Faris? Hish." marah Aisya.

"Aisya jangan marah Faris. Abang nak perbetulkan keadaan kita. Tolong beri abang peluang." rayu Ilhan.

"Saya tak nak jumpa awak lah. Awak pergi balik lah!" ujar Aisya lalu masuk ke dalam rumah tanpa mempedulikan pandangan ibu dan ayahnya.

"Kamu dengarkan apa yang Aisya cakap? Ayah harap kamu faham-faham je lah." ujar En Yazid dengan nada sinis.

Hanya Kamu ©Where stories live. Discover now