31

2.6K 68 0
                                    

MASUK sahaja ke dalam bilik, Ilhan mendudukkan Aisya di atas katil. Aisya sudah tenang sedikit. Hanya sedu-sedan sahaja kedengaran. Ilhan menanggalkan tudung sarung yang dipakai oleh Aisya lalu mengelap air mata isterinya yang masih lagi mengalir.

"Aisya, janganlah macam ni. Nanti bila abang free, kita baliklah kampung waktu hujung minggu." pujuk Ilhan.

"Aisya rindu ibu dan ayah."

"Ye, abang tahu tapi Aisya kena kuat. Aisya dah jadi isteri orang. Tempat isteri disisi suami." kata Ilhan dengan nada lembut.

"Sorry abang. Aisya terlalu emosi." ujar Aisya dengan rasa bersalah terhadap suaminya.

"Takpe, abang faham." balas Ilhan tersenyum kepada Aisya.

Aisya membalas senyuman itu.

"Tadi abang kata ada benda nak bincang dengan Aisya. Apa dia?"

"Ouh ye. Aisya okay ke kita bincang sekarang?"

"Aisya okay." jawab Aisya mahu meyakinkan suaminya.

Melihat anggukan itu, Ilhan mulakan perbincangannya...

"Macam ni, kan abang pernah cakap pada Aisya yang kita nak bercinta selepas kahwin. Buat masa sekarang, abang nak kita kenal antara satu sama lain dulu. Ini adalah fasa pertama dalam perkahwinan kita. Bila kita berdua dah ready, barulah kita ke fasa seterusnya. Abang harap Aisya bagi abang masa untuk lupakan Nur. Abang nak Aisya percayakan abang. Boleh? Abang akan jalankan tanggungjawab abang sebagai seorang suami kepada Aisya dari segi nafkah zahir. Untuk nafkah yang lagi satu tu, buat masa sekarang, abang tak akan jalankan tanggungjawab itu selagi kita berdua belum bersedia. Abang tahu, Aisya tak ready lagi untuk yang itu kan? Abang tak nak jadi lelaki yang pentingkan nafsu. Abang tak nak paksa Aisya, biar masa yang menentukan hubungan kita. Abang nak bila waktu itu tiba, kita sama-sama ikhlas jalankan tanggungjawab itu. Abang tak nak ia berlaku tanpa keikhlasan dan rasa terpaksa antara kita berdua. Aisya fahamkan?" terang Ilhan panjang lebar.

"Abang nak minta maaf juga sepanjang perkahwinan kita pada hari-hari yang akan mendatang, Aisya akan nampak kekurangan dalam diri abang. I'm not perfect. Kalau ada masalah antara kita berdua, abang nak kita selesaikan dengan cara yang baik. Jangan ada rahsia antara kita." tambah Ilhan lagi.

Aisya mengangguk lalu berkata...

"Aisya faham. Aisya tak minta abang jadi sempurna sebab nobody perfect. Even diri Aisya pun banyak kekurangannya. Kesempurnaan tidak menjamin kebahagiaan. Cukuplah abang jadi suami yang dapat membimbing Aisya. Aisya tahu tanggungjawab abang sebagai suami ni tak mudah. Aisya nak abang tahu yang Aisya akan sentiasa disisi abang waktu abang up and down." ujar Aisya memberi kata semangat kepada suaminya.

Ilhan tersenyum mendengar kata-kata isterinya. Syukur kerana Aisya memahami dirinya.

"Abang harap Aisya bertahan dengan apa yang akan datang dalam hubungan kita nanti. Abang akan cuba jadi suami yang terbaik untuk Aisya. InsyaAllah." kata Ilhan lagi.

Aisya mengangguk lalu memandang cincin di jari manisnya sambil tersenyum.

"Cantik cincin ni." kata Aisya sambil mengusap cincin yang disarung oleh suaminya semasa akad nikah semalam.

Ilhan senyum.

"Sepatutnya cincin ni abang akan sarungkan pada tangan Kak Nur tapi..." ujar Aisya lagi tanpa sempat menghabiskan ayatnya kerana Ilhan cepat-cepat memintas.

"Aisya.. Tak baik cakap macam tu." tegur Ilhan.

Dia tidak mahu Aisya berfikiran seperti itu. Dia ikhlas mahu memperisterikan Aisya walaupun pada mulanya dia mahu Aisya menggantikan tempat Nur. Dia perlu lupakan Nur tetapi dia perlukan masa. Tidak mudah untuk dia melupakan wanita yang sudah berjaya mencuri hatinya itu. Dia perlu belajar menerima Aisya sebagai isteri dan juga belajar untuk sayangkan Aisya.

"Kalau Aisya nak tahu, cincin ni abang beli sendiri dan bukan cincin Nur." ujar Ilhan lagi.

Aisya terkejut.

"Habistu abang buat apa pada cincin Kak Nur?"

"Abang beri pada keluarga dia."

Aisya mengangguk.

"Dah, jom lah kita tidur." ajak Ilhan.

"Erk, sekatil?"

Ilhan mengangguk lalu berkata...

"Tadi kan kita dah bincang." jawab Ilhan sembunyikan senyumnya.

Aisya perlahan lahan mengengsot ke sebelah kanan katil mengambil tempat untuk tidur.

Ilhan pula sedang memadam lampu.

"Argh!" jerit Aisya terkejut.

"Kenapa Aisya?" soal Ilhan. Tiba-tiba sahaja isterinya menjerit.

"Kenapa abang tutup lampu?" soal Aisya pula.

"Nak tidur mestilah kena tutup lampu." jawab Ilhan lagi. Dia masih lagi menahan tawanya. Dia faham benar isterinya terkejut. Kelakar.

"Okay." ujar Aisya dengan perlahan.

Aisya pun berbaring dan meletakkan bantal peluk ditengah-tengah. Ilhan faham akan itu.

"Tak baik membelakangkan suami." kata Ilhan dengan perlahan ke arah Aisya.

Aisya pun dengan perlahan menukar posisi menghadap suaminya dengan mata yang tertutup. Malu!

Ilhan hanya tersenyum melihat tingkah laku Aisya. Comel!

💤💤💤

Pada keesokan paginya, Aisya membuka matanya untuk bangun bagi menunaikan kewajipan sebagai hamba Allah. Dia melihat jam di telefon bimbitnya. Jam menunjukkan pukul 6 pagi. Aisya kemudian memandang ke sebelah kanannya, dan tanpa dipinta senyuman lebar terukir di bibirnya. Dia melihat suaminya masih lagi tidur sambil memeluk bantal peluk di tengah katil. Ingin sekali dia menyentuh muka itu, tetapi dia takut Ilhan akan tersedar. Nanti kantoilah dia stalk suami dia yang tengah tidur. Hahaha

'Aisya nak abang tahu tak ada lelaki lain di hati Aisya selain abang. Dari dulu sampailah sekarang. Hanya abang di hati Aisya. Aisya bersyukur sebab abang adalah jodoh Aisya. Jodoh yang Aisya nantikan selama ini.' bisik Aisya dihatinya sambil asyik memandang ke arah Ilhan yang masih lagi tidur.

Setelah meluahkan perasaan di dalam hati, Aisya berlalu ke bilik air untuk mengambil wuduk. Beberapa minit kemudian, Aisya keluar dan mendekati suaminya untuk mengejutkan Ilhan.

"Abang." kejut Aisya. Ilhan masih lagi tidur tidak sedar Aisya mengejutkannya. 'Penat sangat suami aku ni.' desis Aisya dihatinya.

"Abang, bangun solat. Subuh dah masuk ni." Bahu Ilhan yang berlapik baju dicuit sedikit.

Ilhan mengeliat. Terpisat-pisat matanya memandang Aisya.

"Kenapa?" tanya Ilhan dengan suara yang serak basah. Baru bangun tidur lah katakan.

"Bangun, solat Subuh abang." jawab Aisya dengan lembut.

"Pukul berapa dah?"

"Dah pukul 6.15." jawab Aisya sambil memandang ke arah jam di dinding bilik.

"Hmmm.. Tunggu abang, kita solat berjemaah." Ilhan bangun turun dari katil dan berlalu ke bilik air.

'Muka abang tetap handsome bila bangun tidur walaupun rambut serabai.' puji Aisya di dalam hati.

Aisya terus menghamparkan sejadah dan menyarung telekung sementara menunggu suaminya keluar dari bilik air. Indah bila hari-hari berjemaah dengan suami. Bahagia rasanya.

♡♡♡

Sepatutnya update malam tadi, tapi line buat hal pulak. So, Sya update pagi ni. Tq pada yang baca story Sya ni. Tq sangat-sangat. Nah🌹.

Hanya Kamu ©Where stories live. Discover now