53

4.9K 92 3
                                        

SEJAK semalam Aisya hanya berdiam. Pandang Ilhan juga tidak mahu kerana masih malu akan kejadian malam tadi. Ilhan tak sudah-sudah mengusiknya. Tapi dia suka. Eh?

*flashback*

Masuk sahaja di dalam bilik, Aisya merebahkan dirinya di atas katil untuk tidur. Ilhan pula berbaring di sebelah Aisya. Aisya menutup matanya.

"Tidur dah ke?" tanya Ilhan memandang wajah isterinya.

Aisya hanya diam.

"Aisya, abang nak cakap ni. Aisya dengar tau. Abang nak berterima kasih sangat-sangat dengan Aisya sebab masih setia minat abang dari dulu lagi sampai sekarang. Abang hargai sangat-sangat. Abang harap perasaan tu tak hilang. Nak tahu sebab apa? Sebab abang pun sayang dan cintakan isteri abang ni. Abang baru sedar semua tu masa Aisya pergi tinggalkan abang. Abang rasa kosong. Dan abang mula sedar yang abang dah mula cintakan Aisya. Abang tahu keadaan kita sekarang tak berapa nak baik but i'll try my best untuk perbetulkan hubungan kita mcm dulu. I miss my wife. " luah Ilhan sambil memandang isterinya yang sedang menutup mata itu. Dia tahu Aisya tidak tidur lagi.

"Tidurlah. Goodnight, sayang." ucap Ilhan lalu mencium dahi isterinya dan membetulkan selimut isterinya.

'Susah untuk ibu bencikan ayah, baby. Ya Allah, lembutkanlah hatiku ini. Aku tak nak jadi isteri derhaka Ya Allah.' doa Aisya di dalam hatinya.

*end flashback*
...

Zara mengajak Aisya untuk berjumpa di pekan. Sampai sahaja di tempat yang telah dijanjikan, Aisya pun tiba. Alangkah terkejut Aisya kerana Zara bersama seseorang. Hariz. Kawan baik suaminya. Aisya pelik.

Mereka berbual-bual. Zara dan Hariz juga menasihati Aisya untuk berbaik dengan Ilhan. Setelah berbual-bual, mereka pun makan makanan yang telah dipesan. Dalam masa yang sama, Aisya tertanya kenapa Hariz bersama dengan Zara.

'Aku kena siasat ni.' desis hati Aisya.

"Korang berdua ni ada apa-apa ke?" Aisya memulakan siasatan.

"Ada apa, apa?" Zara bertanya.

"Macam mana Hariz ada dengan kau sekali?"

"Ermm.." Zara hilang kata.

Aisya memandang rakan baiknya dengan pandangan yang tajam.

"Zara, ada apa-apa yang aku tak tahu ke tentang korang ni?" tanya Aisya lagi.

"Kitorang kawan." jawab Zara mudah.

"Ye ke kawan? Hariz?" tanya Aisya kepada Hariz pula.

"Err.. Betul la tu. Kawan." jawab Hariz mengiakan apa yang dikatakan oleh Zara.

Aisya buat muka suspicious.

"Eh, kitorang kan cakap pasal kau sekarang ni. Kau tukar topik kenapa?" dalih Zara pula.

"Biar lah aku tukar topik pun. Hariz, awak bercinta dengan Zara kan." tanya Aisya lagi.

"Erk.." Hariz mati kata.

"Hmm betullah tu.. Dua-dua gagap bila aku tanya soalan. Don't worry aku restu hubungan korang." ujar Aisya dengan senyuman.

"Eh eh kau." ujar Zara kepada Aisya.

Hariz hanya tersenyum.

"You senyum kenapa?" tanya Zara sambil memandang Hariz.

"Benda baik kenalah senyum." balas Hariz selamba.

Zara menjeling Hariz. Aisya pula tersenyum melihat gelagat Zara dan Hariz.

"Beritahu je lah Aisya yang kita ni memang bercinta pun. I pun nak jumpa family you kan kejap lagi." ujar Hariz.

Hanya Kamu ©Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang