AISYA bertemu dengan Akram. Dia tidak memberitahu suaminya kerana dia masih lagi merajuk dengan Ilhan. Merajuk manja-manja gitu.
"Kau bahagia?" Akram memulakan perbualan.
Aisya tersentak.
"Apa maksud kau?"
"Kau bahagia dengan perkahwinan kau?" soal Ilhan semula.
Aisya tersenyum tetapi dalam masa yang sama dia pelik dengan soalan dari Akram.
"Mestilah aku bahagia. Kenapa kau tanya?" soal Aisya pula.
"Jangan tipu aku, Aisya." ujar Ilhan merenung mata Aisya.
"Aku cakap benda betul yang aku memang bahagia dengan suami aku. Takkan aku nak tipu kau pula." Aisya meyakinkan Akram.
"Takkan kau tak pernah gaduh dengan dia?" soal Ilhan lagi.
"Kejap. Kau cakap apa ni? Kau mengharapkan aku dengan suami aku bergaduh?" tanya Aisya dengan serius.
"Bukan tu maksud aku. Kau jangan salah faham. Maksud aku, selama korang kahwin ni takkan tak pernah bergaduh."
Aisya seperti berfikir. Ya, sekarang pun hubungan mereka tidak baik tetapi takkan dia mahu menceritakan kisah rumahtangganya kepada Akram. Aib suaminya perlu dijaga.
"Dalam rumahtangga ni, tipulah semuanya perfect. Ada pasang surutnya. Tapi so far, aku bahagia dengan Ilhan." jawab Aisya dengan tenang.
Akram mengangguk.
"Tapi ni apa?" soal Akram sambil menghulurkan telefon bimbitnya kepada Aisya.
Aisya mengambil dan dia sangat terkejut dengan apa yang dilihatnya.
"Kak Nur..." ujar Aisya saat melihat gambar suaminya dan bekas tunang suaminya, Nur.
"Ni kau kata kau bahagia?""Ma.. Mana kau dapat gambar ni?" soal Aisya memandang ke arah Akram.
"Kau kenal siapa perempuan yang ada dalam gambar ni?" soal Akram pula membiarkan soalan Aisya tergantung.
Aisya diam.
"Macam mana kau boleh ada gambar ni?" tanya Aisya.
"Semalam. Aku ternampak suami kau dengan perempuan tu."
Aisya diam lagi. Dia tidak menyangka bahawa Nur sudah kembali ke Malaysia. Kenapa dia tidak tahu akan hal itu. Ilhan juga tidak memberitahunya.
'Apakah mereka sudah kembali seperti dulu?' soal hati Aisya.
"Aisya, siapa perempuan ni?" tanya Akram. Dia mahu tahu apa hubungan perempuan itu dengan suami Aisya.
"Dia...."
Aisya menarik dan menghembuskan nafasnya.
"Dia.... Bekas tunang Ilhan." sambungnya lagi.
Giliran Akram pula terkejut."Aku tak sangka dia buat kau macam ni." ujar Akram tidak berpuas hati sambil menggenggam penumbuknya.
Aisya sebak. Bila-bila masa saja airmatanya akan gugur.
"Erm... Mungkin diorang terjumpa. Aku tahu suami aku macam mana." ujar Aisya masih bersangka baik dengan suaminya.
Akram tergelak sinis."Tak mungkin. Aku yakin mesti ada yang tak kena. Aku tak suka dia buat kau macam ni." berang Akram.
"Akram.. Please, aku mohon dengan kau jangan bertindak melulu. Mungkin ada salah faham." rayu Aisya. Dia tidak mahu ada pergaduhan antara Akram dan suaminya.
YOU ARE READING
Hanya Kamu ©
RomanceAisya sangat meminati Ilhan ketika zaman persekolahnnya tanpa diketahui oleh Ilhan. Mereka satu sekolah. Jadinya, Aisya selalu melihat Ilhan dari jauh secara diam-diam. Ilhan tua 2 tahun daripada Aisya. Apabila Ilhan tamat sahaja SPM, Aisya nekad un...