Aisya sangat meminati Ilhan ketika zaman persekolahnnya tanpa diketahui oleh Ilhan. Mereka satu sekolah. Jadinya, Aisya selalu melihat Ilhan dari jauh secara diam-diam. Ilhan tua 2 tahun daripada Aisya. Apabila Ilhan tamat sahaja SPM, Aisya nekad un...
HARI yang dinanti telah pun tiba. Kedua-dua belah pihak sedang bersiap-sedia untuk melancarkan majlis ijab kabul. Ahli keluarga sudah memenuhi masjid yang telah dipilih untuk melihat anak-anak mereka disatukan. Ilhan dan Aisya juga sudah berada di dalam masjid. Keduanya memakai baju nikah yang telah dibuat oleh Aisya sendiri.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
*baju nikah Ilhan* 👆
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
*baju nikah Aisya*👆
"Ilhan." panggil Encik Yazid, ayah Aisya.
Ilhan mendongak.
"Boleh kita mulakan?" tanya Encik Yazid.
Ilhan mengangguk tanda majlis boleh diteruskan.
Encik Yazid menghulurkan tangan kepada Ilhan dan Ilhan menyambut.
"Bismillahirrahmanirrahim. Ilhan Shah bin Azli."
Ilhan menarik nafas terlebih dahulu.
"Saya."
"Aku nikahkan dikau dengan anakku Aisya Nadhira binti Yazid dengan mas kahwinnya seribu ringgit tunai."
"Aku terima nikahnya Aisya Nadhira binti Yazid dengan mas kahwinnya seribu ringgit tunai."
"Sah?" soal Encik Yazid kepada saksi.
"Sah."
"Alhamdulillah." ujar tetamu dan Encik Yazid menadah tangan untuk membaca doa. Dengan sekali lafaz Ilhan dan Aisya sah menjadi suami isteri.
Ilhan berasa lega. Dengan sekali lafaz, Aisya telah sah menjadi isterinya.
Air mata Aisya menitis. Kini, dia sudah menjadi isteri orang. Isteri kepada Ilhan Shah, crushnya. Dia juga sedih kerana dia bukan lagi dibawah tanggungjawab kedua ibu bapanya. Dia perlu galas tanggungjawab sebagai seorang isteri. Aisya melihat ibunya, Puan Yati disebelahnya yang tersenyum gembira ke arahnya. Puan Yati terus memeluk tubuh Aisya.
"Anak ibu dah jadi isteri orang. Alhamdulillah." kata Puan Yati dalam sebak. Sekarang, satu-satu anak perempuannya telah pun sah menjadi milik Ilhan. Di dalam hatinya tidak putus mengucapkan rasa syukur yang tidak terhingga.